Tuesday, August 10, 2010

Dah ok dah, buat pe lama-lama sentap, hidup mesti diteruskan...

Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..


Sejujurnya, semalam, mood saya terus hilang, terbang dibawa angin lalu...


Tak berapa lama dulu, saya pernah diajukan benda yang sama. Seorang sahabat lama saya, sejak belajar di uitm lagi, ada cakap dengan saya, mengatakan, kurang elok cross stitch gambar binatang ni. Saya tak rasa pun kecik hati atau tersinggung. Pelik kan, isu yang sama, ditegur oleh orang lain dan dengan cara lain, membawa kesan yang berbeza.
Saya membalas, cuma sekadar hiasan, bukannya kita menyembah atau memuja. Itu la pendapat saya dulu dan kini.


Saya ambil kesempatan untuk jawap komen entri lepas dalam entri ni ya, sebab saya saya rasa, ada sangkut paut jugak.


Link yang kak Mila@Rimbun bagi tu, sedikit sebanyak menguatkan lagi pendapat dan pendirian saya selama ini. Kawan-kawan boleh baca di sini ye... Terima kasih kak, for sharing artikel banyak info ni...


Selain patung, gambar benda hidup juga lebih kurang jugak situasinya. Menjawap komen Farah, terpulang pada niat kita. Sekadar hiasan dan penguat kasih sayang suami isteri, tak ada salahnya. Tapi kalau kita gantung gambar kawin kat dinding, dengan tujuan tetamu yang datang ke rumah bertanya tentang cincin berlian berapa ribu beli, dan untuk berbangga-bangga dengannya, tu dah jadi salah. Wallahualam....


Letak patung chef comel kat dapur, sebagai motivasi kat kita untuk masuk dapur dan masak, tak jadi kesalahan pun. Bukannya kita sembah patung tu...


Komen Sueann sebijik macam pendapat husband saya. (Macam stail orang tabligh). Terima kasih atas komen tu ya. Entah la Sueann, agaknya tak cukup dengan kejadian 'orang bangsa satu ni', yang tak bagi orang melayu niaga di bazar ramadhan yang dah wujud sejak berpuluh tahun di Penang, orang melayu kita sendiri hentam kita balik.


Terima kasih juga untuk Yan, Siti Hajar, dan Kak Erna, komen dari kalian sedikit sebanyak meredakan ketegangan di fikiran saya.


Puan Fizan, I couldn't agree more. Macam luka dititik air limau, sangat pedih menghiris. Lagi-lagi kita yang cari makan di alam maya ni.


Dan saya akan terus berjalan, dan ambil saranan dari Rafidah Ahmad, terus berkarya... Cuba tengok ni....




Sebelah pink owl tu, konon saya nak buat kucing. Tapi telinga dia tak pointed pun, harapkan ekor je gebu. Next time cuba lagi... ^_^


Esok posa, esok posa! Selamat berpuasa ye semua!

14 comments:

  1. selamat posa. jgn susah ati. dengar ckp org mati kelaparan la kite dibuat nye. hidup mesti d teruskan. emo la pulak melor ni.

    ReplyDelete
  2. bbrapa kali akak jengah ttp xleh nk tinggalkan jejak...tenet problem....
    sabar ye yati...org ni mcm2 yati..ada krn dendam n iri hati...saja2 nk menjatukan kita.....bagi akak gmbar xsalah cz gmbar adalah sesuatu objek 2 D...teruskan brkarya n jgn patah semangat....yati dianugerakan kelebihan oleh Allah swt....

    ReplyDelete
  3. Yati, xchanged banner tu dah ok..sy dah buat web baru..web lama mmg kena hack. Tu yg keluar macam2..blog lama pun kena tukar baru... ambil banner baru dgn link baru di sini ya.yg fizanstore tu mmg tak boleh pakai. Sekarang www.fizanwanpani.com dah..ececeh....

    http://fizanwanpani.com/sew-addict/

    Selamat berpuasa utk Yati dan para pengunjung blog Yati.

    ReplyDelete
  4. Melor,
    hehhe... betul, betul, betul!

    Kak nza,
    sayang la kat akak ni. Terima kasih, kak!

    ReplyDelete
  5. Kak Fizan,
    oh, website baru ya.
    Nanti Yati update.
    Selamat berposa untuk kak Fizan jugak!

    ReplyDelete
  6. yatie..alhamdulillah..dah o.k..tak perlu sentap lama2..yati kan minat buat ni semua..teruskan..

    ReplyDelete
  7. Kak Erna,
    Ya, kak, Yati tak akan give-up kerana sorang-dua punya komen.

    ReplyDelete
  8. Cute :D

    Assalamualaikum,

    Yes, yang penting niat itu adalah betul :)

    Thanks for sharing the new project :D

    Saya suka kucing... alahai.. cute..

    ReplyDelete
  9. Sindar,
    Waalaikumsalam...
    Hehhe... baru nak mencuba. Telinga tak menjadi lagi. Tapi memang suka picit-picit dia orang ni. :D

    ReplyDelete
  10. cantek creation yati!!!! cumil sangat. terapi minda kan...mesti lepas terhasil yati akan senyum :)......

    ReplyDelete
  11. Rafidah Ahmad,
    Thanks, but not as great as yours. Yati baru belajar. ^_^
    Suka la knitting, tak sangka boleh ralit buat. My feveret, lepas cross stitch.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Kak Yati, biasa la akak, bila kita buat sesuatu yang kita suka, tapi ada orang yg tak memahami dan memberi komen yang negatif, oh betapa pedihnya hati ini hanya Allah saja yang tahu. Tapi semua itu cuma ujian dari Allah. Kena kuatkan semangat untuk menghadapinya. :)

    ReplyDelete
  13. UmmuFarhan,
    Betul tu! Lagi-lagi bulan posa ni, rasa berat sangat ujian, dan kena sabor banyak sangat. :)

    ReplyDelete
  14. Salam dr alam,
    Terlebih dulu, sy mohon maaf sbb komen sy di shoutbox tu tlh mengguris hati puan.


    kpd pengomen2 lain, seharusnya anda berlapang dada bl org m'buat teguran, bukan terus melenting hingga sggup melabel org lain sbg cetek pemikiran,
    tabligh , "saje2 nak jadi pakar agama tapi mungkin belajar tak habis gamaknye jadi mulala kluar fatwa sendiri" ,etc.
    dalam x sedar, anda semua kutuk,fitnah org lain plak .tmbh dosa utk diri sendiri dlm bulan puasa.
    Jadikan blog ni sbg medan yg baik utk bersilaturrahim, bermuamalah, bukan sbg medan utk mengutuk atau memecahbelahkan sesama Muslim.
    Tujuan sy hanyalah utk memberi nasihat, menyampaikan kebenaran, bkn utk menjatuhkan,
    bukan sbb cemburu,dengki, iri hati , jauh sekali nk keluarkan fatwa sndiri dan mcm2 lg tuduhan yg anda semua lemparkan.

    Ttg isu gantung gambar kat dinding tu,sila rujuk soal jawab agama oleh JAKIM ni

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/aaca06f26239201b4825757600202e67?OpenDocument

    Baca dan fahamkan. isu ni melibatkan aqidah kita, so jgn pandang remeh bila org bg teguran, jgn menghentam,mencemuh ikut perasaan.

    Kalau artikel di alkiram.net tu yg jd bahan hujah anda, ini jwpn saya.

    Penulis di alkiram.net tu buat kesimpulan/tafsiran ayat Quran berpandukan kpd logik akal beliau.
    cthnya pd no 1 ttg timsal,beliau bg dalil dari surah Saba' dan membuat kesimpulan sendiri ttg ayat tersebut.
    sepatutnya hujah beliau perlu dirujuk kpd kitab tafsir,bukan buat kesimpulan sendiri sesuka hati. boleh rujuk di

    http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/01/nabi-isa-perintah-bina-patung.html

    Disebabkan anda semua baca satu artikel tu je, anda semua terima bulat2 apa yg dikatakan
    tanpa merujuk kpd sumber yg lain.adilkah anda dgn diri anda?

    Banyak lg website lain yg ditulis oleh ulama2 muktabar, ustaz2 yg lebih arif dlm m'jwb bab hukum hakam ni,kenapa artikel dr alkiram.net tu je yg jd bahan hujahan anda? dan hnya satu artikel tu je dh boleh bt anda rasa puas hati?

    Mgkin kita terbiasa/suka buat satu perkara/benda, kita tetap akan rasakan benda yg kita buat tu betul,
    walaupun sbnrnya dlm hati,kita tahu letak duduknya perkara tersebut.
    Kita tetap kuatkan pendirian, tetap percaya apa yg kita buat tu betul.
    Pada hakikatnya, kita menafikan kebenaran.
    dan penafian itu sekadar utk menenteramkan hati kita.Patut ke mcm tu?

    Anda kata, apa2 pn balik pada niat. tp ingat, niat tidak menghalalkan cara.

    jgn disebabkan kita suka sesuatu benda/perkara tu, hukum Islam diketepikan.utamakanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia.

    Memang saya bukan sesiapa, tapi saya saudara seIslam anda, yg berpesan2 dgn kebenaran wpun susah utk org trima.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
    "Berkatalah benar walaupun pahit".

    "Sebaik-baik jihad ialah berkata benar walaupun di hdpn raja yang zalim".

    Dlm bulan Ramadhan yg mulia ni,berbaik sangkalah sesama kita, fikir positif, terima apa yg baik, tggalkan apa yg batil.
    Sama2la kita bermuhasabah diri utk jd yg terbaik di sisi Allah.
    Wallahua'lam

    Wassalam.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea