Monday, May 03, 2010

waiya...!

Weekend lepas, balik rumah mak di Lumut.

Sempat la tengok cerita ni.


Twilight, di saluran Star Movies. Orang dah tengok nombor 2, saya baru nak tengok yang first.

Patut la ramai anak-anak dara tergilakan si Robert Pattinson ni. Handsome betul.


Nasib baik la saya ni dah mak budak. Kalau saya masih di awal remaja, dah tentu saya dah buat scrap book Robert Pattinson, sebagaimana saya dulu buat scrapbook kumpulan 4U2C. Bukan satu, 2 scrapbook saya buat penuh dengan gambar ahli-ahli kumpulan 4U2C. Ish, gila betul saya dulu.


Encik Abe cakap, kalau dah suka, telefon la Astro, tambah movie package kat rumah. Saya jarang tengok tv. Satu-satu rancangan Tv yang saya look forward untuk tonton adalah cerita Heroes, yang saya tak pernah miss sejak Season 1. Nathan dah tak de, isk isk... sedih...


Saya jawap kat Encik Abe, tak payah la. Nanti kalau ada movie, cross stitch ke mana, kedai ke mana. Bahaya, bahaya... pengaruh TV ni sungguh besar.

4 comments:

  1. hehe..hensem ke? hensem lagi Jo In Sung tau..yati buat je la scrap book tu, pastu jual. sure laku..muahaha! ^^

    ReplyDelete
  2. Yati, buat cross stitch depan tvlah... baru best... mcm akak... hehe ^_^

    ReplyDelete
  3. Lynn,
    sesungguhnya handsome itu sangat subjektif.
    Ate, idok ler teman tahu Jo In Sung tu rupanya camana. Hehhe... Tengok cerita Korea, nama actor semua tak tau la, Lynn. :D
    Hahhaaa... nanti husband jeles pulak Yati dok collect gambar Robert Pattinson. Hoho, cannot, cannot...

    Kak Nisa,
    hahhaa... kagum Yati. Tak miscount ke, cross stitch depan tv? Yati ada masalah concentrate kalau byk bunyi, kalau tak, dah tentu Yati ikut cadangan kak Nisa tu. Hehhhe...

    Kak nza,
    handsome kan, kan, kan? :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea