Monday, August 30, 2010

Sudah habis...

Minggu lepas, dapat kueh raya yang dah order lama, sebelum raya lagi. Biskut raya terbang tahun ni, Yati cuma beli 2 jenis je. Biskut taburan coklat dan semperit.

Biskut taburan coklat tu dah di serbu oleh budak-budak kecik 2 orang yang tak posa kat rumah. Berikut keadaan biskut hari kedua dapat.


Itu hari kedua, hari ketiga - licin, finish....habis daaa.... Mmmm alahai... tak sompek tunggu rayo...

Mama dah sembunyi semperit. Kang habis jugak. Waktu taip entri ni, semperit dah tinggal separuh. Jadi, elok la mama simpan. Kang satu kueh pun takde. Yati tak buat biskut pun lagi. Sedih pun ada... sebab kami ekonomi meleset sikit. Rumah kat KL tu, tak ada orang yang masuk sewa lagi. Jadi, tak leh cover sewa rumah kat Perak ni. Huk huk... waaaa.... takpe.. syukur dengan apa yang ada. Tak nak sedih la, mengenang nasib sekarang. Tu pasal Yati jeles dengan kakitangan kerajaan, dapat duit raya... nanti cuepacs nak mintak bonus lagi kan... Bagus la, tapi kerja tu elok-elok, jangan dok layan FB time bekerja, dan keluar rehat lama, dok shopping... kalau bukan bulan posa, punch card, pastu kuor breakfast sampai pukul 10 baru masuk... tapi bukan semua ya... Yati cuma tengok kat sini je...Syukur apa yang ada. Sebab kat Pakistan tu, orang sakit pun tak cukup katil...

Untuk gembirakan hati, kami buat projek kueh siput. Ha... ni Yati dah encik abe la yang buat. Terror tau encik abe ni, sebab masa kat kampung, masa kecik-kecik, dia selalu kena paksa ngan kakak-kakak dia, tolong buat kueh raya. Tu pasal dia dapat gentel cantik je bentuknya, laju pulak tu. Kalau nak harap Yati sorang... alamat bercinta la nak abis kan... nak gorengnya lagi...


Dapat la satu balang. Ni bior la anak-anak nak makan, sebab kalau abis, boleh buat lagi.
Macam tak percaya je dulu, kami boleh buat kueh siput ni berbalang-balang. Jangan tak tau, kita orang pernah bisnes kueh raya dulu tau... Lebih kurang macam Gayah Enterprise tu la jugak. Tiap-tiap malam, kerja nya dok buat kueh. Orang, pergi terawikh. Tapi kami settle semua sebelum 10 hari terakhir ramadhan. Semua order kueh kami buat dan deliver sendiri. Penatnya, jangan cakap la, tapi hasil sangat memuaskan hati. Mungkin sebab masa tu kami masih muda, tenaga banyak (err... ) dan Hafizan masa tu baru setahun lebih. Dia tak  banyak karenah untuk dijaga. Sulaiman tak ada lagi waktu tu. Bila kami buat kueh je, mesti teringat kenangan niaga kueh dulu. Memang terer la, sebab sekarang baru siap kueh siput satu balang, dah nak patah pinggang gentelnya.. Huk huuk....

Update sikit tentang projek mengait Yati. Yati tengah belajor camana nak tukar colour benang mengait. Tak puas hati lagi la, sebab tak lawa. Yati buat knit stitch, atau ada jugak orang panggil Garter stitch. Dia tak dapat full line masa tukor benang colour lain tu. Nanti la, nak kena study lagi... mungkin kena jahitan jenis lain lebih sesuai untuk sambung benang colour lain ni...


Ramai yang amik cuti hari ni kan... Sebab esok cuti merdeka. Walau pun sejak kebelakangan ni, kita diuji dengan insiden kena baling najis la, bendera kita dipijak, tazkirah dalam surau, dibaling cat dan arak, dan encik yang dulu pernah nyanyi kat youtube negaraku dan dia ada buat lagi sekali tu, tapi Yati belum tengok lagi apa dia cakap, secara peribadinya, Yati kurang suka, hari baik bulan baik ni, kita semua nak hidup dengan aman kan... tanpa apa-apa sengketa atau perbuatan khianat... Kita dah lama hidup sama-sama berbilang bangsa, saling menghormati antara kita. Peace... dan selamat menyambut hari kemerdekaan esok!

Thursday, August 26, 2010

Award comel

Dapat award...
Comel sangat award nya...


Thank you ye, Nadia!

Mushroom Felt Keychain

Dah lama tak buat keychain ni.
Jadi, Yati buat la sikit...



....dan masukkan ke kedai. RM3 je sebijik.

Kalau beli 10, percuma 1!

Believe it or not, lagi 2 minggu nak raya kan... Rasa cepat sangat....

Transfer photo ke pattern cross stitch

Tuesday, August 24, 2010

Knitted purse

Simple je. Ingat nak buat, boleh letak handphone, dan boleh selit 5 ringgit, untuk ke pasar ramadhan. Tak leh bawak duit banyak-banyak pi pasor ramadhan, nanti semua nak beli. 

Buat loop untuk sangkut butang.


Pastu, sambung ngan dia punya tali. Tapi kalo tak de tali pun, dah ok je kan...


Ok, dah siap... boleh guna...


Hehhe... macam budak-budak je aku ni... Eee.. sape orang tua yang pakai bag tu... gemuk pulak tu....

Hari ni dah 14 Ramadhan kan... kejap je rasa...

Monday, August 23, 2010

Happy Birthday Sulaiman

Hari ni, harijadi budak paling kecik dalam rumah ni... Sulaiman....


Gambar dari Sulaiman kecik sampai 1 tahun lebih. Gambar terbaru Sulaiman takde.

Sulaiman yang lasak, suka buli Hafizan, penat mama nak layan... Tapi sayang dia... manja betul, mengada-ngada pun ada jugak... hui... kalau dia nak, dia nak jugak... selagi tak dapat, melalak-lalak... 

Sulaiman sudah 2 tahun hari ni! 
 
Ok la, kena pi masak nasik. Walau pun semua orang posa, budak kecik sorang ni tak posa. Dia kena jugak makan nasik. Kalau tak, bad mood. Makan nasik dengan kuah gulai, minyak ikan kering pun makan, kicap pun makan... asalkan nasik...

Happy birthday sayang mama....

Thursday, August 19, 2010

Giveaway Hari Raya Kakyong


Lama jugak Yati tak masuk giveaway. Kakyong pula jemput Yati masuk sendiri, jadi Yati cuba la ye. Mana tau, kot boleh menang... Hehhe...

Hadiah pun best, antaranya hamper biskut raya oleh Ummi Cake House dan chocolate dari Anis Sweet Chocs And Cakes.
Kad raya dari kakyong pun ada.

Untuk lebih info, boleh la klik banner di atas untuk join ya!

Tuesday, August 17, 2010

Kenangan puasa zaman budak

Tiba-tiba hari tu, saya teringat masa saya kecik dulu, saya dan kakak tengah nak pergi mengaji. Classmate saya dan abang dia pun sekali, jalan kaki, nak pi ngaji kat rumah tok ngan tokwan. Dulu masa saya kecik kat Perlis, orang tua hantar ngaji rumah orang je. Takde kelas mengaji moden atau sekolah agama rakyat, tak ada. Rumah tok ngan tok wan ajar kami ngaji ni, letak kat sawah, dekat dengan taman perumahan kami tinggal.

Saya teringat, ada hari, tok ada tambat kambing. Kami selalu jalan atas batas sawah. Tapi kambing tu pandai, walau pun ditambat, dia ikut je, mana kami jalan. Nak tanduk la, apa lagi. Sudah… pi kot batas, kambing ikut. Kambing jantan, boleh tahan besaq. Ada la, 2-3 kambing lain kat situ. Pi lalu sebelah pagar rumah orang pun, dia ikut ja. Pakai pulak baju kurung kaler merah. Lagi la dia dok ikut.



Nasib baik jugak, abang kawan saya ni berani. Dia tahan tanduk kambing tu, macam dalam gambar kat bawah. Dia pegang dan tahan dengan dua-dua belah tangan, walau pun kambing tu dok menyondol, nak tanduk. Dia pulak pakai kain je. Sib baik kain tak jatuh. Dia pegang tanduk kambing, suruh kami lalu, cepat-cepat… Lalu tepi pagar rumah orang la, tepi semak, tepi pokok. Fuh… selamat… dia pulak, lepas kami dah lepas, dia lepas tanduk kambing, lari ikut kita orang. Selamat… sampai ngaji.



Rasa rindu sangat kat zaman tu. Zaman dok Perlis. Rindu bau bendang. Teringat, kalu balik ngaji, selipar memang kotor, kalau semalam hari hujan, comot, kena cuci dulu kaki sebelum masuk rumah.


Masa bulan posa, lepas abis sekolah, pi ngaji pukul 2. Time tu, darjah 1, darjah 2 camtu. Pukul 3 lebih, habis ngaji. Sampai rumah, saya suka rendam kaki dalam baldi. Bagi sejuk kaki. Bagi segar. Mandi lama-lama bulan posa kan tak elok. Depa ni kata je mandi lama, tapi sambil mandi, minum ayaq. Tapi saya tak macam tu, saya suka rendam kaki kat luar rumah. Kat bahagian depan rumah, ada kolah kecik camtu, tempat ma basuh kain. Dulu, tak dak mesin basuh. Kat situ la saya dok, ada hari, sat ja. Ada hari, sampai 1-2 jam jugak, saya dok lepak situ, sambil rendam kaki. 



Kalau tokwan ngaji lalu depan rumah naik basikal, cepat-cepat saya masuk dalam rumah. Kebanyakan hari, saya pakai baju. Tapi ada kalanya, saya cuma berseluar kecik rendam kaki kat situ. Hehhe… Puasa pun, tak dapat penuh sebulan.


Zaman kanak-kanak yang paling seronok sekali dalam hidup saya, kat Perlis la. Tak ada masalah langsung. Lepas sekolah, ngaji. Lepas ngaji, main. Kadang-kadang, pergi mancing kat sawah, dengan mak saya la. Dapat ikan sepat. Balik rumah, goreng, bagi kucing makan. Hehhe...enjoy je hidup.


Rindu dengar bunyi pokok buluh bila ditiup angin. Rindu semua tu. Kenangan manis tak dapat lupa.

* Ilustrasi oleh Yati sendiri. Jangan la gelak.

Thursday, August 12, 2010

Cross Stitch Needle Book

Projek tertunggak sebelum bulan puasa lagi. Cross stitch nya dah lama siap, tapi tak terus buat, sebab jatuh hati dengan knitting aritu... Hehhhe...

Dah lama sangat nak buat buku jarum ni. Untuk kegunaan diri sendiri. Cuba tengok macamana Yati simpan jarum...


Semua saiz, campur aduk, dalam drawer kecik ni...

Nak buat needle book tu, Yati guna felt. Cross stitch nya dari buku Quick to Stitch, Cross Stitch Keepsakes, by Helen Philipps. Yati cuma fray edges kain dan jahitkan saja atas felt.


Tengok la bees yang kecik tu... Geram saya...  tu yang nak jahit tu..

Ha, bila dah siap...



Haaa... baru nampak tersusun sikit banding sebelum ni... Untuk jarum yang susah nak cucuk kat felt (blunt-edge needles), ada poket khas untuk dia orang...


Kurang kemas pulak jahitan tu... 
Untuk butang, sayang pulak nak kacau cross stitch kat muka depan, jadi Yati letak butang kat belakang.


Sukanya saya!!! Berjaya siapkan! My very own needle book...


Oh, cerita pasal puasa pulak. Semalam, Amirul puasa sekerat hari je. Tengahari, dah cakap, lapar. Yati of course la nak anak puasa penuh, tapi teringat posa tahun lepas, ada hari Amirul puasa penuh, dia terus macam pitam. Bila orang bukak puasa, dia tak lalu makan. Bila makan, dia muntah. Muka Amirul pucat sangat. Jadi tahun ni, kami tak nak la memaksa sangat. Kita cuba slow-slow. Semalam, tengahari. Hari ni, kita cuba lagi untuk dapat full. Amirul la yang cakap, dia cuba puasa penuh hari ni. 


Gambar masa mandi kat Ulu Kenas. Ha, lagi satu, Alhamdulillah, Amirul dah naik ke tali pinggang kuning II untuk taekwando. Master pun awal-awal dah cakap, bulan posa buat latihan ringan je, lagi pun grading pun baru lepas aritu.

Letih sangat. Menjaga anak bulan posa. Kena sabor banyak sangat. Rasa nak tangan kan sangat-sangat. Tapi anger tu kena control. Sulaiman dah masuk fasa nakal. Jenuh dok layan kehendak dia. 

Hafizan pun sama jugak, dia ok, tapi suka cari pasal dengan Sulaiman, berebut barang, makanan, semua nak berebut, padahal dah bagi sorang satu. Hmmm... alahai...

Kat sini pasar ramadhan semakin panjang. Boleh jalan kaki je dari rumah. Tapi lauk mahal. Elok masak kat rumah je, untuk jimat. Tapi dah teringin kueh yang tak reti nak masak, beli jugak... 
Selamat berpuasa, semua!!!

Tuesday, August 10, 2010

Dah ok dah, buat pe lama-lama sentap, hidup mesti diteruskan...

Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..


Sejujurnya, semalam, mood saya terus hilang, terbang dibawa angin lalu...


Tak berapa lama dulu, saya pernah diajukan benda yang sama. Seorang sahabat lama saya, sejak belajar di uitm lagi, ada cakap dengan saya, mengatakan, kurang elok cross stitch gambar binatang ni. Saya tak rasa pun kecik hati atau tersinggung. Pelik kan, isu yang sama, ditegur oleh orang lain dan dengan cara lain, membawa kesan yang berbeza.
Saya membalas, cuma sekadar hiasan, bukannya kita menyembah atau memuja. Itu la pendapat saya dulu dan kini.


Saya ambil kesempatan untuk jawap komen entri lepas dalam entri ni ya, sebab saya saya rasa, ada sangkut paut jugak.


Link yang kak Mila@Rimbun bagi tu, sedikit sebanyak menguatkan lagi pendapat dan pendirian saya selama ini. Kawan-kawan boleh baca di sini ye... Terima kasih kak, for sharing artikel banyak info ni...


Selain patung, gambar benda hidup juga lebih kurang jugak situasinya. Menjawap komen Farah, terpulang pada niat kita. Sekadar hiasan dan penguat kasih sayang suami isteri, tak ada salahnya. Tapi kalau kita gantung gambar kawin kat dinding, dengan tujuan tetamu yang datang ke rumah bertanya tentang cincin berlian berapa ribu beli, dan untuk berbangga-bangga dengannya, tu dah jadi salah. Wallahualam....


Letak patung chef comel kat dapur, sebagai motivasi kat kita untuk masuk dapur dan masak, tak jadi kesalahan pun. Bukannya kita sembah patung tu...


Komen Sueann sebijik macam pendapat husband saya. (Macam stail orang tabligh). Terima kasih atas komen tu ya. Entah la Sueann, agaknya tak cukup dengan kejadian 'orang bangsa satu ni', yang tak bagi orang melayu niaga di bazar ramadhan yang dah wujud sejak berpuluh tahun di Penang, orang melayu kita sendiri hentam kita balik.


Terima kasih juga untuk Yan, Siti Hajar, dan Kak Erna, komen dari kalian sedikit sebanyak meredakan ketegangan di fikiran saya.


Puan Fizan, I couldn't agree more. Macam luka dititik air limau, sangat pedih menghiris. Lagi-lagi kita yang cari makan di alam maya ni.


Dan saya akan terus berjalan, dan ambil saranan dari Rafidah Ahmad, terus berkarya... Cuba tengok ni....




Sebelah pink owl tu, konon saya nak buat kucing. Tapi telinga dia tak pointed pun, harapkan ekor je gebu. Next time cuba lagi... ^_^


Esok posa, esok posa! Selamat berpuasa ye semua!

Monday, August 09, 2010

Tersentap but nevermind.......

Seorang hamba Allah telah tinggalkan mesej di chatbox kedai saya,


Menghormati kita nak masuk bulan puasa ni, saya tidak menafikan, komen beliau adalah BENAR.  

Tapi saya lebih hargainya kiranya beliau menegur saya direct, in person, menerusi email contohnya, sebab alamat email saya memang terpampang di bahagian atas menu kedai saya tu. 

Saya jahil orangnya, dan tak berhak untuk memberi komen balas, banyak hukum yang saya kurang arif, lantas saya biarkan komen itu tidak berjawap. Lagi pun saudara pengomen yang saya hormati tu, tak tinggalkan sebarang link untuk saya singgah balas.

Orang kata, kalau tak ada benda baik yang boleh keluar dari mulut kita, lebih baik tutup mulut daripada bercakap. 

Being an online business owner for 2 years now, hati kecil saya bercakap, nevermind... tapi sebagai seorang perempuan yang sensitif perasaannya, tipu la kalau saya katakan saya tak terguris.... 

Takpe la, cakap la apa saja. Tapi saya buat apa yang saya rasa betul. Terpulang lah, ok.

Sedara, terima kasih atas teguran tu ya! You make my day!!!

Saturday, August 07, 2010

Buku-buku Comel!!!

Saya dah split kan kategori buku di kedai saya kepada 2, buku dari Amazon dan buku dari tempat lain. Sebab saya rasa, comel sangat!












Sebelum tu, buku-buku kat atas, kalau klik, dia akan ke produk page, dan harganya dalam matawang Euro ye. Bukan USD. 

1 Euro = RM 4.2
1 USD = RM 3.1

Yati ada beli buku dari Amazon untuk customer yang request. Buku dari Italy di atas pun Yati boleh belikan juga. Sebab Yati baru belikan charts dari kedai yang sama untuk seorang kakak ni. Cantik sangat charts nya!!!

Selamat berhujung minggu semua!!!

Thursday, August 05, 2010

Knitting my boredom into something cute

Last week, Yati ada beli knitting needles dan yarn 2 colour. Yati tak tau knitting, Yati cuma ikut instructions dalam buku.

Bila Yati tengok camana jahit knit stitch, dan cuba buat, baru Yati rasa macam familiar. Lebih kurang 20 tahun dulu, masa tinggal di Perlis, masa umur Yati kurang 10 tahun, mama Yati ada ajar. Tapi Yati tak serius sangat, sebab time kita cuba, mama cakap, No no, salah. No no, tak betul. No no, bukan camtu. So, Yati takde la minat sangat dengan knitting ni.

Tapi Yati boleh terbeli barang-barang knitting ni last week. Mula-mula, sekadar mencuba knit stitch, tak ada idea nak buat apa lagi.


Sebenarnya, Yati ada siapkan cross stitch kecik, konon nak buat needle book, tapi tak habis buat lagi. Rasa seronok pulak knit ni.

Cuba tengok apa Yati buat....


Yati buat pink owl. Errr... ada ke burung hantu colour pink... takpe la... Sekarang... Yati dah ada kawan dah, kat meja kerja Yati ni... Pink Owl yang gemuk. Suka picit-picit dia... 


Oh dia boring pulak dok atas printer, dok tepi jam pulak... Hehhe...

Yati rasa macam suka pulak knitting... Basic tu tau sikit-sikit, belakang fikiran Yati ni... cuma baru sekarang keinginan tu bangkit... Depan TV pun boleh buat, banding cross stitch yang Yati tak boleh buat depan TV.

So till then...
take care everyone...!