Tuesday, September 21, 2010

Goodies received recently...

Camana hari anda?
Dah balik kepada rutin biasa dah bagi kami. Budak dah pergi sekolah, bapak budak dah pergi kerja, mak budak masih di rumah, jaga 2 orang kanak-kanak rebina dan uruskan online bisnes dari rumah. Busy, busy... bagus jugak sebab busy ni, sebab tak sempat nak layan hati ku yang terluka... Terluka sebab apa? Hmmm... tak leh nak cerita, lagi pun nanti I sedih you.... tak nak la sedih-sedih... hidup mesti gembira! ^_^

Eh, ada sesetengah sekolah cuti yek... Sebab budak darjah 6 dah start UPSR. Mesti parents yang ada anak amik UPSR ni, berdebor-debor rasanya. Good luck ya untuk adik-adik yang amik UPSR! Sekolah Amirul tak cuti la, sebab sekolah Amirul ni baru beroperasi Jun yang lepas, dia tak amik budak darjah 6, sebab takut ganggu tumpuan murid untuk UPSR, nak kena pindah pulak dari sekolah lama.

Lupa pulak nak cerita...

Sebelum kami balik beraya hari tu, encik posmen ada singgah. Ingatkan bil, tapi ada cenderahati dari kawan baru saya... jeng-jeng...


Dari kawan baru, Sueann, pemilik blog Jurnal Fansuri.
Pandai jahit bag Sueann ni. Siap terima tempahan lagi. Dok Perak jugak, kat Tanjung Malim.. Hehhe... Sueann telah bermurah hati hadiahkan beberapa ribbons, notebook comel, dan sampul duit raya (dah habis guna laa... ). Thank you, Sueann. Balik kampung sebelum raya hari tu pun hatiku berbunga-bunga... 

Seterusnya, masa di Kelantan, sebenarnya, dah usha benda ni setahun yang lepas. Tak sangka pulak masih ada. Harga murah. Yati tak pernah jumpa kat mana-mana kedai di Perak ni. Perak ni, bukan macam KL. Barang kraf, jahitan, aksesori, kebanyakannya susah nak cari, tak macam di KL. Ini la dia...


...toolbox! Untuk barang-barang kraf Yati. Jadi, boleh la bawak kemana-mana. Sebelum ni, balik rumah mama atau balik Kelantan, dah la tak boleh online. Jadi sekarang, boleh juga habiskan kerja mana yang patut.
Ni bahagian dalam toolbox...


Banyak boleh letak. Tray paling bawah tu, boleh angkat dan isi benda lagi. Saya sangat suka! Dapat jugak akhirnya. Jarang beli sesuatu untuk diri sendiri. Jadi, memang suka bila dah dapat benda ni. Husband Yati cakap, dah macam make-up artist dah ni. Hehhe, mana ada, orang lain dah lama ada. Kita baru nak ada.. 

Oh ok la... kerja banyak. 
Selamat berpuasa enam pada mereka yang berpuasa enam ya! 
Take care semua!

14 comments:

  1. wahahahahaha..malu saya kehkehkeh..

    ReplyDelete
  2. SALAM.,
    MACAM TOOLBOX LF YANG DISIMPAN DALAM STORE. DI DALAMNYA ADA BARANG2 PERTUKANGAN. LF TAK TAHU SAPE AMBIL IDEA SAPA. OK, SELAMAT MEMBERESKAN KERJA YANG BANYAK TU.

    ReplyDelete
  3. salam kak..tahniah..betul2 mcm mekanik jahitan akak nie..hebat la

    ReplyDelete
  4. Sueann,
    eh, apa nak malu pulak... ^_^

    luahfikiran,
    oh ye ke...? Hehhe... kebetulan boleh sama ye. Terima kasih...

    Sahromnasrudin,
    kih kih kih... senang ada toolbox ni, boleh angkut ke mana-mana barang kraf. :)

    ReplyDelete
  5. ooooo bestnya :)))
    hihi.. tengok goodies ni bikin kita semangat ja Yati :)

    ReplyDelete
  6. Sindar,
    ya betul!!! Sangat seronok! Lagi-lagi, kalau orang yang hadiahkan, tak yah kuor duit sendiri. Hik hik! (ntah pe-pe le aku ni...)

    ReplyDelete
  7. bestnya... dpt goodies & ade plak tempat simpanan yg sesuai.. nanti kemas & terjaga brg2 tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. Kakyong,
    itu la dia. Ribbons tu semua at least dah senang nak cari. Sebelum ni, semua campur aduk dalam plastik bag je. :D

    Rafidah,
    best! Macam budak kecik dapat toy. Hehhe...

    Ros,
    Selamat hari raya, Ros! Maaf zahir batin...! Bz jaga baby ya... :)

    ReplyDelete
  9. Yati, Selamat hari raya....! Makin bertambah semangat nak ber craft nanti kan Yati....!

    ReplyDelete
  10. Kak Dee!!!
    selamat hari raya untuk kak Dee sekeluarga!
    Ha ah kak, betul..! ^_^

    ReplyDelete
  11. eh. same mcm sy punye tool box. sejibik! happy crafting! :)

    ReplyDelete
  12. UNI,
    Hehhe... sama taste kita yek.
    Happy crafting to you too! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea