Thursday, August 05, 2010

Knitting my boredom into something cute

Last week, Yati ada beli knitting needles dan yarn 2 colour. Yati tak tau knitting, Yati cuma ikut instructions dalam buku.

Bila Yati tengok camana jahit knit stitch, dan cuba buat, baru Yati rasa macam familiar. Lebih kurang 20 tahun dulu, masa tinggal di Perlis, masa umur Yati kurang 10 tahun, mama Yati ada ajar. Tapi Yati tak serius sangat, sebab time kita cuba, mama cakap, No no, salah. No no, tak betul. No no, bukan camtu. So, Yati takde la minat sangat dengan knitting ni.

Tapi Yati boleh terbeli barang-barang knitting ni last week. Mula-mula, sekadar mencuba knit stitch, tak ada idea nak buat apa lagi.


Sebenarnya, Yati ada siapkan cross stitch kecik, konon nak buat needle book, tapi tak habis buat lagi. Rasa seronok pulak knit ni.

Cuba tengok apa Yati buat....


Yati buat pink owl. Errr... ada ke burung hantu colour pink... takpe la... Sekarang... Yati dah ada kawan dah, kat meja kerja Yati ni... Pink Owl yang gemuk. Suka picit-picit dia... 


Oh dia boring pulak dok atas printer, dok tepi jam pulak... Hehhe...

Yati rasa macam suka pulak knitting... Basic tu tau sikit-sikit, belakang fikiran Yati ni... cuma baru sekarang keinginan tu bangkit... Depan TV pun boleh buat, banding cross stitch yang Yati tak boleh buat depan TV.

So till then...
take care everyone...!

17 comments:

  1. ala...sweet la owl tu....knitting cover h/p pun boleh ni...chaiyok put!!

    ReplyDelete
  2. Epit,
    Cover handphone? Must try..! Hehhe, thanks 4 the idea! ^_^

    ReplyDelete
  3. sweetnyer.. macam handphone cover :) saya pun baru belajar knitting.. kalau berminat, silalah lawat blog saya ya :) salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. salam yati
    cantik rumah baru. burung antu tu pun cute.

    ReplyDelete
  5. ha ah la yati..boleh buat tu..buat kan cover handphone..siap boh butang dan ada tali..buat tangkai..nanti boleh jual kan..

    ReplyDelete
  6. tempat yg paling sesuai utk aida buat xstitch ialah depan tv. tempat lain tak bleh. hmmm rasa nyer semua benda aida buat dgn amat selesa depan tv kot. hi hi hi...

    anyway, knitting tu mcm susah la pd aida. member aida pun suka knitting.

    ReplyDelete
  7. Sindar,
    nama panjang awak cindarella ye? Hehhe...
    Salam kenal. Ha ah, nanti Yati nak try buat hp cover pulak. :D

    Melor,
    Timasih. Dah lama benor tak tukar colour rumah. Nak raya ni, elok la tukor. (posa blum dah nak raya). Tq Melor!

    kak Erna,
    Kak Erna baru je bagi Yati idea. Hehhee...

    Aida,
    Hehhe.. terbalik pulak dengan Yati. Kalo Yati buat cross stitch depan TV, boleh salah kira.
    Takde la susah sangat, Aida. Nampak je macam rumit sikit. Kena ada minat. :D

    ReplyDelete
  8. yati,
    bagus.. mengait lah pulak...
    pasni bertambah lah koleksi kraft... ;)

    ReplyDelete
  9. wahh dah pandai knitting. saya suka tgk hasil dr knitting nii tp kurang kesabaran nak buat sendiri

    ReplyDelete
  10. kakyong,
    hehhe... ni la namanya semua benda nak buat. Dan cepat boring dengan satu-satu projek. Baru nak belajor la kakyong. ^_^

    ReplyDelete
  11. Kak Rimbun,
    Oh... Yati sendiri tak tau Yati boleh knit. Sekadar nak mencuba. Tengok-tengok jadi la pulak. Dan syok pulak tu. Jadi leka je.. Hehhe... Akak lagi terer, buat pouch dan bag... lagi best! :D

    ReplyDelete
  12. :D
    Terima kasih Yati di atas kesudian melawat blog saya. Yup, izinkan saya juga untuk listkan blog Yati di link saya ya :D
    Saya pun suka dapat kenal teman-teman sekrafter ^^
    Cross-stitch tak pernah cuba lagi..tapi suka tengok cross stitch juga.. kalau ada peluang, nak belajar juga lah.. :)

    ReplyDelete
  13. Sindar,
    Thanks 4 adding me to your blog list. :D
    Belajar la, kalau berminat. tapi your knitting pun dah cukup cantik, boleh masyuuuk dah, amik order kan... :D

    ReplyDelete
  14. :) Wah.. memang berminat nak belajar.. tapi masih tak tau nak mula dari mana.. cross stitch kalau pandai buat, boleh simpan kat dinding jadi frame :D
    Terima kasih Yati..malunyer.. nampaknya saya kena up-kan lagi teknik ni.. ^^

    ReplyDelete
  15. Sindar,
    cross stitch senang je nak belajor. Dari buku atau majalah dah boleh buat basic, kalau ada minat.
    Ya betul, kalau nak cross stitch gambar sendiri, Yati boleh buatkan pattern.
    Eh, jangan malu. Kita kan sama-sama belajar. Tak kira apa saja kita buat, cross stitch ke, crochet ke, tatting ke, knitting ke, crafts, apa saja, mesti ada yang kita belajar skill atau teknik baru kalau kita cuba sendiri.

    ReplyDelete
  16. Anis,
    Hehhe... ^_^ Tq, Anis.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea