Friday, May 21, 2010

Progress Projek Stitch-a-Photo dan beberapa cerita ceriti

Perkara 1: Progress terkini


Macam dah habis je, tapi belum lagi la...


Bahagian bawah belum siap.

Yati hilang mood. Macam dah hilang keseronokan menjahit tu. Benda ni tak boleh dipaksa-paksa, di desak-desak, disuruh cepat.
Kena jahit dengan hati yang lapang dan tenang.
Yati seorang surirumah, menjaga 3 orang anak lelaki, membuat kerja rumah, dan mencari rezeki yang halal dari rumah.
Yati ada hati dan perasaan, bukannya mesin.
Nasib baik Encik Nizam yang potretnya dan isteri yang sedang dijahit sekarang faham akan keadaan Yati. 
Yati minta maaf kalau Yati tak sempurna.

Perkara 2: Semalam birthday saya tapi...

Husband saya lupa. Dia ingat semalam, 19 haribulan. Padahal semalam, 20 hb. Saya remind dia sebelum dia pergi kerja, baru dia teringat. Hmm... keciknya hati ini.
Tapi terubat sikit, bila kawan-kawan ramai yang wish kat Facebook. Kawan-kawan mat saleh yang main Sorority Life pun boleh wish.
Tapi orang yang paling dekat dengan saya lupa birthday saya.
Termenung saya sekejap sambil memandang dinding sepi ini...


Perkara 3: Mengubat hati yang luka


Hadiah giveaway dari Fathiah dari Sewing is Enjoy!

Dua potholder yang comel. Tak sampai hati nak guna. Nak gantung la, sebagai hiasan. Terima kasih, Fathiah!

Yati amat jarang menang giveaway. Jadi, sangat suka.
Orang kata, kalau kita bagi kat orang dengan ikhlas, orang akan balas balik dengan ikhlas. Yati baru buat giveaway hari tu, kebetulan boleh termenang giveaway orang lain pulak.

Pernah terbaca dalam majalan An-Nur, dia kata, kalau kita sedekah kat orang, kita cakap la kat dia, tolong doakan saya sihat ye. Tapi, Yati tak boleh nak cakap.
Masa pergi pasar malam, Yati ada sedekah dekat 2 orang. Tak banyak pun, seringgit je. Tapi semalam, Yati dapat 50 ringgit. Ok, mungkin bagi sesetengah orang tak banyak, tapi 50 ringgit, Yati boleh beli stok bahan mentah dan masak untuk seminggu.
Irfan Khairi  kata, kalau kita beri, kita akan dapat balik, Insya-Allah, berganda-ganda. Bercakap tentang Irfan Khairi...

Perkara 4: Workshop Anda Memang Layak Berjaya



Insya-Allah, Yati akan jumpa Irfan Khairi hari Ahad ni. Dah daftar.

Yati akan buat benda yang tak pernah Yati buat sebelum ni, tinggalkan anak-anak dan suami, sebab nak pergi Ipoh, join mini workshop ni. Harga sangat murah, kalau tak workshop dia kan mahal, beratus, mana lah mampu. dah la kat Ipoh pulak tu. Saya tak kan lepaskan peluang ini...!

Hari Ahad pulak tu, Amirul ada taekwando. Rasanya, Yati kena pergi by bus. Walau pun tak pernah naik bas. Tapi demi kemajuan diri sendiri dan mencari semangat yang hilang, saya mesti!!!
Harap anak-anak selamat di bawah  jagaan suami.
Doakan saya selamat dan tak tersesat ye!
Wish me luck...!

16 comments:

  1. Salam,
    Kak Yati, hepi belated birthday..maaf lmbat wish akk..semoga kak Yati bahagia di dunia dan di akhirat..aminn. Maybe suami akk bnyk brfikir macam2 hal smpi trlupa..:)

    Besarnya potret tu kan..insyaAllah kak Yati dpt siapkn dengan tenang. Kalau kita rajin bersedekah, rezeki kita insyaAllah akn bertambah :D. Selamat join workshop kak Yati, semoga bertambah maju lagi amin :D

    ReplyDelete
  2. wawww.. sangat kagum.. dgan tone yg susah itew x-teach kamo dah nmpak smpurna charyuk.... dear..

    and happy birthday...
    samalah kita, saya pon raser my hubby akn lupa my birthday..
    slalu nyer cam tu la.. and suprise nyer~ suprise...x ada apa-apa...
    sedey kan.
    tp how to do? cnggitew la dear...
    tp dia tetap sayang kamo n
    dia saya pula tetap syang saya...heheee

    wahh mluah rasa d cni

    ReplyDelete
  3. Yati, good luck naik bas... (Mcm tak pecaya je tak penah naik bas)...hehe
    Harap2 Yati dpt semangat balik cs... betul, buat cs ni tak boleh dipaksa2... org2 yang sabar je yg boleh siapkan cs...
    Satu lagi, Happy Birthday... email address kat akak, nak bg present ^^

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas semangat Yati,..ingin self-imoroved.

    ReplyDelete
  5. bagusnya kak yati...semangat... sara bila la nak berani wat sendiri..sume nak bergantung ngan suami je...huhuhu... semanagt yg hilang..ermm..rasanya sara pun nak kena cari semangat yg baru jugak... terasa tak de perubahan je semanjak 2 menjak ni..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Sararisa,
    sekali-sekala kena jugak pergi kan. Kalau tak pergi, baca buku motivasi pun boleh tambah semangat jugak. Kena berdikari sikit. Kalau jadi apa-apa kat kita punya other half, at least kita tak de la terkapai-kapai sangat. Lagi-lagi macam kita ni, kalau tak de semangat, kurang inspiration buat craft atau jahit kan.. Good luck to Sara juga, untuk mencari semangat baru.

    ReplyDelete
  7. Yati, HAPPY BELATED BIRTHDAY..... jaga diri baik2 dan kesihatan Yati. Kalau kita yang rebah sakit memang tak akan dapat layanan sempurna dari sesiapa pun... kerana masing-masing sibuk. Tapi kalau mereka yang rebah kita selalu bagi yang terbaik kan? Lumrah alam!!!!!

    Take care, Yati.

    ReplyDelete
  8. KakDee,
    thanks.
    Saya setuju 200% pendapat Kak Dee tu.
    Tapi hidup mesti diteruskan. :D

    ReplyDelete
  9. Hepi besdy yati...sory sgt2 cz trlepas pandang....time tu sibuk dgn abg nk g Australia, akak lak nk g lawatan...hi.hi.hi....sorry ye dik...Apapn dr kejauhan nie kak nza doakan moga yati bahagia sokmo..jgn sedih2...trkdg suami kita nie spesis xromantik gitu ttp dia syg kita tu...

    ReplyDelete
  10. UmmuFarhan,
    Terima kasih ye. Amin...
    Takpe la, kecik hati sikit je, bila husband terlupa.
    Ha ah, memang agak besar jugak cross stitch potret tu.
    Terima kasih banyak-banyak, ummufarhan.

    Erinsz,
    Thank u. Tambah semangat nak abiskan projek cross stitch tu. :)
    And thanks for the wish.
    Haha.. yap betul..

    Kak Nisa,
    Yati pun salah jugak, sebab tak tulis dgn terang. Maksud YAti, tak pernah naik bas di Perak ni. Selama dok Perak dah 5 tahun, tak pernah naik bas. Kat KL tu, bus, LRT, dah biasa. :)
    Ha? Mau bagi present ke? Nanti Yati email ye. (seronoknya..!)

    Kak Hanim,
    Thanks kak. Sekali-sekala, nak jugak naikkan meter motivation tu kat diri sendiri. :)

    Kak nza,
    timasih.
    Ha ah, kalau jenis tak romantik tu, apa nak buat.. terima la seadanya. :D

    ReplyDelete
  11. YATI...HEPI BELATED !!!!!!! jgn sedeh ok....dia lupa tak maksud dia tak sayang :).....

    ReplyDelete
  12. Rafidah,
    Thank u...! :)
    Hehhe.. i know. Takpe, sekejap je terjejas, pastu feeling dah ok dah. :D

    ReplyDelete
  13. Yati ... wahh terlepas nak ucap wish pada hari yang sepatutnya ..

    Selamat Hari Jadi Yati ! Semoga panjang umur dalam iman, murah rezeki, bertambah amal ibadat, sabar dengan ujian, tabah dengan dugaan, syukur dgn nikmat dan segalanya yang baik untuk Yati ...

    Jangan sedih2 kalau husband lupa bday !! series .. lelaki memang mcm tu ... bila lupa tak bermaksud tak sayang .....

    Dah ... jangan sedih2 pi buat bagi perabih projek maha besar gedabak tu ....

    :-D

    ReplyDelete
  14. Yati, happy belated birthday. Takmo sedih-sedih ye. Nanti share lah tips berguna yang Yatie dapat dari bengkel tu ye.. :-)

    ReplyDelete
  15. anique,
    Terima kasih...! :)
    Hahaha... memang gedabak pun.. Tak siap-siap. Hehhe...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea