Tuesday, March 30, 2010

Lemah

Dah 2 hari dah lemah-lemah anggota badan. Tak demam pun. Ntah, macam kena flu, tapi takde flu, dia lenguh, tulang semua sakit-sakit.

Dah lama tak tulis kat blog, sejak balik Kelantan. Biasa, masa tu penuh dengan urusan kat rumah.

Gambar ni amik guna handphone. Sebab camera kami kan tak leh shoot outdoor. Tengok ni, Amirul dah dapat tali pinggang kuning, taekwando. Bukan main suka lagi. Bila master tanya, siapa nak masuk tournament kat Sitiawan lagi 2 minggu, siap ambil borang lagi budak ni. Tapi Yati tak nak sign la, saya tak rela, saya tak nak anak saya masuk, nanti dia kena pukul kang.

Tik tok, dah nak masuk bulan April.
Perkembangan cross stitch saya sangat perlahan. Satu hari, dapat jahit cinonet je. Cinonet, cinonet, hasil pun cinonet.
Dear kawan-kawan SAL ku, kalau Yati melambatkan ALynn, Kak Nisa dan Kak Shima dari terus ke projek Summer, sila la teruskan ye. Yati jahit everytime boleh jahit. Tapi progress amat lambat.

Tuesday, March 16, 2010

Beatiful Blogger Award


Should be packing, tapi online kali terakhir sebelum balik, untuk settle beberapa benda. Singgah blog Kak Shima. Kak Shima bagi award la. Thank you, kak. :)

Sesiapa yang belum pernah terima award lagi, sila la amik award ni ye. Every blog is beautiful, sebab unik hasil tulisan dan karya masing-masing.

Good bye everyone, Yati nak jalan jauh ni.

Monday, March 15, 2010

Spring SAL - 9th Update


Ha? Entry ke sembilan update SAL? Bila la saya nak siap ni...
Berikut progress saya setakat semalam.

Saya tak upload gambar progress untuk projek yang satu lagi. Kasi suspense sikit.

Juga, Yati kena tinggalkan projek SAL ni buat sementara, nak pulun jahit projek stitch-a-photo, sebab tuan punya potret dah buat payment.

Juga, Yati tak dapat online sebab plan nak balik jauh.... ke Tumpat.

Bye bye...!

Thursday, March 11, 2010

Strawberry ice-cream felt keychain...


... ni on the way pada Sufia, yang order pattern stitch-a-photo.

Sufia, regular customer Yati & Stitch. Pembeli sejak March 2009. Dah 3 pattern yang Sufia order. Bawah ni, courtesy of Sufia, gambar latest stitch-a-photo yang dijahit oleh beliau. Foto Disney Princess dan castle, yang dihadiahkan pada niece nya. Rajin aunty nya jahit. :D

Thanks Sufia, kerana setia membeli di Yati & Stitch.

Monday, March 08, 2010

Little Star

Sepatutnya, sibuk menjahit. Tapi penat melayan cross stitch dan anak-anak, jadi break jap dengan buat little star ni. Khas untuk Aima, yang beli 3 item garage sale dari kedai Yati.

Cuaca sangat panas. Semalam, Sunday, kami pergi sekolah Amirul sebab ada test taekwando. Tak ada gambar untuk peristiwa kat luar ni, camera nazak kami tak boleh ambil gambar outdoors, sebab dia akan terlebih exposed flashnya. Pertama kami kami tengok orang test taekwando. Oooo... itu macam ka. Yang merah hitam dan hitam punya belt, dengan papan tu. Haiya, saya tengok banyak gerun. Terer-terer budak-budak ni semua. Dia punya instructor lagi terer. Itu pun Master nya tak beraksi, sebab sibuk menilai budak. Kan bila orang lawan bola, bila bola keluar padang, referee jaga line tu angkat bendera, bendera tu kan ada bunyi. Haaa, ni, bila instructor tu angkat kaki, tunjuk tendangan, ada bunyi tu.. wush.. wush... hui... sungguh tangkas. Tak tau lagi Amirul pass ke tak. Tunggu next Sunday. Hehhe.. till then, babai and take care, everyone!

Sunday, March 07, 2010

Nurell's Craft Giveaways!

Sweet kan giveaways kat atas? Nurell's Craft first giveaway. Untuk join, boleh klik sini.
Giveaways di atas termasuklah:
  • 1/2 meter of blue-heart Grossgrain ribbon
  • 1/2 meter of pink-heart Satin ribbon
  • a dozen of oval cream buttons
  • a pack of sweet buttons
  • 5 pairs of colourful glitter hairclips
  • 1 crocheted flower Brooch
  • 1 wooden butterfly HP Straps (100% Handmade from Jogja-Nurell's Craft is prime distributor for Sabah region)
  • 1 small butterfly wooden pin (100% Handmade from Jogja-Nurell's Craft is prime distributor for Sabah region)
  • Felted cupcake

Giveaways berakhir pada 25 March 2010.

Friday, March 05, 2010

My Precious


Dengan camera nazak, susah nak ambil gambar budak-budak ni. Lagi-lagi Sulaiman yang tak boleh duduk diam. Suruh Amirul dukung Sulaiman, dia tak suka pulak. Alhamdulillah. Suka tengok dia pi sana, pi sini. Biarlah rumah macam tongkang pecah pun, biarlah buat bising macamana pun, saya suka, sebab dia orang sihat.


Oh, camera saya memang macam ni. Dari hari tu lagi kan, bila ambil gambar, dia keluar garis-garis. Nanti la dulu beli camera baru. Hafizan pun dah ok.

Amirul sibuk minggu ni. Kesiannya budak-budak sekarang. Dia orang ada monthly test, setiap bulan. Kita dulu, satu penggal, ada sekali je periksa kan. Ni, baru habis test hari tu, sebelum cuti sekolah seminggu bulan ni, ada test lagi, dah dapat dah jadualnya. Hari sabtu ni, ada Kem Solat. Hari Ahad ni pulak, ada test taekwando.

Bulan lepas punya test ok. Bulan ni tak tau la, harap Amirul boleh buat. Sebab dia ada tak pergi sekolah 2 hari sebab sakit hari tu. Tak ada apa yang menggumbirakan saya bila tengok result anak bagus. Ni untuk paper Sains. Dia kata, ada 9 orang lagi dapat full marks dalam kelas dia. Wah, saingan sengit ni. Takpe, saya tak nak push dia dapat nombor satu ke apa, saya cuma nak dia enjoy alam sekolah dia.

Tau tak, hari-hari Amirul bawak bekal ke sekolah, sejak hari pertama sekolah dibuka lagi tahun 2010 ni. Hari-hari, kecuali ada satu hari, saya mogok, tak buat kerja rumah, jadi husband yang buat sandwich Amirul ke sekolah. Duit belanja bagi juga, kalau dia tak belanja, masuk tabung, dia simpan. :)

Sulaiman pulak, boleh main sendiri, kalau kena moodnya. Saya boleh online, jawap email orang, atau pun masak di dapur, dan dia tak kan kacau saya. Hafizan pulak yang terbalik, bila tengah malam, dia masuk tidor dalam bilik dengan mamanya dan bapaknya.

Tengok ni, budak kecik asyik dengan notebook barney nya. Hadiah dari makcik. Masa Amirul kecik lagi, kira, mainan turun temurun la ni, dah turun ke Sulaiman pulak.
Awan mendung berarak kelabu dah pergi. Harap pergi jauh-jauh dan mentari memancarkan sinarnya. Tapi memang panas pun sini, tak hujan pun.

Wednesday, March 03, 2010

Pay Day!

Kesinambungan cerita Hafizan kena langgar hari tu.

Bukan saya cakap. Cik kak yang langgar anak saya yang cakap. Dia kata, tak nampak Hafizan, sebab MyVi tu ada situ.

Semalam, nak tau tak apa jadi kat MyVi tu?
Accident! Depan remuk! Tayar sebelah takde! Tow-truck kena bawak pi bengkel.

Ok, 50% dari saya, nak tepuk tangan dan hoye! Hoye!
Tapi 50% lagi, tak harap apa-apa pun berlaku kat dia atau sesiapa saje, walau pun mereka ada buat benda tak betul atau buruk terhadap saya. Siapa la saya nak berdendam dan menghukum orang. Biar Allah SWT saja yang balas.

Isy, ish, devil is part of me.
Maafkan saya. Saya sebenarnya tak macam ni.
Sudah-sudah la tu. Saya pun nak go on.

Ala, dia tak apa-apa pun. MyVi yang accident tu la. Dia husband and wife kerja gomen, takde masalah la nak repair, insurans boleh cover. Kena bayar saman je 300 ratus, sebab dia salah. Lagi pun, dia belum amik anak dia kat nursery lagi. Kalau dia dah amik, bagus jugak, boleh anak dia demam terkejut 2 minggu macam Hafizan.
Masya-Allah, jahatnya aku ni.

Tapi kalau Hafizan nak pi jalan pun tak nak, kena dukung, bila tanya nape nak dok rumah, dia kata, nanti orang langgar, apa yang boleh dibuat lagi? Boleh tak kembalikan anak saya seperti sediakala, gembira bermain basikal dengan abangnya? Boleh tak hilangkan trauma anak saya ni?

Tuesday, March 02, 2010

Sararisa's Giveaways 2010

Sempena anniversary Sara dan hubbynya yang ke-6 pada tahun ni, Sara ada buat giveaways di blog beliau!

Tarikh tutup giveaways ni pada 11 Mac 2010.
Banyak yang Sara nak bagi, antaranya:
~ 60++ fancy button
~ 1 set love sticker
~ 3 set wooden heart shape
~ 20pc satin flower
~ alphabet confetti
~ love confetti
~ flower shape sequin
~ 2 pc butterfly memo clip
~ 15pc assorted eva foam applique
~ lace border flower
~ 2pc love cross stitch
~ 1 pc love applique
~ DAN JUGA HADIAH MISTERI!

Thanks pada Sara yang bermurah hati buat giveaway ni. Semoga Sara dan hubby berbahagia hendaknya hingga akhir hayat.