Wednesday, July 28, 2010

Shorts - Part II

Semenjak projek tak jadi hari tu, terus Yati takde mood nak cuba lagi. (Amenda la... bukannya susah pun nak jahit seluor). Agaknya, itu la sebabnya saya tak boleh jadi tailor. Meski pun saya teringin mencari rezeki dari rumah dengan mengambil upah menjahit baju. Satu baju kurung dah 30 ringgit. Kat KL, lagi mahal kan...

Tengok tutorial dari links yang kengkawan bagi. Jadi, hari ni, walau pun malas, buat-buat rajin jugak percubaan seterusnya. Banyak benda berlaku yang perlu lebih diutamakan, lalu Yati tak sempat nak pergi cari kain lain, jadi guna je apa yang ada. 


Sila abaikan kain lain corak yang Yati guna tu ya. Ok tak? Dah boleh pakai ni. Yati la. Husband, bahagian punggung, tak muat. (Pakai tidor la... bukannya pakai keluor rumah).
Wah... musykil ni... Yati trace je pattern dari shorts dia paling selesa. Tambah 1 setengah inci keliling, baru potong. Kena cuba lagi next time...

Husband Yati kata, haa... ni baru ada rupa seluor. Hehhe....

10 comments:

  1. salam kenal

    seganlah pulak ka sini, tuan punya blog kreatif orangnya


    terbaru dari saya :
    entri berat ini memenatkan kepala

    ReplyDelete
  2. wow....hebat tue....TAHNIAH kak yati...

    ReplyDelete
  3. tahniah2 cute aper suor tuh..

    yan lg kesian.. langsung xreti guna mesin jahit.. jahit tgn pun buruk

    ReplyDelete
  4. oklah tu kak yati..kalo,saya jgn haraplah nak menjahit..lepas ni bleh amik tempahan jahit seluar..hehehe...

    ReplyDelete
  5. a kl citizen,
    Salam kenal.
    No no, jangan segan dengan saya. Kalau kl citizen segan, Yati 10 kali lagi segan, sebab tulisan anda di blog buat saya berfikir dan buat saya kagum!

    shogun_na,
    Terima kasih. Baru nak belajor.. :D

    Yan,
    Cute ke? Hehhe...
    Oh, percaya atau tak, Yati jugak takut nak pegang mesin jahit dulu. Menjahit apatah lagi. tapi sebab minat nak belajor, berani je cuba. U can too!

    mawarbiru,
    Tempahan jahit seluor? Kang kena marah dek customer, sebab tak muat pakai. Belum pass lagi bab measurement. ^_^

    ReplyDelete
  6. tahniah..yatie dah berjaya..bukan dah ada rupa..dah jadi seluar dah..

    ReplyDelete
  7. best kalo boleh menjait cam yati, akak ni sluar terkoyak ckit pun dah kena hantar kedaii

    ReplyDelete
  8. Kak Erna,
    Timasih kak. Hehhe...

    Kak Su,
    Yati pun sama gak dulu. Cuma baru-baru ni je belajor jahit sikit. Setakat koyak tu, boleh la jahit sendiri.

    ReplyDelete
  9. yati,
    bravo.. siap juga..
    belajar dr kesilapan.. lama2 menjadi dgn kreatip sekali... :D

    ReplyDelete
  10. Kakyong,
    hehhe...timasih. Boleh improve lagi ni. Tapi skrang hold dulu, tengah syok knitting pulak. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea