Friday, March 05, 2010

My Precious


Dengan camera nazak, susah nak ambil gambar budak-budak ni. Lagi-lagi Sulaiman yang tak boleh duduk diam. Suruh Amirul dukung Sulaiman, dia tak suka pulak. Alhamdulillah. Suka tengok dia pi sana, pi sini. Biarlah rumah macam tongkang pecah pun, biarlah buat bising macamana pun, saya suka, sebab dia orang sihat.


Oh, camera saya memang macam ni. Dari hari tu lagi kan, bila ambil gambar, dia keluar garis-garis. Nanti la dulu beli camera baru. Hafizan pun dah ok.

Amirul sibuk minggu ni. Kesiannya budak-budak sekarang. Dia orang ada monthly test, setiap bulan. Kita dulu, satu penggal, ada sekali je periksa kan. Ni, baru habis test hari tu, sebelum cuti sekolah seminggu bulan ni, ada test lagi, dah dapat dah jadualnya. Hari sabtu ni, ada Kem Solat. Hari Ahad ni pulak, ada test taekwando.

Bulan lepas punya test ok. Bulan ni tak tau la, harap Amirul boleh buat. Sebab dia ada tak pergi sekolah 2 hari sebab sakit hari tu. Tak ada apa yang menggumbirakan saya bila tengok result anak bagus. Ni untuk paper Sains. Dia kata, ada 9 orang lagi dapat full marks dalam kelas dia. Wah, saingan sengit ni. Takpe, saya tak nak push dia dapat nombor satu ke apa, saya cuma nak dia enjoy alam sekolah dia.

Tau tak, hari-hari Amirul bawak bekal ke sekolah, sejak hari pertama sekolah dibuka lagi tahun 2010 ni. Hari-hari, kecuali ada satu hari, saya mogok, tak buat kerja rumah, jadi husband yang buat sandwich Amirul ke sekolah. Duit belanja bagi juga, kalau dia tak belanja, masuk tabung, dia simpan. :)

Sulaiman pulak, boleh main sendiri, kalau kena moodnya. Saya boleh online, jawap email orang, atau pun masak di dapur, dan dia tak kan kacau saya. Hafizan pulak yang terbalik, bila tengah malam, dia masuk tidor dalam bilik dengan mamanya dan bapaknya.

Tengok ni, budak kecik asyik dengan notebook barney nya. Hadiah dari makcik. Masa Amirul kecik lagi, kira, mainan turun temurun la ni, dah turun ke Sulaiman pulak.
Awan mendung berarak kelabu dah pergi. Harap pergi jauh-jauh dan mentari memancarkan sinarnya. Tapi memang panas pun sini, tak hujan pun.

13 comments:

  1. wahhh...pandainyerr adik mirul ni..

    comel!! :)

    ReplyDelete
  2. suka tgk klu anak2 ceria kan...bahagianya hdp seorg ibu...

    ReplyDelete
  3. Nurhayati,
    hehe, timasih. :)

    Ros,
    betul tu, Ros. Tak de benda lain takpe, yang penting, anak sihat.

    ReplyDelete
  4. salam yati. melor pun gitu klu anak2 chat, gembira, melor senang hati. Gi2 la klu kita dah jadi ibu. anak dara melor pun darjah satu. tapi tak de la pulak dia bwk balik kertas ujian.

    ReplyDelete
  5. Hi Melor.
    Oo ye ke, darjah 1 jugak. Cikgu simpan agaknya kertas tu. Bukan semua subjek pun cikgu bagi.

    ReplyDelete
  6. skrg kesian tgk ank2 belajar...sbgai cikgu kekdg trpaksa mengikut arahan pihak atasan w.pn trkadang xsesuai dgn thp kanak2. mmg tekanan mkn ketara pd kanak2.....kesiankn mrk.
    tahniah utk Amirul!!!

    ReplyDelete
  7. Itu la kak. Dia baru darjah 1. Tapi nak buat camana. Aktiviti wajib, kena turut serta jugak.

    ReplyDelete
  8. sama macam siratu, dah 2 bulan berskolah, so kena hadapi ujian le pulak...tp belum dpt resultnye lagi...cuma baru2 ni dia ada bagitau dia dpt result for bahasa arab...70%. betul tu yati, takda perkara lain yg membahagiakan hati seorg ibu selain dpt melihat anak2nya sihat walafiat.

    ReplyDelete
  9. KakSu,
    wah, bagus jugak result bahasa arab siratu. Bahasa arab Amirul ni, tak tau apa cerita. :)

    ReplyDelete
  10. Rafidah,
    hehhe... tapi perangai sorang2, sabor je la. Pengsan nak melayannya! :D

    ReplyDelete
  11. heheheh perangai tu biasala kan...silap2 jadik tarzan..dok menjerit kan hehehe

    ReplyDelete
  12. Ha ah, dia orang ni pun satu. Cakap elok2 tak dengor, nak tunggu mamanya jerit baru nak bergerak. Hehhee...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea