Wednesday, June 30, 2010

Berusaha!

Serabut tak baca blog Yati ni? Malas sebenarnya nak tulis banyak entry.  Jadi Yati cerita banyak benda dalam satu entry ye.

Perkara1
Harap mereka yang bertanya kepada saya tentang software transfer photo ke chart dapat search sendiri jika nak tau. Yati tak jual software. Banyak, yang free ada, yang kena beli pun ada.

Ntah kenapa, ramai pulak yang tanya. Yati dulu, cari sendiri je. Berusaha! Itu pun Yati ada jugak bagi link. Kalau yang nak buat bisnes macam Yati, Yati pun tak tau nak cakap camana. Persaingan itu bagus.

Tapi cuba tengok orang cina ye. Dia orang walau pun satu restoran, ada beberapa gerai. Gerai char kue tiau satu, kuetiau goreng kungfu satu, kuetiau goreng Penang la, walaupun dia orang niaga benda yang sama, tapi dia orang varies, maksud Yati, saling melengkapi. Hari-hari makan kuetiau kungfu boring jugak, hari lain nak jugak try Penang charkuey tiau. Dia orang siap boleh recommend orang lain lagi. Tapi kita ni, suka dengki. Kalau yang advance tu, siap santau la, buat bisnes orang sesama Melayu lingkup la. Orang melayu ni, suka niaga benda yang sama. jarak dekat pulak tu. Kalau macam ni, kesan long term nya, boleh bunuh bisnes sesama sendiri.

Yati sedar, rezeki masing-masing, Allah dah tentukan. Terpulang la ye. Tapi kalau nak, usaha sendiri ye, jangan nak idup senang je. Encik Abe cakap, dah terlebih kasi info. Patutnya Yati tak layan benda-benda macam ni. Bukan pe, Yati tak nak kedekut ilmu la. Dari sekolah lagi. Kalau orang tanya, Yati jawap. Tapi, tolong la ye. Fahami saya ni. Berusaha tangga kejayaan!!!

Perkara 2
Oh no... Kesian Dimas. Ni pasal cerita Benci Bilang Cinta la. Ntah kenapa boleh melekat tengok cerita ni. Tapi endingnya nanti happy ending kan... oleh kerana kurang sabor, Yati dah tertengok kat YouTube. Tapi adegan sikit je.


Perkara 3
Eh, lain kali la cerita. Nak pi layan Hafizan. 
Bye!

Monday, June 28, 2010

Benci Bilang Cinta

Dah seminggu lebih jugak tak update blog. 

Sape tengok cerita Benci Bilang Cinta, angkat tangan! Hehhe...


Yati bukannya minat cerita Indonesia pun. Tapi lepas cerita Heroes dah habis, boring je, takde cerita menarik.  Layan jugak la cerita ni. Nasib baik Yati dah kawin dan ada anak, kalau tak, Yati buat scrap book dah gambar Baim Wong ni (watak Dimas). Ha, sekali dengan scrap book Robert Pattinson - Twilight. Hehhe...
Agaknya, sebab cerita Benci Bilang Cinta tu macam sama je dengan kisah Yati dah husband Yati. Chewah... bila isteri merajuk, dah la suami tak reti pujuk. Pastu isteri pun lari. Alamak, pecah rahsia aku. Ala, bukan apa pun.


Ha, cerita benda lain pulak. Hari Sabtu lepas, pergi amik report card Amirul kat sekolah. Kelas dia ada 32 ke, 36 orang, lupa pulak. Amirul dapat 2. Murid tahun 1 pulak ada 362 orang ke, pun dah lupa, Amirul dapat nombor 22. Not bad, kan... Maybe next time Amirul leh cuba dapat nombor 1 pulak. 
Bangga jugak. Tak sangka, sebab Amirul ni kuat main.

Tengok la tu, main motor dengan Hafizan.


Tu pasal bila dia orang takde kat rumah, rasa sunyi je. 
Dengan koleksi ultraman nya. Hui...sabor je la.


Amirul cakap, cikgu dia bagi hadiah. Macam mahal la pulak hadiahnya. Baik cikgu...


Hadiah pencil case, buku nota kecik, dan keychain. Ye la, nanti dah tak dapat jumpa Teacher Ling. 1hb Julai, Amirul dah sekolah kat sekolah baru. Satu taman perumahan. Lagi dekat dengan rumah. Takyah keluar main road. Lega... Next time kalau kena amik Amirul lagi, mama takde terketor-ketor bawak kereta. Hehhe..
Jeng... jeng.. jeng... nak tau tak Yati buat pe semalam? Tara....


Yati buat beg! Beg mengaji. Nak kata tote bag, tangkai nya kecik sangat. Lengan Yati pun tak muat nak masuk. Alamak, pecah rahsia aku lagi satu, aku overweight. Huhu...budak-budak sesuai la pakai bag ni, pi ngaji ke, tuition ke...
 Design cross stitch tengah dari Cross Stitcher Issue 213, Angela Poole, namanya Funky Florals. Ok tak?

Cerita lain pulak. Yati ada terbaca, yang tak elok guna Facebook ni. Pada pendapat Yati, kalau kita kata benda tu tak elok, tak elok la jadinya. Dalam dunia ni, ada orang jahat, ada orang baik. kalau ada orang nak ngorat ke apa, delete dah la. Yang pergi upload gambar tak pakai tudung tu, kenapa... yang pergi tag orang tu pun tak elok jugak.. tapi kalau benda dah lepas, dan orang tu sekrang pakai tudung, pastu kita tag dia, kita paham yang benda tu dah lepas. Zaman jahil. Yang pergi update status bila bergaduh dgn husband tu apasal... Yang ber-facebook sampai tak sembahyang tu kenapa... Bukannya kita ber facebook sampai tak  masak, tak basuh berak anak, tak buat kerja rumah. Yang kerja ofis pulak, main game. Terpulang pada individu la. Kalau kita buat benda tu buruk, buruk la jadinya. Dari facebook la Yati boleh jumpa kawan masa sekolah rendah, 20 tahun lebih tak jumpa.  Ni pendapat Yati je tau.

Ok, nak angkat hujan. Jemuran dah turun.
Take care everyone...

Sunday, June 20, 2010

Stitch-a-Photo Encik Nizam - Siap!!!


Lega rasanya. Berjaya siapkan!!!
Dah hantar untuk di frame kan. Biasanya, Yati tak frame kan untuk customer bila habis jahit. Tapi sebab Encik Nizam ni, officemate husband Yati, boleh deliver by hand, jadi, boleh frame kan.
Yahooo..!
Cakpong, cakpong...!

Tuesday, June 15, 2010

Progress Photo Stitch (bila nak siap ni...)


Tu dah nampak tu... tangan tu.. :)
 
Semalam Yati puasa. Hari ni tak, tak bangun sahur. Dah dengar bunyi alarm hp. Matikan alarm, pastu tidor balik. Hmmm... 
Banyak cabaran puasa semasa bukan bulan puasa. Tengok orang makan. Kalau tak puasa pun, waktu petang, tenaga dah habis melayan anak dan masak, buat kerja rumah, etc. Inikan pula bila puasa, by the time nak masuk waktu berbuka, tangan dah terketar-ketar, tulang dah lemah-lemah. Macam apa ntah. Tapi rasa best la, dapat puasa satu hari semalam. 

Korang dah ganti puasa ke belum? :)

Tuesday, June 08, 2010

Sulaiman

Pada suatu hari, Sulaiman ni nangis je, tak renti-renti. Bagi susu, tak mau. Bagi makan, tak mau. Bagi chocolate, tak mau. Tanya nak tidor tak, geleng kepala. Nak dukung tak, pun geleng jugak. Dia macam ajak kita pergi mana-mana ni.

So, Yati pun ikut. Sulaiman tunjuk kat basket. Oh, nak main dengan basket baju ye... Yati pun cuba letak basket tu atas kepala dia, dia tak mau juga. Rupa-rupanya, ini yang dia nak sangat tu....

(Gambar dari handphone zaman dulu).

Dia nak duduk dalam basket la... Elok dia lepas tu. Sambil tengok tv, duduk dalam basket baju ni. Hmmm... alahai... asal dia happy, sudah. Nak masuk sendiri dalam basket, tak reti. Dia suruh kita masukkan.

Sulaiman dok sorang-sorang kat rumah. Amirul dan Hafizan pergi KL, dengan tok dan opah, tidor rumah aunty. Sian Sulaiman..

Tapi dok sorang pun, ada je benda yang dia nak main.


Sila abaikan semak kat belakang tu ye. Yati kumpul paper lama. Tak jual, sebab nak belajor buat bakul dari paper. :)
Sulaiman yang suka buat semak. Sayang budak kecik ni, busyuk busyuk, masyam, masyam....

Sunday, June 06, 2010

Projek hari Sabtu

Kami buat projek karipap beramai-ramai hari ni.
Balik-balik, karipap je yek. Sebab anak-anak Yati kan peberet depa karipap. Kalau kita buat benda lain, depa tak makan, buat penat je.

Minced beef pulak takde, guna je la apa ada kat rumah. Inti, buat inti kentang.


Hafizan dan Amirul join sekali. Sulaiman tidoq.


Tiba-tiba Amirul kata, dia  boring karipap rupa macam karipap. Dia pi carik acu kueh raya dalam almari dapur.


Lalu terhasil lah kueh raya guna doh karipap. Macam-macam bentuk ada, bentuk karipap pun ada, tapi dalam takdak inti. Dia orang suka makan rangup-rangup, tepung je.

Mama punya?


Masih karipap yang asli. Kelepek sendiri. Acu karipap nya, Amirul guna.

Bila dah goreng,


cepatnya habis. Nasib baik simpan sikit untuk Sulaiman yang tidor. Kalau tak, habis abang-abangnya makan.


Kenapa hodoh sangat rupa karipap saya ni? Takpe la, hodoh pun, sedap.

Sekian aktiviti memasak bersama anak-anak. Actually, bapak budak pun join sekali. Dia tukang uli dan cuci pinggan.

Amirul dan Hafizan akan ke KL on Monday, rumah aunty dia orang, dibawa oleh tok dan opah. First time Hafizan akan jauh dari kami. Selalu jauh, takpe, sebab dekat je rumah opah. Kali ni, kalau Hafizan angin, harap depa tau la pujuk.

Thursday, June 03, 2010

Progress Photo Stitch


Progress terkini cross stitch foto Encik Nizam. Gambar kecik adalah gambar original.

Stitch-a-photo