Wednesday, March 03, 2010

Pay Day!

Kesinambungan cerita Hafizan kena langgar hari tu.

Bukan saya cakap. Cik kak yang langgar anak saya yang cakap. Dia kata, tak nampak Hafizan, sebab MyVi tu ada situ.

Semalam, nak tau tak apa jadi kat MyVi tu?
Accident! Depan remuk! Tayar sebelah takde! Tow-truck kena bawak pi bengkel.

Ok, 50% dari saya, nak tepuk tangan dan hoye! Hoye!
Tapi 50% lagi, tak harap apa-apa pun berlaku kat dia atau sesiapa saje, walau pun mereka ada buat benda tak betul atau buruk terhadap saya. Siapa la saya nak berdendam dan menghukum orang. Biar Allah SWT saja yang balas.

Isy, ish, devil is part of me.
Maafkan saya. Saya sebenarnya tak macam ni.
Sudah-sudah la tu. Saya pun nak go on.

Ala, dia tak apa-apa pun. MyVi yang accident tu la. Dia husband and wife kerja gomen, takde masalah la nak repair, insurans boleh cover. Kena bayar saman je 300 ratus, sebab dia salah. Lagi pun, dia belum amik anak dia kat nursery lagi. Kalau dia dah amik, bagus jugak, boleh anak dia demam terkejut 2 minggu macam Hafizan.
Masya-Allah, jahatnya aku ni.

Tapi kalau Hafizan nak pi jalan pun tak nak, kena dukung, bila tanya nape nak dok rumah, dia kata, nanti orang langgar, apa yang boleh dibuat lagi? Boleh tak kembalikan anak saya seperti sediakala, gembira bermain basikal dengan abangnya? Boleh tak hilangkan trauma anak saya ni?

7 comments:

  1. betul tu yati.....sedihkan bila anak kita yang berani dan ceria tetiba jadik penakut dek kerana trauma....sebab anak saya pernah mengalaminya...trauma sampai ngigau2 dekat seminggu dek kerana dibuli oleh sepupunya sendiri....sakit hati dan marah tu tuhan jer yang tahu....tapi la ni dah ok dah....
    cuba2lah carikkan air2 penawar untuk redakan sikit perasaan traumanya itu...takut melarat...
    peace...!!!

    ReplyDelete
  2. Laa, ye ke..
    alamak, kena cari air penawar ke..

    ReplyDelete
  3. cuba lah mana tahu kot2 mujarab....air yasin ke air doa2 ke pun boleh yang penting niat.....Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakal....

    ReplyDelete
  4. To be frank, Yati tak terfikir lagi sampai situ. Yati ingat, time will heal Hafizan.
    Ingat nak cuba nanti.
    Thanks ye, Dila. :)

    ReplyDelete
  5. salam,

    jgn dipaksa hafizan cepat sgt sembuh. kalau dia tak berani lg, biarlah..cuba la bg dia mainan baru ke biar dia lupa sat ngan basikal. sorok dulu ke basikal tu. after a month or so, kuarkan balik. tgk dia rindu tak ngan basikal dia.

    air penawar uztaz tu alternatif. tak wajib. ibu punya doa lg mujarab kan..? wallahualam..

    ReplyDelete
  6. kesian Hafizan...masih trauma la tu...moga hafizan cpt ok ye....

    ReplyDelete
  7. Lynn,
    Thank u very much! I lap u!

    Kak nza,
    timasih kak. Yati pun harap macam tu. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea