Sunday, October 10, 2010

Saya maafkan...

Tak sempat tulis apa-apa pun hari tu. Sebab masa tu tak mengizinkan. Masa tu penuh sangat dengan aktiviti. 

Sebenornya, saya ok je. Cuma sikit rasa tak puas hati dengan jawapan yang keluar dalam paper tu. Saya sebenornya mencari-cari perkataan tu, tapi tak jumpa. Perkataaan apa? Alaa... perkataan yang orang susah nak sebut tu. Yang ada, cuma perkataan simpati. Saya tak perlukan simpati. Tapi saya ok je, saya terima semua seadanya.

Tup tup hari yang sama... kami terima surat jawapan aduan dari pengarah hospital sendiri. Kan kami ada hantar surat aduan masa hari yang sama dulu, kepada hospital. Kat sampul, tertulis Urusan Seri Paduka Baginda. Ingat ke... surat dari SPA ke.. tapi ada cop Hospital Manjung. Ok...
 
Ha, ni baru betul... pihak hospital momohon maaf atas segala kesulitan yang kami dah alami dan lain-lain perkara yang disebut dalam paper. Saya maafkan. Saya anggap, perkara ni dah selesai. Tengok, bukan susah pun nak pujuk saya...

Sekarang, Yati belum decide lagi nak buat apa seterusnya. Sebab ada beberapa kawan yang tanya. Sebenornya, depan saya, takde banyak pilihan pun. Sejujurnya, saya rasa, kami tak mampu ke swasta. Alternatif yang terlintas dalam otak saya ni, mencari klinik panel suami untuk check darah ATAU ke hospital Manjung balik, atau hospital Ipoh. Tu je. 

Kat sini, kena tanya dulu. Sebab setengah klinik, tak leh check thyroid. Ntah, saya pun tak tau apsal. Dulu masa dok KL, aman damai je, saya check kat klinik panel husband. Jadi, takde problem langsung. Ubat semua teratur je. Saya pun sebenarnya, rasa dah letih. Dah ada thyroid sejak 2003. Rasa cam nak operate je. Tapi aritu, tak boleh, sebab dia dah kacau jantung. Skrang saya dah rasa lebih sihat. Cuma tak decide lagi nak buat apa.

Husband saya ok je, kalau saya telefon pengarah hospital tu balik. Sebab ye la, orang atas mungkin tak tau camana orang bawahnya buat kerja. Tapi kalau saya check kat sana balik, agaknya, mesti orang lab kena marah setidaknya kena sound oleh pihak atasan. Karang dia dendam kat saya, dia amik darah saya, sambil buat slam dunk kat saya ke... cucuk kuat-kuat tangan saya ke... tak ke saya kena tulis surat kat paper lagi sekali...? Hehhe... Tak pun, ada doktor pun turut kena sound ke, nanti kot saya ke sana operate, dia tinggal cotton kat dalam leher saya, tak ke saya ninggal terus... Camana pulak kalau pisang berbuah buat kali keempat, dan lagi,  dan lagi...

Ha ha ha... Yati ni memang suka fikir benda-benda camni. Sorry la kalau merepek sikit. Cuma at this moment, saya belum decide lagi apa nak buat. Walau pun body saya macam dah bagi hint sikit-sikit. Contohnya, saya ter-recall doktor pernah cakap, long term effect makan ubat thyroid ni, mungkin saya akan jadi gemuk balik, atau dari pengalaman silam, rambut pun dah makin banyak gugur, saya rasa masa makin suntuk... 

Cuma banyak benda kena buat sekarang ni yang buat pikiran ni tak berapa pikir ke arah kesihatan sangat, walau pun saya tau, benda tu sangat-sangat penting... 

Tunjukkan la jalan, ya Allah...

15 comments:

  1. salam yatie...kalau akak pun akan berfikir sam,a macam yati..rasa takut juga kesana balik..

    ReplyDelete
  2. en. abah pun kena tyroid, tyroid dlm darah, hari2 kena makan ubat, berat badan pun turun. akak rasa dia dah mula bosan makan ubat, bila dia tinggal ubat, dia akan selalu masuk toilet. kesian tgk

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    DIDOAKAN KESIHATAN KEMBALI SEMBUH !

    ReplyDelete
  4. kekekekeke..lawak lak pulak entry kak yati kali ni..hahaha..saya pon sama, siap gado ngan nurse kat klinik kesihatan sini, saya lari pi hospital swasta, bersalin sana, cucuk anak pon la ni bwk swasta..takut nanti bwk kat klinik tu, nurse bls dendam cucuk anak saya kuat2 lak...haha..tp tu la dianya kan, doooiitttnyer laaa kan..pyh mencari..

    ReplyDelete
  5. salam..ada benar kata kak tue..takut diorang berdendam dgn akak kerana akak telah membuat aduan

    ReplyDelete
  6. Yati tak cuba ubat alternatif? Apapun ayu doa moga yati cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  7. Kak Erna,
    lega tahu orang lain pun fikir benda yang sama cam saya.

    Kak Su,
    cirit birit ya. Nasib orang ada tiroid kak, kena makan ubat tiap2 hari. Tak pergi check ke, mana tau, leh operate.

    luahfikiran,
    terima kasih. saya hargai doa tuan.

    sueann,
    ye... duit. Ada duit, takde masalah.

    sahromnasrudin,
    ye, itu yang sedikir khuatir tu. Tapi rasanya, akak tak pergi sana balik la, sahrom.

    Ayu,
    Ada idea ubat alternatif yang bagus? :)
    Terima kasih Ayu.

    ReplyDelete
  8. Fuh!!!!dh byk kali akak jengah blog yati n nk tinggalkan komen ttp xbrjaya.cuma smpt baca n3 jerr..tenent wat hal la yati...

    Akak sokong tindakan yati yg berani krn benar nie...sekurg2nya dgn cr nie boleh mencelekkn mata mrk n nasib yg sama xkn brulang kpd patient lain...

    ReplyDelete
  9. Kak nza,
    Masalah internet ya akak? Laa... terima kasih kak, sebab sudi tinggal komen walau pun payah.
    Terima kasih, kak. Tak boleh bior orang pijak pala kita suka hati je. Dan bior la tak berulang pada orang lain. Itu je niat Yati.

    ReplyDelete
  10. salam, puteri..
    semoga kembali sihat..
    hmm. taktau la nak kata apa.. mula2 sy baca jawapan pengarah dlm paper tu pun, sy sama mcm puteri. mencari word yg satu itu.. tapi, rasanya tak terselit di mana2.. mujur ada surat iringan lagi mohon maaf.. harap2nya, jgn sekadar mohon maaf utk tutup mulut kita, sudah.. tindakan juga harus diambil seiring dengannya.. setidak2 nya, orang yg berkenaan harus dipanggil utk menjawab apa yang telah berlaku.
    kalau sy, memang sy tak pergi dah ke sana.. biar pergi tempat yg lebih jauh atau yg berbayar pun takpe.. asal hati puas dan kalau jadi apa2 lagi, takyah nak susah2 kena tulis surat aduan lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Zai,
    hang dah boleh online ka? Bila free, email la kat aku address hang. Email aku, yati_my@yahoo.com
    yang itu, wallahualam la kan... kita tak tau apa tindakan di pihak depa... harap-harap gitu la. yang berkenaan harus ditegur setidaknya, perbetulkan la sistem depa skrang yang dok pakai 2 lab. Orang tu cakap lain, orang ni cakap lain, yang susah, pesakit.
    Aku dah selamat check darah, Zai, hari ni. Alhamdulillah, Tuhan tolong aku. Dapat cari klinik panel satu kat sini yg boleh check. Lega... ^_^

    ReplyDelete
  12. salam yati,

    semoga semua ahli keluarga yati dan yati sendiri sihat2 sahaja.

    kalau ada pilihan, baik ke tempat lain aje :) betul la tindakan yati tu.

    ReplyDelete
  13. Lynn,
    Lynn pula camana?
    Giveaway Lynn tu, Yati baru baca soalan, dah pening kepala. Hehhe...
    Thank you, Lynn. Rasanya, Yati stick pada klinik panel yang Yati pergi hari ni. Doktor pun baik. :)

    ReplyDelete
  14. yati,
    jika dah ade klinik panel yg ok.. stick situ jer lah.. x yah nak buang masa dgn mcm2 kerenah..

    ReplyDelete
  15. kakyong,
    Betul tu, kakyong. Baru kini ku temui. Sebelum ke hospital tu, kami cuma check di klinik biasa. Sekali check darah 70 ringgit melayang. Tak masuk ubat lagi. Tapi skrang, dah lega. Alhamdulillah... :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea