Monday, October 18, 2010

Bicara Santai bersama IK

Akhirnya, dapat jugak saya jumpa secara live, Irfan Khairi...



Kalau anda pembaca blog Yati ni dari dulu, ingat tak Yati pernah cerita dulu, Yati pergi Mini Workshop Dari Kosong ke Jutawan di Ipoh, dapat jumpa Dr Azman Ching. Hari Sabtu lepas, Yati pergi ke program Bicara Santai bersama Irfan Khairi, juga di Ipoh.

Apa yang Yati cakap ni dari sudut pandangan Yati secara peribadi tau. Dari sudut seorang surirumah yang terperap di rumah, kurang berjumpa orang dan senang rasa down, dari kerja rumah yang tak habis-habis dan list goes on la. Apa taknya, bila keep in touch dengan kawan-kawan lama kat FB ke, tengok masing-masing dah pun berjaya naik pangkat, beli kete besor, dari kerjaya masing-masing. Tapi kita ni, surirumah... accomplishment...? Kalau translate ke graf, mahunya mendatar je... Tak sama bila kita bekerja, pegang duit sendiri, di mana kita boleh belanja bila saja kita nak, kita boleh save berapa saje kita nak... Itu la Yati dulu.. tapi itu la namanya berkorban... betul tak... ada la sebab masing-masing kenapa sesuatu tu berlaku... kalau nak story the morning glory, memang tak abis-abis... Jadi, dipendekkan cerita...

Pernah tak anda berada dekat orang yang pencapaian atau status dia umpama langit dengan bumi dengan anda? Di mana anda rasa caj-caj positif atau aura keluar dari dia... bzzzz.... bzzzz..... sesuatu yang susah nak diterangkan dengan perkataan, cuma boleh dirasa.... kita rasa kita nak amik sikit aura dia, buat semangat kita... perumpamaan lain macam... ... rasa nak terkam je... aaaaummmmm kat dia, tapi of course la, tak kan kita nak buat camtu kan... tapi perasaan tu HEBAT sekali! Itu la yang Yati rasa, everytime Irfan Khairi (IK) lalu tepi atau berada dekat. Yati kalau hadir majlis ilmu camni, memang suka dok tengah-tengah, tepi laluan yang penceramah lalu. Saja, nak rasa....hehhee...

Seronoknya! Walau pun tak lama pun. Walau pun ada yang diperkatakan tu ada dalam buku beliau. Tapi itu la dia, berguru dengan buku - lain, tapi bila cikgu ada kat depan, lain rasanya.... Rasa lebih faham, dapat tangkap mesej lebih jelas.
Yati rasa, IK ni seorang yang genius. Apa taknya, kalau 25 tahun dah jadi jutawan. Tambah pula, apa yang diperkatakan tu sesuatu yang logik, diterima akal. Bukannya ada maksud sembunyi-sembunyi pun. Simple je.

Sayangnya, tak dapat capture kenangan manis ni dengan camera, sebab camera yang tak leh shoot outdoor. Masih tak beli yang baru lagi. Cuma dapat abadikan seberapa banyak dalam memori. Dan kenangan sikit, Yati pilih buku pertama Irfan Khairi yang Yati beli few years back, untuk di sign autograph....


Buku ni la....



... yang ubah cara pemikiran Yati beberapa tahun lepas. Tau tak dulu, Yati start niaga internet ni tanpa modal, dengan hanya jadi affiliate produk baby, dan promote barang pun di forum yang benarkan ahlinya buka kedai thread dalamnya, secara percuma? Bila dah setahun buat kerja tu, dan customer paling jauh Yati dapat, dari Jepun, dan baca buku tentang perniagaan internet ni, mostly dari IK. Belajar slow-slow. Ilmu internet, blog, selain beli juga buku-buku motivasi lain dan parenting. Yati ubah niaga, kepada sesuatu yang Yati suka, cross stitch. Itu la dia, kenapa IK ni macam idola atau mentor la bagi Yati.

Satu lagi IK ni baiknya... dia layan setiap orang bergambar, dan minta autograf, semua dia layan dengan baik. Yang tua, yang muda, yang bertanya soalan, dijawap dengan senyuman. Mana tak rasa macam nak terkam, Astaghfirullahal azim...

Thank you to suamiku sayang, yang take over jaga anak-anak selama 4 jam. Ingat ke, lepas campak Yati kat Hotel Heritage, dia orang balik rumah. Tengok-tengok, lepak kat Padang Polo. Budak-budak tu main sampai tak larat main dah. Kesian. Tapi bukan selalu mama pergi, mama pergi cari ilmu sekejap je...

Kalau anda belum subscribe newsletter IK, join la sekarang. Selain tips-tips kewangan, dan perniagaan internet yang sangat-sangat berguna pada peniaga online, anda boleh tau kot-kot IK dan mentor-mentor jutawan yang lain ada buat workshop di tempat anda. Ni link blog IK.

17 comments:

  1. salam ziarah..tahniah kak..akak membuktikan seorang suri rumah sebenarnya penyumbang utama ke arah KDNK dalam negara..kalau kastemer dah sampai Jepun, kire hebat la tue..tahniah & syabas ya

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    TKASIH PERKONGSIAN INFO. APA SAHAJA BERMULA DENGAN IMPIAN, KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN USAHA YANG BETERUSAN DAN CARA YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT, TAWAKAL DAN BERDOA SENTIASA KPD ALLAH SWT

    ReplyDelete
  3. Insyallah yati.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. seronok akak baca citer yati... bersemangat.. dan tak terkejar2 nak keje dengan org lain. kerja sendiri, anak2 jaga sendiri.. akak tak sekuat yati nak tinggalkan alam pekerjaan demi anak.

    ReplyDelete
  4. Sahromnasrudin,
    thank you, Sahrom. Tapi semua tu bukan senang. Tapi akak akan terus berusaha, insya-Allah, selagi ada kudrat. :)

    luahfikiran,
    Insya-Allah, saya akan terus usaha dan berdoa. Terima kasih, ya, Dato.

    kak Mila,
    Yati pun takde la sekuat tu, kak. Sesekali, ter-break down jugak. Hehhe... Kita kan sama-sama kuat kak. Cuma akak berjuang di alam pekerjaan. Demi anak-anak juga, kan..

    ReplyDelete
  5. yati,
    wah bersemngat bila baca n3 yati ni....
    tahniah..

    ReplyDelete
  6. kemahuan bermula dengan angan2. bila dah berangan mulalah berusaha. dimana ada usaha pasti ada kejayaan. betul tak?

    ReplyDelete
  7. salam yatie..tahniah..akak kagum ngan yati..bersungguh sungguh..mencuba dan mencuba..semoga yatie terus berjaya..
    akak selalau tengok buku dia tu dikedai buku..

    ReplyDelete
  8. kekekeke..takotla kak yati ni..ganas jugak rupanya, walaupon sweet jer muker..sib baik dh kawen, kalo tak, kener terkam sungguh IK tu ngehngehngeh..saya pown cam kak mila jugak, terkejar2 ngan kerja. berniaga lg, sy ni 4 in 1, kejer opis, keje umah, babysitter dan tailor..hahhaha..(giler penatsssss...)

    ReplyDelete
  9. seronoknyaa kak ley jumpa IK.memang betul la kak,jadi surirumah,terperuk kt rumah ni mmg bagi kita cepat down.Rasa mcm xda pencapaian.Tp bila fikir2 balik,sebenarnya kita bertuah sebab jadi housewife kan?

    ReplyDelete
  10. bila la dapat jadi setaraf dengan dia ye???

    ReplyDelete
  11. kakyong,
    thank you. Harap semangat ni akan bertahan lebih lama.

    Kyuubi,
    Betul, betul, betul... :)

    kak Erna,
    timasih, kak. Mudah-mudahan... :)

    Sueann,
    Ish, itu perumpamaan je tu, gambaran perasaan. Tak kan nak terkam orang kot, lagi-lagi lain jantina dengan kita. Sama-sama la kita lawan penat tu. Satu hari nanti, Insya-Allah, penat tu akan berbayar...

    Anis,
    betul tu Anis.. Tengok anak besor depan mata, mahal reward nya...

    Sham,
    Susah, tapi tak mustahil... Insya-Allah, tanamkan sifat saya boleh..! Sape la yang tak nak jadi bebas kewangan kan...

    ReplyDelete
  12. Salam,

    ingat2 citer kak yati dulu tu...tahniah kak sebab cita2 akak tercapai. Memang saya pun merasa perasaan yg sama mcm akak, saya pon suri rumah gak. Kdg2 tu rasa down sangat2 huhu. terpaksa la kita motivate diri kita balik.

    Huhu dasat tulisan irfan khairi, macam conteng2 je tapi mak aiii..jutawan tuu!!

    ReplyDelete
  13. UmmuFarhan,
    Huhuhu... hanya yang merasa je yang paham. Sama-sama la kita melawan rasa 'down' tu ya. Chaiyok!
    Macam tulisan doktor pun ada kan... Hehhe... tapi memang dia ada title doktor pun, kan..

    ReplyDelete
  14. hahahahaha..tkderla akak...gurau2 jer tu wakakakakka..jeles ngan housewife ni..dpt dok umah, jaga anak from A to Z..wat crosstich..besttt huhuhuhu..beban saya tk abes lg..kalo ikut ati nak ajer berenti..apakan daya...tp sumer yg terjadi ada hikmahkan...

    ReplyDelete
  15. Sueann,
    ya... betul. Jangan la jeles dengan kami yang surirumah ni, sebab kami pun jeles dengan wanita bekerjaya ni, sebab mau shopping - tak payah minta husband maaa... ada duit sendiri... huhuhu..

    ReplyDelete
  16. salam yati....bestnyer dpt jumpa IK...:)

    sy selalu rasa down terutama bila tgk kwn yg keje...rasa kita ni jauh sgt ketinggalan....sbb tu gak sy jarang nk jumpa kwn2...risau tk pandai bwk diri( kurang self confidence)...tp selalu tu sy cuba keluar dr situasi cam tu dgn pikir bkn semua yg kita inginkan tu baik utk kita & mungkin apa yg jd skang ni adalah yg terbaik...ade gak kwn yg kata sy sgt beruntung sbb dpt peluang jd surirumah sepenuh masa & sempat lg buat apa yg diminati....yg penting bersyukur dgn apa yg kita ada skang & jika rasa terbeban...pikir ade org lain yg lbh susah dr kita....:)

    ReplyDelete
  17. ainiayu,
    lama tak dengor cerita. :)
    Memang best, dapat jumpa IK! ^_^

    Betul cakap Ainiayu tu. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Di sebalik semua ini, mesti tersimpan seribu rahmat atau hikmah yang kita tak tau, esok lusa.. tinggi nikmatnya. Memang ya, rasa low self esteem tu mesti ada, bila jumpa kawan-kawan yang bekerja, kan. Tapi betul cakap ainiayu, Yati sangat setuju. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea