Monday, July 12, 2010

Felt coin Purse

Projek hujung minggu. Sudah 5 hari sejak Sulaiman kali terakhir hisap susu badan. Kalau dia tengok kita busy, dia tak mintak. Tapi bila mama dah duduk rileks nak tengok TV, atau pun kat dalam kereta, Sulaiman selak baju. :D Waduh... anak bijak... 

Timasih ye, pada kawan-kawan yang bagi support, nasihat... Sulaiman dah boleh minum susu botol sikit-sikit. Kadang-kadang, sikit. Kadang-kadang abis jugak satu botol dia minum, susu Dutch Lady 123 Coklat. Milo pun Sulaiman minum. :D

Berbalik pada tajuk kita, Yati buat 2 coin purse. 

Yang pertama, colour dark pink. Ada cross stitch hearts.


Yang keduanya, colour biru. Ada cross stitch pokok cinta.. Hehhe...


Tu je la... sempat buat. Lagi, Yati makan ubat stop susu dan surut bengkak breast, ubat tu buat Yati mabuk, ala loya-loya dan pening. Tak keluar pun pergi mana-mana. Baru Yati tahu, bukan takat ubat bagi susu badan banyak ada, ubat bagi susu stop pun ada, tau. Tapi susu Yati ada lagi. Walaupun Sulaiman tak minum. 

Ok, till then, take care everyone...!

Jahit cross stitch foto anda!

11 comments:

  1. suka la coin purse yg warna biru tu, cantik & ada pokok cinta gitu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Siti Hajar,
    Timasih. Kalau nak beli, email Yati ye. :)

    ReplyDelete
  3. yatie..alhamdulillah..dah bolih minum guna botol..anak tu..akak harap yatie betul2 kering susunya..bahaya juga kalau dah membengkak nanti..takut jadi ketulan kat dalam tu..sakit..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semoga sulaiman boleh terima prubahan tu dgn cpt....
    alahai cute sgt la purse tu.....

    ReplyDelete
  5. Kak Erna,
    Risau jugak Yati pasal ketulan tu. Itu la, ada urut sikit-sikit, dan makan ubat tu, harap susu kering habis.

    Kak nza,
    Alhamdulillah, kak. Sulaiman nak jugak minum susu botol.
    Hehhe, timasih kak.

    ReplyDelete
  6. salam yati. ubat stopkn susu tu mcm mane ye? bole dpt kt mane? thanx

    ReplyDelete
  7. Nisya,
    ubat pil. Cuba tanya kat farmasi. Husband Yati yang belikan. :)

    ReplyDelete
  8. salam kak yati..sebenarnya kalau anak akak takmo minum susu pun tak mengapa sebab anak yang berusia setahun dan ke atas hanya memerlukan 2 gelas je sehari susu..lagi pun dia dah mula ambil makanan pelengkap so akak boleh seimbangkan pemakanan dia..lagi satu biasanya kita minum susu pun tuk kalsium kan so akak buleh gantikan dengan sumber kalsium yg lain cth keju,sayur-sayuran,bijirin,roti dan sebagainya.tak semestinya perlu keluar duit plak tuk beli susu formula..simpati dengan naseb akak.akak tak perlu risau kalo dia takmo minum susu botol boleh gantikan dgn sumber yg lain.harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  9. Nurul,
    Terima kasih ye, atas info tu. :D

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Sama lah dengan anak saya masih dlm proses nak stop bf. pantang nampak saya duduk relax tak buat kerja datang la dia mintak nak nenen. Tapi alhamdulillah anak saya pun dah boleh minum f.milk macam anak akak walaupun sikit.

    ReplyDelete
  11. UmmuFarhan,
    wah.. pandai dia... sama dengan Sulaiman. Takpe, amik masa kan.. nanti Insya-Allah, dia orang akan minum banyak...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea