Sunday, June 06, 2010

Projek hari Sabtu

Kami buat projek karipap beramai-ramai hari ni.
Balik-balik, karipap je yek. Sebab anak-anak Yati kan peberet depa karipap. Kalau kita buat benda lain, depa tak makan, buat penat je.

Minced beef pulak takde, guna je la apa ada kat rumah. Inti, buat inti kentang.


Hafizan dan Amirul join sekali. Sulaiman tidoq.


Tiba-tiba Amirul kata, dia  boring karipap rupa macam karipap. Dia pi carik acu kueh raya dalam almari dapur.


Lalu terhasil lah kueh raya guna doh karipap. Macam-macam bentuk ada, bentuk karipap pun ada, tapi dalam takdak inti. Dia orang suka makan rangup-rangup, tepung je.

Mama punya?


Masih karipap yang asli. Kelepek sendiri. Acu karipap nya, Amirul guna.

Bila dah goreng,


cepatnya habis. Nasib baik simpan sikit untuk Sulaiman yang tidor. Kalau tak, habis abang-abangnya makan.


Kenapa hodoh sangat rupa karipap saya ni? Takpe la, hodoh pun, sedap.

Sekian aktiviti memasak bersama anak-anak. Actually, bapak budak pun join sekali. Dia tukang uli dan cuci pinggan.

Amirul dan Hafizan akan ke KL on Monday, rumah aunty dia orang, dibawa oleh tok dan opah. First time Hafizan akan jauh dari kami. Selalu jauh, takpe, sebab dekat je rumah opah. Kali ni, kalau Hafizan angin, harap depa tau la pujuk.

12 comments:

  1. ada anak bujang pn rajin...bagus 3X...senang la mamanya time coti2 nie....
    kreatif lak bujang2 comel nie..ikut mama kot...

    hepi holidy utk amirul n hafizan.enjoy!!!!...kesian tinggal adik sesorg.....

    ReplyDelete
  2. karipap mkn panas2 mmg sedap, baru2 ni akak ada beli karipap kat shah alam...digoreng panas2, ada inti kentang n kentang+sardin...sebijik 0.50 ja...sedapppp

    ReplyDelete
  3. mane ade hodoh...
    janji sedap dimakan..
    tgk karipap ni tingat plak drama ulangan semalam 'minah karipap' heheh

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu Yati ... memang la yg cantik kadang tak semestinya sedap .. mcm kapkek cantik tapi manis berdesingggggg ...berpinau mata makan


    :-D

    ReplyDelete
  5. Kak nza,
    Oh, dia orang ni buat karipap je rajin.
    Sebab doh tu kan macam plastisin atau playdoh tu.
    Itu yang dia orang buat bentuk macam-macam.
    Sulaiman dah kena tinggal dah. Baru kejap tadi opah dan tok dtg jemput, pi KL.
    Huhu, takpe la, sesekali, cuti sekolah.

    Kak Su,
    Wah, lain kali nak cuba inti sardin pulak. Pergh... mesti sedap. :)

    Yan,
    Ala, Yati tak tengok la cerita tu. :)

    anique,
    tiba-tiba Yati teringin nak makan cup cake. tapi sini tak pernah jumpa lagi yg sedap. Huhu..

    ReplyDelete
  6. tiba-tiba datang feel nk buat karipap juger...hmm project this wk :)

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kak Yati, ok la tu karipap akak. Karipap saya lagi hudusss. Masa tu baru first time buat, pastu tak buat2 dah.

    Daripada kreativiti ank2 akak tu, sy dapat idea untuk permainan anak2 saya. Boleh buat doh sendiri n kasi dorang main ganti plastisin. kalau dorg termakan pun xde la bahaya kan..^_^.

    ReplyDelete
  8. Epit,
    Buat tu, jangan lupa pos kat sini sikit. Hehhe.. gurau je.

    UmmuFarhan,
    Hehhe... kena praktis banyak kali. Kalau sekali tak jadi, cuba la lagi.
    Ya! Sangat betul. Boleh buat macam-macam bentuk. Diaorang ni bila tengok hasil tangan sendiri, tu yang suka makan tu.

    ReplyDelete
  9. yati,
    rupa tak penting, asal sedap & habis dimakan..
    best tgk anak2 main doh..
    memasak dgn anak2 memang syiok...

    ReplyDelete
  10. Kakyong,
    Memang syok, tapi nak mengemas balik tu, sabor je la... :D

    ReplyDelete
  11. janji inti dia sedap okla

    http://chocolateumie.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Umieja,
    Betul tu. Inti mesti ada kick.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea