Friday, October 22, 2010

Kudaku lari gagah berani

- Entri dalam loghat Perak -

Semalam, teman anak beranak melepaskan mike pergi...

Semuanya berlaku dengan agak cepat...

2-3 hari sebelum ni,  tuan mike ditanya oleh tokei tu, sama ada kami nak jual mike tak. Teman iakan je. Cuma tuan mike tu, sayang katanya.

Sebenornya, teman dah lama rasa nak lepaskan mike. Ate, mike tu... ngada-ngada sangat, manjanya terlebih. Tua la katakan. Eh, tua pulak... lama. Sori la, teman tersebut tua pulak.

Mike pun satu, tahun lepas, asal tuan mike dapat gaji je, mike rosak. Asal rosak je, time tuan mike dapat gaji. Selalu macam tu. Mana la teman tak angin.

Walau pun mike ni jenis yang jaga tuan. Mike tak pernah rosak di tepi jalan, sampai susahkan teman laki bini dan anak- beranak. Kalu nak rosak tu, mike kuor bunyi dulu, bagi tanda nak rosak. Asal bunyi slow, boleh jugak diabaikan. Tapi kalu makin kuat, kena la bawak mike ke bengkel.

Mike ni pun satu tau. Memilih benor la. Bengkel bawah pokok tu, kalau tuan bawak mike, 2-3 trip juga mike suka ke sana. Saje je, nak menghabiskan duit. Ate, kena la bawak mike pergi bengkel jauh sikit, kat Batu Gajah nun, baru mike repair sekali terus baik. Tapi, sekali repair, beratus tu.

Mike tau tak, teman selalu sakit hati dengan mike. Teman anak beranak tak de can nak pergi holiday kat Langkawi ke, sebab asal dapat bonus, time tu ler mike minta repair baikkkkk punya... mahal tu... abis jugak duit.

Perangai mike tu makin menjadi-jadi bila tuan mike bawak balik Wira satu hari tu. Mula-mula tu, boleh juga teman antor dan ambil Amirul kalu tuan mike tu takde. Lama-lama, mike dah macam merajuk je, teman tengok. Nak start pun susah. Sampai kan sekali tu, kena pinjam jumper, sebab nak meng-idupkan mike.

Teman tau, mike terasa ati bila tuan mike dah ada Wira. Tapi, kan dia selang seli guna mike. Ari ni dia bawak Wira. Esoknya, dia bawak mike. Hari-hari macam tu, selang-seli. Apa yang mike nak lagi? Tuan mike tu pun tak pernah simpan mike kat luor. Mesti simpan kat dalam, tak kena hujan dan panas.

Kemuncaknya, bila sebulan yang lepas, mike dah tak nak start. Langsung tak nak. Tuan mike panggil pomen, hantar bateri baru, mike start. Tapi lusanya, mike tak nak start balik. Nape mike buat perangai camtu?

Sejak tu, mike dah tak nak start dah. Macam merajuk je. Teman pun berbincang dengan tuan mike tu, supaya kami jual je mike. Masa raya hari tu, ada sedara kat Tumpat bagi nasihat, ye la. Harga mike ni, makin lama, makin susut. Jadi, sementara ada orang nak, elok la kami jual je.

Lagi pun, teman tak mau la mike terima nasib macam kawan mike kat luor pagar tu. Dia kan sama spesies macam mike juga. Tapi keadaan dia lagi teruk. Body dah berkarat, berlubang. Kaki pun dah kempis. Kat sini, majoriti nya kakitangan gomen. Majoriti juga ada 2. Ye la, suami isteri bekerja, satu untuk kegunaan suami, satu untuk kegunaan isteri. Dan kebanyakan nya, simpan di luar rumah. Sebab garaj pun tak muat sampai 2.

Jalan kat kawasan sini pun, idok le besor mana. Kalu satu rumah dah ada 2 dan salah satu simpan luor, tak ke sempit namanya tu. Tapi tak kisah le tu, sebab bila siang je, 2-2 hilang. Cuma kawan mike yang kat luor pagar, kat depan rumah kita tu je tak hilang-hilang. Dah 2 tahun dah, duduk je kat situ. Ish, tak tau la teman apa nak cakap. Bukannya tak ada, sorang dua dah sound dah dengan tuan kawan mike tu. Sejak Proton buat promosi tukor yang lama, dapat 5 ribu tu, sampai la promosi tu berakhir, sampai la ni kawan mike tu dok je kat situ.

Repair pun idok, pakai pun idok. Kalu sayang benor, apsal tak deme simpan je, dalam almari, dari dibior dalam hujan dan panas, sampai berkarat. Teman tengok, dah rupe besi buruk dah pun. Tapi iya la. Tuhan tu jadikan manusia tu, rambut sama hitam, perangai lain-lain. Setinggi-tinggi Gunung Everest, tinggi lagi ego deme. Sesegar sardin dari dalam tin, sardin lagi muka deme. Setebal tembok jeti Lumut, tebal lagi muka deme. Idok juga dibuat apa-apa, walau pun sorang dua udah sound. Tapi teman anak beranak ok je, masih tersenyum.

Idok ke deme tu rasa kesian tengok orang lain nak keluor rumah pun payah? Kena go head gostan 2-3 kali baru boleh keluor? Apa, idok ke deme tu rasa kesian tengok masa sedara atau orang tua orang lain datang menziarah, kena letak kete menjulur keluor. Entah la. Asal deme senang udah le, ye dak. Orang lain susah takpe. Apa deme peduli, kete deme lagi satu, kancil, boleh kuor senang je. 

Teman dah melalut pasal lain dah ni. Tapi kesimpulan nya, teman cuma tak nak mike terima nasib yang sama macam kawan mike kat luor pagor tu. Mike faham, kan? Mike ni teman rasa masih kuat... Kami rasa, kami tak mampu nak menyara sampai 2. Next year, Hafizan dah nak kena antor ke tadika. Jadi, dah 2 orang budak dah kena pergi sekolah rumah ni. Asal pergi sekolah, mike pun tau kan, kena kuor duit untuk yuran, buku, baju, etc? Dalam keadaan barang keperluan harian yang makin mahal ni, tuan mike sorang tu the only breadwinner in the house. Eh, speaking London pulak teman... Teman pulak, bekerja sendiri dari rumah, pendapatan tak tetap. Jadi, mike faham maksud teman kan?

Bukannya teman anak beranak tak sayang. Sayang tau... Mike ni, kenderaan pertama yang teman beli, masa kerja pertama teman, lepas habis belajor. Masa tu, teman cuma bekerja sebagai programmer. Masa tu, teman baru je kawin ngan tuan mike tu. Anak pun tak ada lagi. Jadi, mike dah duduk dengan teman anak beranak hampir sama usia dengan perkahwinan teman, 9 tahun. Ye le, mike tu cuma second-hand. Mike waktu tu pun, dah 4 tahun kuor. Jadi, usia mike dah lebih kurang 13 tahun. Mike dah lama, ada banyak experience, mike banyak berjasa pada teman anak beranak..

Teman masih ingat lagi. Mike ni, kenderaan pertama teman juga, lepas teman dapat lesen. Ada sekali tu, teman terlanggor lori. Bukan lori langgor. Tapi teman yang langgor. Teman nak tukor lane. Ingat ke, muat. Tapi, tak muat rupanya. Dalam keadaan jalan sesak, kat Jalan Ampang tu. Habis badan mike calar. dari depan sampai belakang, kemik. Tapi mike tetap bertahan. Kuat la mike ni. Teman still boleh drive mike balik rumah. Walau pun dalam keadaan terketor-ketor. Ye la, baru accident dengan lori. Mau tak takut. Kuat betul mike ni. Teman pun kuatkan hati bawak mike, sebab tengok mike kuat. Gagah mike melawan benda yang jauh lebih besor dari mike. Teman kagum. Itu la pengalaman tak dapat lupa dengan mike.

Tapi semalam, buat pertama kalinya, teman tengok mike berseri-seri. Tokei tu pulak, bawak bateri yang sudah di caj dan dipasangnya kat mike. Terus mike hidup! Waktu dicuba oleh tokei, teman tengok mike umpama kuda yang riang, yang baru dilepaskan dari kandang. Gembira, gallop ke sana, ke mari. Handsome, macam storybook omputih, Black Beauty tu... 

Mike gembira ye... teman dapat tengok tu. Takpe la, tuan baru mike tu pun rasanya, orang senang. Dia beli mike cash. Mesti dia tak ada apa-apa problem untuk maintain mike. Mike duduk baik-baik, berkhidmat la dengan cemerlang dengan tuan baru mike ya.. Teman tau, kalau mike dok dengan teman anak beranak, mike pun dah tak happy, monyok je muka, sebab ada Wira tu kan...

Mike jaga diri tau... Tuan mike tu emosi semalam. Dia sayang sangat kat mike. 

Tadi petang, teman anak beranak boleh terserempak pulak dengan mike. Wah, baru kuor bengkel ya. Rim dah tukor, plat number dah ganti baru. Dah tak bunyi apa-apa la. Kecuali bunyi mike cakap bye-bye kat teman anak beranak. 

You go along now....
We will always love and miss you!
Selamat jalan, Iswara ku!





Gambor-gambor kenangan sebelum mike pergi semalam...


21 comments:

  1. salam kak..jgn bersdih ya..saya yakin inspira kan menggantikan iswara akak tue..kalau jln2 dgn inspira, makin berinspirasi la akak nanti heheheh ^_^

    ReplyDelete
  2. mmg sedihkn kalu brg2 yg dh lama dgn kita trpaksa dijual..apapn, semua tu demi kebaikan juga....

    ReplyDelete
  3. salam,dah beli kereta baru ke yati..

    alhmdullah,murah rezeki,
    panjang cite mike tu...

    ReplyDelete
  4. ate...mike tu banyak hey benor...gitu ler ropanya.ha2...leh nyamar jd org perak x?

    ReplyDelete
  5. adei..entry perpisahan dengan kereta yang sedih jugak.

    ReplyDelete
  6. cedihnyee laa..anis pon xbeli lg keta lain.pakai je keta anis zaman keje dulu.sayang sgt kan kt keta lama kita.byk berjasa tul.

    iswara ni kan kak,kategori kereta kebal laa kan.dulu mak anis ada iswara gak.jarang rosak.tp bila sebut nk beli yg baru,dan2 tu dia merajuk.ke,mmg iswara ni dia ada letak cip perasaan ke dalam tu ar?kih3x!

    ReplyDelete
  7. yati..panjang lebo kesahnya...mana tak sayangkan..sebab dah lame menggunakan khidmatnya..
    tak pe la yati..relakan aje le..nanti cari la ganti yang baru ye..

    ReplyDelete
  8. alololo...sedihnya, sama mcm masa mak saya jual iswara biru dia dulu :(((

    ReplyDelete
  9. teringat plak ngan iswara kami dulu... dah pass kat adik jer.. tp alhamdulillah tak meragam sgt walaupon tahun ni dah masuk 10 tahun dah

    ReplyDelete
  10. Sahromnasrudin,
    haha... ye la tu.. takde niat pun nak gantikan iswara. :)

    kak nza,
    betul kak. Saya relakan dia pergi.. huhuhu...

    imanmom,
    mana ada beli kete baru? Kete lama ada la. :)
    Ha ah, terover panjang pulak entri. Banyak benda nak cerita. Hehhe...

    Epit,
    eh... mike bukan dah ada kat jepun ke?
    Hmmm... tak leh la epit.. apa benda mike cakap tu.. teman pun tak paham.. ^_^

    Anne,
    sedih, mahu tak sedih.. lama tu guna dia, banyak berjasa...

    Anis,
    Betul, betul, betul.. selagi boleh pakai Anis, pakai le. Kalau beli yang baru, merajuk le yang lama. :)
    Betul la tu, memang kereta semua ada perasaan. Jangan berborak nak beli yang baru kalau kita tengah bawak dia. Dan dan dia boleh rosak. lagi-lagi iswara, memang sensitip. :D

    kak Erna,
    sesekali kak... mood mengarang tu sampai, terover panjang pulak Yati tulis kali ni. Hehhe..
    Di mana kan ku cari ganti... mungkin tidak dalam masa terdekat ni.

    Lynn,
    ye ke.. yati paham perasaan mak Lynn masa dia nak jual tu. Waaaaa...

    Kak Mila,
    Memang Iswara dulu kuat, kak. Tapi kena pakai hari-hari la. Kalo tinggalkan dia tak ber-start, alamat tak start terus la rasanya... :)

    ReplyDelete
  11. huhu..sedey abis ler time nak lepas mike tu yer..sok2 lagi sedey tiba2 jumpe mike dibawa org...ate jodoh sampe situ jer..

    jom kenal adik nuffy
    http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/10/goods-new-churp-churp-adik-angkat-nuff.html

    ReplyDelete
  12. Hehhe... Nama kete teman bukan Mike tu. Tapi teman bahasa kan diri dengan dia, teman-mike. (Mike = awak) loghat Perak.
    Takpe la MamaYatie, teman redha je, jodoh sampai sini je.

    ReplyDelete
  13. hahaha...nampak benor tak reti loghat perak...en.suami sblh tepeng ckp loghat utara..

    ReplyDelete
  14. hehe.. syok pulak teman membaca entri ni
    teringat2 kenangan masa skolah kat taiping dulu =))

    ReplyDelete
  15. salam,

    kak yati, pening kepala saya baca entri ni. tak tahu yang mana satu kete, teman ke mike yang kete..heheh. teman tu maksudnya saya yer? mike tu maksudnya awak kan? baru nak belajor..

    ReplyDelete
  16. MamaYatie,
    ha ah, betul tu. Ada orang Tepeng cakap utara. Tapi ada jugak yang cakap Perak.

    h4ni3,
    wah... ni mesti selalu dating kat taman tasik tepeng ye.. ke kat zoo... hehhe... gurau je ya. ^_^

    UmmuFarhan,
    Teman = saya
    Mike = awak
    Betul la tu, UmmuFarhan. Senang je cakap Perak ni. :D

    ReplyDelete
  17. uishh.. teman budak baik masa skolah dulu.. tak dating punye kat tasik tu. teman dating dalam skolah jer... miahahaha

    *dulu every fortnight kena pergi bersihkan zoo.. sbb teman join kelab 'friends of the zoo'. hehehe.. mcm takde kelab lain yg teman nak join!

    ReplyDelete
  18. h4ni3,
    muhahhahaha... ^_^
    bagus join kelab tu. Seronok jumpa binatang kat zoo ni... teman dulu, langsung takde peluang join kelab2 gini.

    ReplyDelete
  19. seronok baca post ni :)..teringat kembali keta proton saga saya ngan suami dulu....memang emosional time last day tuh...ambik gambar gak...apa2 pun jadikan ia kenangan terindah....dan bakti keta tu pada yati and family :)...life goes on and of coz..life akan bertambah baik dengan peningkatan hidup yang lebih lagik ...Insyaallah :)

    ReplyDelete
  20. ingatkan kuda apa lah tadi.. jenuh membaca sampey ke bawah... kuda besti rupanya...
    ade gak yati kereta hasil dr duit sendiri... sentimentel tu...

    semoga berbahagia le dia dgn tuan baru...

    ReplyDelete
  21. Rafidah,
    Thanks Rafidah... Insya-Allah.. ^_^

    kakyong,
    ha ah kakyong. Kuda besi. :D
    Harap begitu la. Kalau buat perangai lagi, macam duduk dengan Yati, takut tuan baru dia campak dia kang. Hehhe...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea