Tuesday, March 30, 2010

Lemah

Dah 2 hari dah lemah-lemah anggota badan. Tak demam pun. Ntah, macam kena flu, tapi takde flu, dia lenguh, tulang semua sakit-sakit.

Dah lama tak tulis kat blog, sejak balik Kelantan. Biasa, masa tu penuh dengan urusan kat rumah.

Gambar ni amik guna handphone. Sebab camera kami kan tak leh shoot outdoor. Tengok ni, Amirul dah dapat tali pinggang kuning, taekwando. Bukan main suka lagi. Bila master tanya, siapa nak masuk tournament kat Sitiawan lagi 2 minggu, siap ambil borang lagi budak ni. Tapi Yati tak nak sign la, saya tak rela, saya tak nak anak saya masuk, nanti dia kena pukul kang.

Tik tok, dah nak masuk bulan April.
Perkembangan cross stitch saya sangat perlahan. Satu hari, dapat jahit cinonet je. Cinonet, cinonet, hasil pun cinonet.
Dear kawan-kawan SAL ku, kalau Yati melambatkan ALynn, Kak Nisa dan Kak Shima dari terus ke projek Summer, sila la teruskan ye. Yati jahit everytime boleh jahit. Tapi progress amat lambat.

5 comments:

  1. wah...terer lah hero akak... nnti nk hntar anak Ina joint tkwndo jgakler...hehehe berangan lebih...

    ReplyDelete
  2. patutla lama senyap..yati gi kelantan rupanya.....best jalan2?

    ReplyDelete
  3. salam,

    tak merajuk ke nnti amirul sbb yati takmau kasi join tournament? hehe! pandailah mak dia pujuk nnti ye dak :)

    ReplyDelete
  4. tahniah utk amirul....
    Mayb yati penat kot....maklum la jln jauh lak tu...moga cpt sembuh ok.

    ReplyDelete
  5. Ina,
    join, join, jgn tak join. Boleh improve social skill budak2 ni dan jadi lebih berani. :)

    Rafidah,
    Best la, tapi tak puas, sebab balik kelantan 3 hari je.

    Lynn,
    ala, tak kasi join je. tapi kalau setakat nak tengok tournament, boleh bawak. Baru masuk, bior la dia advance sikit baru lawan orang. Hehhe.

    Kak nza,
    timasih kak.
    Yati demam la kak. Dah baik dah. :D

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea