Tuesday, August 17, 2010

Kenangan puasa zaman budak

Tiba-tiba hari tu, saya teringat masa saya kecik dulu, saya dan kakak tengah nak pergi mengaji. Classmate saya dan abang dia pun sekali, jalan kaki, nak pi ngaji kat rumah tok ngan tokwan. Dulu masa saya kecik kat Perlis, orang tua hantar ngaji rumah orang je. Takde kelas mengaji moden atau sekolah agama rakyat, tak ada. Rumah tok ngan tok wan ajar kami ngaji ni, letak kat sawah, dekat dengan taman perumahan kami tinggal.

Saya teringat, ada hari, tok ada tambat kambing. Kami selalu jalan atas batas sawah. Tapi kambing tu pandai, walau pun ditambat, dia ikut je, mana kami jalan. Nak tanduk la, apa lagi. Sudah… pi kot batas, kambing ikut. Kambing jantan, boleh tahan besaq. Ada la, 2-3 kambing lain kat situ. Pi lalu sebelah pagar rumah orang pun, dia ikut ja. Pakai pulak baju kurung kaler merah. Lagi la dia dok ikut.



Nasib baik jugak, abang kawan saya ni berani. Dia tahan tanduk kambing tu, macam dalam gambar kat bawah. Dia pegang dan tahan dengan dua-dua belah tangan, walau pun kambing tu dok menyondol, nak tanduk. Dia pulak pakai kain je. Sib baik kain tak jatuh. Dia pegang tanduk kambing, suruh kami lalu, cepat-cepat… Lalu tepi pagar rumah orang la, tepi semak, tepi pokok. Fuh… selamat… dia pulak, lepas kami dah lepas, dia lepas tanduk kambing, lari ikut kita orang. Selamat… sampai ngaji.



Rasa rindu sangat kat zaman tu. Zaman dok Perlis. Rindu bau bendang. Teringat, kalu balik ngaji, selipar memang kotor, kalau semalam hari hujan, comot, kena cuci dulu kaki sebelum masuk rumah.


Masa bulan posa, lepas abis sekolah, pi ngaji pukul 2. Time tu, darjah 1, darjah 2 camtu. Pukul 3 lebih, habis ngaji. Sampai rumah, saya suka rendam kaki dalam baldi. Bagi sejuk kaki. Bagi segar. Mandi lama-lama bulan posa kan tak elok. Depa ni kata je mandi lama, tapi sambil mandi, minum ayaq. Tapi saya tak macam tu, saya suka rendam kaki kat luar rumah. Kat bahagian depan rumah, ada kolah kecik camtu, tempat ma basuh kain. Dulu, tak dak mesin basuh. Kat situ la saya dok, ada hari, sat ja. Ada hari, sampai 1-2 jam jugak, saya dok lepak situ, sambil rendam kaki. 



Kalau tokwan ngaji lalu depan rumah naik basikal, cepat-cepat saya masuk dalam rumah. Kebanyakan hari, saya pakai baju. Tapi ada kalanya, saya cuma berseluar kecik rendam kaki kat situ. Hehhe… Puasa pun, tak dapat penuh sebulan.


Zaman kanak-kanak yang paling seronok sekali dalam hidup saya, kat Perlis la. Tak ada masalah langsung. Lepas sekolah, ngaji. Lepas ngaji, main. Kadang-kadang, pergi mancing kat sawah, dengan mak saya la. Dapat ikan sepat. Balik rumah, goreng, bagi kucing makan. Hehhe...enjoy je hidup.


Rindu dengar bunyi pokok buluh bila ditiup angin. Rindu semua tu. Kenangan manis tak dapat lupa.

* Ilustrasi oleh Yati sendiri. Jangan la gelak.

9 comments:

  1. salam yati..bila cerita kisah zaman kanak2 dibulan puasa ni.akak tak boleh tahan la..selalu rasa nak keluar air mata..teringat kedua orang tua dah tak ada..

    ReplyDelete
  2. betul2 suasana kg yg sebenar...

    ReplyDelete
  3. indahkn kenangan itu.....bila dikenang2 boleh trsenyum sorg2....

    ReplyDelete
  4. yati...
    pandai gak erkk lukis gambor.. guna paint ke...
    kreatip... ;)

    ReplyDelete
  5. yati....seronok and syahdu bila baca citer yati.
    seronok sebab memang zaman kanak2 yang paling best..
    syahdu sebab....fida pun teringat zaman kanak2 semasa di tempat lahir...kuala kubu bharu....nyaman dah damai sekitarnya.. i miss that place..uwaaaaaaaaaa

    apa2 pun..always treasure the moment :)

    ReplyDelete
  6. Ingatkan naper ler yati masuk dlm rumah bila tokwan ngaji lalu hahhaha.. pakai seluar kecik jer rupanya.. zaman kanak2 dulu mmg sesuatu yg tak bole lupa... happy memanjang walaupon hidup taklah senang (dr segi kewangan n harta)..

    ReplyDelete
  7. Kak Erna,
    ala... jangan sedih ya kak... al-fatihah untuk kedua orang tua akak yg sudah pergi.

    Yan,
    ha ah. Aman damai je dok kat kampung. Rindu... :)

    Kak nza,
    betul... kenangan manis.. tak boleh lupa la. :)

    kakyong,
    timasih.
    guna photoshop. :)

    Rafidah,
    no no.. jangan sedih ya!
    Betul tu... kenangan menambah pengalaman.. mengajar diri... :)

    Kak Mila,
    haha.. segan la kak, dengan tokwan. Tak berbaju, seluor kecik je pakai.
    Betul tu kak... masa kecik, mana ada fikir benda tu semua, tak de masalah pun. Happy je 24 jam..

    ReplyDelete
  8. waaah...kak yati dulu duduk perlis ka?anis kecik2 pun kt perlis..kt kangaq...dulu duduk barrack polis kangaq laa...windu laa time kecik2 dulu....

    ReplyDelete
  9. Anis,
    La, sama la kita. Kat Kangaq. Akak kat Taman Sri Bahagia. Oh, dok berek polis. Kat pekan la ni.
    Ha ah la Anis, zaman budak memang best. Rindu kan...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea