Monday, May 31, 2010

Cermin diri sendiri...

Sayang my three heroes, tapi selalu mencabar kesabaran.

Hari ini tak tau angin taufan apa datang, ntah. Salah satu sebab, mungkin kerana badan letih. Lain sebab, Yati asyik dok fikir, kerja Yati yang tak habis-habis, order cross stitch yang belum siap, belum online lagi untuk check email, sebab dok layan anak, masak, cuci najis kucing orang sebelah yang membuang kat depan garaj rumah, etc. Semalam tidor lewat, jahit.

Tadi siang, Yati pukul Sulaiman, Hafizan pun kena pukul. Itu la macam Yati cakap, angin taufan mana datang tak tau. Oh ok, mungkin sebab period jugak. Tapi bila Yati jumpa dan baca blog kepunyaan Afz, yang salah seorang anaknya adalah anak istimewa, rasa ape jenis mak la aku ni. Yati ni ada anak sihat, tapi tak reti nak bersyukur, siap pukul anak lagi...

Yati add di blog list Yati, supaya dapat sedar diri sikit bila angin taufan datang lagi..

17 comments:

  1. memang mencabar jaga anak lelaki ni yati.akak ada 4 org.Ya Allah masa diorang kecik2 tak dpt nk kata apa.dua yg besar paling mencabar.masa dok menyewa sampai dua kali akak pindah rumah.yg sulong tambat kepala anak jiran sampai berdarah dahi kawan tu.skang dia dah 25 thn.baru habis ijazah.berdoa byk2 dan bersabar jaga anak lelaki.insyaALLAH berbaloi..

    ReplyDelete
  2. Kak anymz,
    4 orang, kak? Yati 3 orang, petang dah abis tenaga dah. :)
    Ya Allah, ganasnya dia orang waktu kecik. Tapi dah besor, senang sikit yek.
    Terima kasih, kak.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kak Yati, saya dua org :))). Kakak saya 3 heroes, no girl jugak. Hmmm, boleh tahan gak budak dua org ni. Semua org pun ckp mcm tu, budk lelaki memang lasak. Sama-samalah kita bersabar ye. Saya ada 2 org ni pun dah rasa tensen sokmo. Suami saya pula ada 7 beradik semua lelaki. Mak mertua selalu cerita pasal kenakalan dorg masa kecik. Bila besar alhmdlh semua berjaya. Tapi mak mertua selalu sakit2 (sakit jantung) kesian dia. Mungkin penat jaga anak, uruskan rumahtangga lagi. Ermm, bila difikirkan..kalau boleh bila jadi surirumah ni, saya nak rumah tangga tu perfect..rumah bersih selalu, kerja beres selalu..tapi adakalanya tak mampu nak buat tambah lagi sy belum habis belajar (menulis di rumah). Semua ni perlu pengurusan mental dan hati, pengurusan masa yang baik..kalau tak memang tension sokmo. Maaf kak panjang plak..hehe..saya pun baru nak belajar dr ibu2 yg lain..good luck kak yati ^_^.

    ReplyDelete
  4. biasalah org pompuan yati...moody dtg xtentu masa...maklum la kita penat n serba serbi nk diuruskan...kak nza pn gitu...abg sibuk n kak nza trpaksa uruskan semua...bila penat n stress, cpt je mulut n tngan brtindak......

    ReplyDelete
  5. betul2........bila berfikiran waras banyak benda kita buat dengan betul...tp selalunya tak waras bila berdepan ngan anak2 :)...tq put, terapi minda 4 today.....

    ReplyDelete
  6. salam yati, melor pun mcm tu. kekadang angin je anak yg jadi mangsa.bila pikir dulu melor susah nak dpt anak bila dah da pukul2 lak. cuba gak bersabar tapi kekadang tu jadi gak

    ReplyDelete
  7. UmmuFarhan,
    Betul la tu. Budak laki lebih lasak banding perempuan. Tapi orang kata jugak, budak lasak lagi aktif, pandai bila besor. :)
    Thanks, UmmuFarhan. Tapi rasanya kita kena terima yang kita tak perfect. kalau nak buat semua benda, pengsan la... Hehhe...

    Kak nza,
    Ha ha ha... mulut dan tangan bertindak.. sama la kita. Apa pun Yati harap dapat lebih bersabor dengan budak-budak ni dan handle dia orang dgn cara lain pulak, selain pukul.

    Epit,
    Sama. Elok baca blog Afz yang aku bagi link kat entry tu. Baru sedor diri, ibu lain macamana, kalau nak dibandingkan dengan kita ni. :)

    Melor,
    Mungkin kena cuba LEBIH kuat untuk bersabor. Macam Nanny911 tu, boleh handle anak cara berbeza skit daripada pukul dia orang. :)

    ReplyDelete
  8. bukan yati ja kengkadang naik angin ngan anak2, akak pun sama, bila tengok ami n ratu bergaduh, perang besar kat umah...memula melarang, dah letih sgt...merotan la pulak...gerammm

    ReplyDelete
  9. Kak Su,
    Hehhe.. sabor-sabor. Budak-budak. Tapi lepas pukul atau rotan, rasa nyesal pulak. Sian budak-budak tu, kan. :)

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum yati,
    k shima rasa yati, seorang ummi yang baik, kadang2 tegur tanda sayangkan.... memang kerja suri rumah ++++++ ni penatkan, yati memang bertuah punya hero2 yang sihat...kshima yakin yati mesti boleh manage,,,kadang2 tu memang terlepaskan..banyak dalam kepala nak buat..he he kadang2 serabut... kshima pula masih menunggu... ;)

    ReplyDelete
  11. salam,

    kalau anak2 nakal, tak kira la lelaki ke pompuan..mmg rasa nk pukul. setan hasut. nk buat mcm mana? pukul krn m'didik takpe, jgn sampai dera. kdg2 lynn masuk bilik, b'kurung sbb tak mau marah/pukul diorg. tu kaedah paling b'kesan la setakat ni. tak lama, dlm 10 minit je. istighfar byk2..tarik nafas pjg2..

    ReplyDelete
  12. Lynn,
    Great idea!
    Memang adakalanya Yati buat camtu jugak. Tapi setan tu selalu berjaya menghasut ikutkan amarah.

    ReplyDelete
  13. Kak Shima,
    waalaikumsalam warahmatullah...
    Thanks a lot, kak. (hugs..)
    Insya-Allah, Kak Shima, nanti ada la rezeki tu. :)

    ReplyDelete
  14. yati,
    nobody perfect.. kakyong pun kdg2 hangin juga...
    tp rumah kakyong ni dah xde rotan.. anak2 sorok ntah mana.. huhhh..
    jgn kan lelaki, anak perempuan pun sama naik jugak... tp biasalah anak2..
    kakyong kalo dah serabut.. mulut bising.. tp la ni anis dah pandai menegur... 'cukup ibu.. cukup marah...' kdg2 lucu pulak bila anak ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  15. kakyong,
    Pandainya dia orang sorok rotan. Hehhe..
    Pandai Anis cakap camtu. :)

    ReplyDelete
  16. Salam...

    Betoi2.... sama le kita... bila penat anything can happen.. Apa-apa pun.. banyakkan bersabar..

    ReplyDelete
  17. Kak Atie,
    Yap, sangat betul.
    Susah nak control emo bila badan letih.
    Akan cuba untuk lebih bersabar. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea