Thursday, April 01, 2010

Spring SAL - 10th Update


Tengok, sikit saje progress kali ni.

Hari tu yang Yati cakap lemah-lemah anggota badan tu, sebenarnya Yati demam, tapi buat-buat tak demam. Ye la, bukannya dapat MC pun. Huk huk... biarkan gelora melanda hati, biarkan tangisan merintih, begitulah pedihnya jiwa, oh kasih...
Kiranya panas yang ku harapkan,
tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup sorang surirumah....

Ini pulak progress untuk projek satu lagi, stitch-a-photo potret Encik Nizam dan isteri. Gambar kecil adalah foto original.

7 comments:

  1. rasanya bab rambut tu yg paling susah sbb kena tukar2 kaler kan kak yati?? adehhh

    ReplyDelete
  2. adus...so imppresive la yati....tabik!

    ReplyDelete
  3. Yati, dah nak siap dah photo stitch tu... Real jugaklah...SAL pun tinggal sikit lagi je tu...
    Biasalah jadi surirumah... bukannya buleh mc ke cuti ke... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Amboi.. stitching foto dah hampir nak siap....
    caiyokkk... kakyong dah 2 minggu ni cuti menjahit x-stitch... huhuuu, kena kuatkan azam utk sambung semula kerja x-stitch ni..

    ReplyDelete
  5. Sararisa,
    yup! 10 markah untuk Sara! Punya la lama jahit part rambut, tak siap-siap.

    Rafidah,
    Thank u, thank u!

    Kak Nisa,
    Ha ah, tengah usaha nak habiskan dua-dua projek ni, kak. :)

    Kakyong,
    thank u, kakyong.
    Chaiyok untuk kakyong jugak. You can do it!

    ReplyDelete
  6. Memang menakjubkan...bagi orang macam saya yg tak pernah sentuh x-stitch ni..Tak dapat bayangkan macam manalah tajamnya mata nak menyiapkan sebiji macam gambar. Tangan ajaib betul la..

    ReplyDelete
  7. Anonymous,
    awat tak tinggal nama?
    Timasih. Saya masih belajar lagi cross stitch ni. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea