Thursday, July 08, 2010

Kena Marah

Yati tengah dalam proses putus susu ngan Sulaiman. Start semalam. Sebab kena makan ubat thyroid, yang lebih kuat banding sebelum ni. 

Kena marah dengan doktor, kenapa tak makan ubat. Siap kena tepuk dari belakang lagi. Terkejut dan sedih. Jugak, susah hati sebab Sulaiman minum susu botol sikit je. Yati tampal dengan plaster, cakap, t*t*k sakit, takde susu. 

Sian sangat dengan Sulaiman. Nape doktor tak operate je thyroid ni, tak yah makan ubat, boleh terus breastfeed. Dia boleh cakap pulak, "Berenti breastfeed sekarang!" Tak leh cakap elok-elok ke... kalu duit aku banyak, aku tak kuasa pergi hospital kerajaan. Sulaiman ni susah sikit, banding amirul dan Hafizan. Dia orang ikut je, bagi susu apa pun, minum. Dah la kecik, bertambah kecik la Sulaiman nanti.

Doktor klinik yang check Yati tu bagitau, ada patient dia, T4 dia 400, terus koma. Saje je, bagi kita takut. Doktor kat hospital semalam pun cakap camtu, dah effect kat jantung dah. Nanti tak makan ubat, sape nak jaga anak kalau awak takde. Ada ka cakap camtu... Doktor bukan Tuhan. T4 Yati pernah sampai 600 tau, langsung tak nampak thyroid tu. Cuma bila tangan shaking je, time untuk sambung ubat balik.

Tapi Sulaiman baru mintak susu botol tadi. Dia minta, tapi minum susu sikit je. Sulaiman cukup 2 tahun bulan depan. Mama bagi hadiah awal kat Sulaiman, dengan break bonding kita, dengan tak bagi Sulaiman minum susu lagi. :((


20 comments:

  1. alahai..kesiannya sulaiman. takpe la yati, anggap la rezeki dia sampai situ aje. nampaknya sulaiman anak yg sihat dan aktif. jgn risau la. anak2 saya minum FM, sihat juga. mungkin permulaan tu sulaiman minum sket je..sbb rasa botol ngan nenen mak tak sama. he will adapt. insyaallah. kesihatan yati paling penting. okay?

    ReplyDelete
  2. ala siannyer....anak kita dh nak masuk 3thn ni pun still bf...tak sampai hati nak fully stop.

    tk a gd care 4 u, later will reflect to ur boy...if nanti sakit dah baik, boleh cont lg kan?

    ReplyDelete
  3. salam yati..
    sedih saya baca. kesian sulaiman.. manalah dia faham kan. Yasmin kita yg dah nak masuk 3 tahun ni pun kalau tak dapat t*t*k, dah meraung.
    Iyelah.. kalau ada duit memang kita takkan pegi hospital kerajaan. Tapi nak buat mcamana kan. sabar je lah.
    saya tak fhm sgt psl thyroid ni.. tapi rasanya kalau hospital swasta pasti dah operate terus.. takkan tunggu kot.
    contohnya, mak mertua saya berulang alik hospital kerajaan. Bila kaki bengkak, doktor kata psl buah pinggang, suruh dtg minggu lain utk amik darah. dah amik darah suruh tunggu sebulan untuk result. tapi sakit apa and kenapa kaki bengkak tak tau pun. akhirnya bwk gi spital swasta, rupa2nya paru2 berair. Doktor kerajaan tak cakap pun pasal tu. dah tahap kritikal pulak tu.
    Pada yang kurang duit, begitulah nampaknya. berulang alik spital kerajaan.
    Saya doakan Yati cepat sembuh. sabar ye yati. Semua di dugaan Allah..

    ReplyDelete
  4. ala shiannya sulaiman,
    semoga yati cepat sembuh... ya

    ReplyDelete
  5. as'kum yati...

    ummi menangis bila baca entry nih sebab ummi paham perasaan dan naluri keibuan yg kuat itu..as I am BF mom too..

    ummi tak tahu mcm mana nak bagi advise yg elok sebab ini ibarat dibuang mati emak ditelan mati bapak..

    yalah doktor yg cakap kat yati tu mmg takder sense of caring lansung..sepatutnya kena prihatin sikit perasaan seorang ibu yg sanggup buat apa saja utk anak2..

    apa2 pun yati makanlah ubat tu..and as for sulaiman maybe kalo dia tak nak susu botol yati bagi supplement tambahan dan lebihkan solid food..moustoffa dulu pun stop breast feed terus tak minum susu sampai lah nih..doakan yg terbaik and think positive...yg tentang doctor tu kalo yati geram kat dia lagi luahkan kat blog of fb but don't think about it too much..takut ganggu lagi kesihatan..semoga Allah tabahkan hatimu kawan..

    ReplyDelete
  6. salam yatie..sian nya sulaiman..tapi nak buat camanakan..kesihatan ibu jugak penting untuk membesarkan sulaiman dan abang2nya..

    ReplyDelete
  7. salam yati
    sian ye tgk muka sulaiman tu. anak melor pun masih nak meenyusu walaupun melor dah nak bersalin.kata doc dulu melor mungkin gugur klu anak tak berhenti menyusu.

    ReplyDelete
  8. salam yti
    sian ye tgk muka sulaiman tu. anak melorpun mcm tu tak mahu berhenti nyusu.walaupun melor dah nak bersalin ni dia tetap nak. sedangkan umur ye dah 2 tahun lbh.

    ReplyDelete
  9. alahai kYati..syahdunye kak....Sy pun awal putuskan Farzana....tuntutan keje yg xmenentu buat sy pam tak ikut masa...mlm dia bergayut smpai xblh buat apa-apa...sampai sakit blkg...sy ada slip disc...
    Hati meronta nk cukupkan 2 taun tp xdpt...

    Bersabarla kak....pasti ada hikmah disebaliknya....

    ReplyDelete
  10. salam yati... moga cepat sembuh, jgn putus asa bila doktor tuh ckp camtuh ok. Utk susu sulaiman tuh, yati try susu berperisa tak? mcm choclate ke.... kut2 dia suka ler.. dulu2 masa anak saya 2 tahun saya dah campurkan jugak ngan susu berperisa instead of plain susu jer..

    ReplyDelete
  11. Lynn,
    Tau... takes time kan.. Timasih, Lynn.

    Epit,
    Wah, cayalah, kerja pun boleh bf. Entah la, Epit. Lama kena makan ubat ni. Lain la kalau doktor operate, boleh continue bf.

    Haida,
    mak mertua pekabo, dah sihat dah? Susah jugak ye. Sib baik pi hospital swasta.
    Tq ye Haida.

    Kak Shima,
    hu hu.. tq. I lap u!

    Ummi-izah,
    waalaikumsalam.
    Sorry, takde niat nak buat kawan-kawan Yati nangis jugak. Huhu...
    Terima kasih ye Ummmi... Nampak gaya Sulaiman macam Moustoffa, dia tak nak susu botol. Ya, Yati dah beli supplement untuk budak-budak. Thanks ya!

    Kak Erna,
    haah.. nak buat camana.. Huk huk..

    Melor,
    Oh, harus berenti. Nanti Melor tak larat kang, nak bf baby lagi... Kena kuat..Pendapat Yati je tau.

    Shohun_na,
    Timasih ye.

    Kak Rimbun,
    ha ah, Yati bagi susu coklat. Tapi tak nak jugak. Susu putih lagi la tak nak.

    ReplyDelete
  12. kak...Ina tak tau nk ckp pe...Ina pun bercite2 nk susukan fakhruddin smpai 2thn tp susu xbyk... terpaksalah campur2...
    ksian kat sulaiman...pe pun kesihatan akak tu pun penting gak... kite cuba usaha yg terbaik utk family...tp Allah yg tentukan selebihnya yg tentunya lebih baikkan =)...

    ReplyDelete
  13. Ina,
    Dulu pun susu kak Yati tak byk. Tapi Sulaiman minum byk, tu yg breast pun produce byk. Ina kan kerja, susah sikit kot. Kalau nak full bf, kena pump kat ofis.
    Thank u ye, Ina.

    ReplyDelete
  14. salam yati...bersabar. sekarang ni dlm keadaan darurat (bukan darurat perintah berkurung tu...maknanya terpaksa)....kita kena pentingkan yg lebih penting. dlm Islam pun,kita kena tengok yg mana yg lebih mendatangkan manfaat....kalo mudharat lagi banyak...kena tolak mudharat dulu.

    alhamdulillah sulaiman dah minum susu ibu 1 tahun 11 bulan. saya dapat rasakan betapa yati rasa terkilan x dpt teruskan BF ditambah sulaiman yg kurang minum FM. tapi kena igt ttg kesihatan kita gak.

    La yukallifullahu nafsan illa wus aha...Allah xkan bebankan kita atas apa yg kita x mampu.

    sabar yati ya? banyakkan doa...Allah akan mudahkan.insya allah

    ReplyDelete
  15. Salam Yati,
    Sabar ya.Tak pe kut Sulaiman belajar tuu utk jadi lelaki yang berani dan kuat menahan keinginannya.Tentang penyakit tuu cuba Yati ambil satu sudu kecil madu setiap pagi dan baca bismillah 5 InsyaAllah segala keajaiban itu dtg dari Allah jua ya kn...Semoga sembuh ya.

    ReplyDelete
  16. baru tau yati pun kena tyroid T4, sama cam en. abah. en. abah sekrg ni dah kurus kering, tangan shaking, tak leh tdo malam n cepat sgt nak marah2. tp macam kes en. abah ni, tak nampak pun kelenjar tyroid tu kat mana2 bahagian kat badan dia. kata doc. sebelum ni, dlm kes en. abah dah effect hati ckit. risau akak sebenarnya ni. merbahaya sgt ke tyroid ni..???

    ReplyDelete
  17. salam yati,

    zana rasa zana faham perasaan yati. memang susah hati sgt sbb tak dpt meneruskan bf sampai 2 thn. pernah laluinya masa anak no 1, susu kering masa anak umur 1 thn 3 bln, mlm2 mesti menangis sbb tak puas susu. mula2 anak zana mcm sulaiman jugak nak habiskan 60ml sehari suntuk bg minum br habis ( pg sampai pkl 7 mlm). tapi lama2 br ok minumnya. cuma yati kena byk bertahan terutamanya kethnan mental... support dr husband dan keluarga kena ada. zana rasa yati kena makan ubat tyroid tu ya... sbb tyroid ni kira merbahaya jugak sakitnya. insya-allah zana doakan utk yati dan sulaiman agar cpt sihat dan blh terima susu botol. AMINN, jaga diri sbb seorg ibu dan isteri adalah tulang blkg sebuah keluarga.

    ReplyDelete
  18. Natasha,
    Timasih kerana memahami. Ye, Yati akan makan ubat, supaya sihat, supaya boleh jaga anak-anak.

    Aulia adz,
    Nanti Yati cuba ye, madu tu. Tapi nak beli madu yang original susah sini. Byk dah campur gula.

    Kak Su,
    Oh, kesian Encik abah. Sama la simptom nya dengan Yati. Lagi-lagi, cepat marah tu. Benda kecik pun nak naik angin. Tapi Kak Su sabor ye. Dia tak leh control, sebab thyroid tu control everything. Kalenjar htyroid tu dia leher. Cuba kak Su rasa Encik Abah punya leher. Pastu suruh dia telan air liur. Mungkin Encik Abah, hypo, bukan hyper thyroidisym. Jadi, dia kurang nampak. Kalau dah effect hati, bahaya jugak tu. Tak pergi hospital ke? Yati, effect kat jantung. Dah lama Encik Abah ada thyroid ke? Yati dah 6 tahun. Doktor kata, boleh coma. Mati tu, tak tau la.. kalau tak makan ubat, ada kemungkinan agaknya..

    Zana,
    makasih, makasih, makasih... (hugs...)

    ReplyDelete
  19. ALAHAI KESIANNYA......TAKE CARE YE YATI...RASANYA SLAGI XOPERATE SLAGI TU LA PNYAKIT YATI AKN SNTIASA MENYERANG.....

    ReplyDelete
  20. Kak nza,
    Tq, kak. Betul tu kak, camna kak nza tau? Memang Yati akan tanggung thyroid ni sampai mati, selagi dia tak operate. Huk huk... Bosan...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea