Sunday, February 14, 2010

Spring SAL - 7th Update


Sebab petang nanti nak balik rumah mak, jadi buat entry update SAL ni lebih awal. Sebab dok rumah mak, tak boleh online.

Kan ada lebih kurang 15 hari untuk setiap entry update. Jadi, Yati plan, 13 hari jahit order stitch-a-photo dan 2 hari jahit projek SAL kita ni. Tapi, ada hari tak jahit langsung, sebab tidor, sebab mengantuk, sebab makan ubat selsema, minggu ni tak berapa sihat, ambil ubat kat klinik 1 Malaysia, ubat dia kuat, patut la dia bagi sikit je, cuma satu strip ubat selsema dan vitamin C, sebab bila makan ubat, lemah je, nak tidor dan tidor mati.

Ada hari yang lebih sihat pulak, time pegang jarum, Sulaiman jaga. Time Sulaiman jaga, Yati tengah pegang jarum. Jadi, tak leh jahit. Ikut mood Sulaiman jugak, time dia kenyang dan mood baik, dia bagi mak dia buat kerja. Tapi selalunya, tangan dia yang cepat tu dengan pantasnya grab kain yang sedang dijahit dan diramasnya, lalu memaksa Yati memekik, "Aip!" dan Sulaiman bukan nangis pun dimarah, tapi dia sengih balik kat kita.

So, ok, ni la progress Yati setakat ini. Bumbung rumah pun belum lepas daaa...


Berikut progress projek Yati yang satu lagi.

Ok, babai everyone. Nak balik kampung, tanam jagung.
Happy Chinese New Year, happy holiday, budak-budak ni seronok tengok tarian singa kat rumah semalam.
Gong Xi Fa Cai!

12 comments:

  1. wah makin cantikla stitch a photo tu....

    ReplyDelete
  2. KakSu,
    tq kak. Semangat nak menjahit ni. Cuma masa je kurang. :)

    ReplyDelete
  3. dh byk dah akak nye sal...cntiklah... akak nyer gmbr customer tu pn cntik... besar lak tu...penyabar tol akak ni...kalo ina mau mkn tahun tu...

    ReplyDelete
  4. yati,
    wah.. 2-2 pun projek besor...
    hepi stitching yati...

    ReplyDelete
  5. moga cpt sembuh...n slmat brkarya...

    ReplyDelete
  6. kak yati...tq for d chart...tak sabar nak siapkan..tapi saya bukanlah fast stitcher mcm kak yati... huhu...baru dapat 1 sudut atas...rambut dia pun tak nampak jelas lagi.. geram tgk akaknya dah nampak muka org... by the way..thanks for d bobbin...sehari suntuk menggulung benang... tq tq

    ReplyDelete
  7. oh ya ..satu lagi nak tanya.. akak guna kain aida brp CT utk stitch-a-photo tu? dan brp strand guna? tq...

    ReplyDelete
  8. Ina,
    timasih. Oh, kena sabar buat projek besar. Lagi pun, ni kan cara akak cari makan dari rumah.

    Kakyong,
    Tq kak. You too..!

    Kak nza,
    timasih. Dah baik aritu. Sakit balik ari ni. :(

    Balkhis,
    takpe la balkhis. Buat pe nak buat cepat-cepat. Take yout time, dan enjoy every moment.
    Dah selamat gulung benang ye.. Mesti cantik!
    Untuk projek stitch-a-photo akak di atas, akak guna 9ct Aida, 6 strands.

    ReplyDelete
  9. oh ya ka... saya pun lebih kurang saiz itu la..tapi guna 3 strands ja...mesti hasilnya tak cantik mcm yg akak buat kan... :-( ...akak jual ke kain aida 9ct tu? brp harga semeter?

    ReplyDelete
  10. wah, cantik... :D

    tapi cam susah je tu nak buat..

    ReplyDelete
  11. yati..

    kakyong ni kan memang buta tau nama2 kain ni.. yg pasti la ni yg kakyong guna fabric yg kotak2 kecil yg rm49.90 1 meter.. kalo jahit guna 3 strand memang cantik & padat..

    ReplyDelete
  12. Balkhis,
    selagi tak siap, tak boleh nak cakap jugak, cantik ke, tak cantik ke. Ikut mata kita la. Kalau kita guna kain apa2 pun, kalau nak hasil cantik, kita perati, sama ada antara benang yang telah dijahit, ada lubang tak. Kita kalau boleh, tak nak nampak lubang. Tapi kalau ketat sangat, guna banyak strand, susah jugak. Ikut masing2 punya selera la Balkhis, kita yang buat, kan. :)
    Akak beli kain 9ct tu, RM25 semeter.

    Kyuubi,
    timasih. :)
    Tak de la susah sangat. Yang penting, kena ada minat.

    Kakyong,
    Oh, tu tak silap, 14ct atau 11ct. Mahal tu. Ha ah, memang sesuai 3 strands.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea