Monday, September 06, 2010

Knitted coin purse

27 Ramadhan... 
Jiran kanan dah balik kampung...
Jiran kiri dok vakum dan polish kete...
Jiran depan kemas dan vakum rumah....
Kami... masih di sini, encik abe kerjaaaa....
Hahaha... nanti petang raya baru balik daaaa.... sib baik sejam je ke rumah mama....

Mari la kita tengok projek last weekend saya...
Bila dah habis knitting tu, untuk bagi kemas, kita sew in hujung benang dengan cara, guna jarum embroidery, susup masuk through the edge hasil knitting kita tu, lebih kurang 5 baris pertama, dan gunting la yarn tu.


Ni mana pulak datang lubang ni....


Ini kes snip yarn terlalu rapat dengan hasil knitting kita la tu... waaa..musnah harapan, penat je mengait... aku pi buat lubang pulak...

Terus simpan dalam drawer...
Camne nak buat ni... sakit ati pun ada....

Lima minit kemudian, amik balik....
Saya tau apa nak buat...


Kita tepek dengan felt.. jahit zip, jadilah coin purse....


Ni apa kes ni... jahit zip pun senget? Tak kemas langsung... Boleh la, untuk kegunaan sendiri.... cubaan pertama buat purse dari knitting....

Orait.... ada kerja menunggu....
Selamat hari raya ya, pada semua... maaf zahir batin... berhati-hati di jalan raya, jaga diri, jangan main mercun, kang meletop! Selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak saudara! Dah dah, pi balik kampung, jumpa orang tua, tolong buat rendang pi....

7 comments:

  1. kalau orang kreatif, benda yg 'rosak' pun akan jadi sesuatu kan.. sukee pouch tu.. comel!

    ReplyDelete
  2. h4ni3,
    Thank u.. mula-mula mati akal jugak, ingat nak campak je, tapi sayang sebab kaitnya punya la lama... tu kena cari jalan jugak tu... boleh la, buat pakai sendiri... :)

    ReplyDelete
  3. Yati cantiklah :) Kreatif sungguh.. kalau saya memang tak terfikir nak buat macam tu kalau ada lubang.. kot kot dah buang kat dalam tong hah... :) thanks for this idea!

    ReplyDelete
  4. salam kak..sila ambil kad raya sy utk kak di entri terbaru sy

    ReplyDelete
  5. Sindar,
    you're welcome. No no.. jangan buang, sayang... tenaga dan masa dah abis, juga kos benang lagi... :D

    Sahrom,
    kad raya untuk akak? Ok, nanti akak amik.

    ReplyDelete
  6. samalah tu, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, jgn lupa singgah umah akak amik kad raya.

    ReplyDelete
  7. Kak Su,
    Selamat hari raya, kak. Maaf zahir batin atas silap dan salah. Nanti Yati singgah amik kad ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea