Monday, February 22, 2010

Saya dah balik...! :D

Bukan balik dari hutan. Memang aritu saya ada cakap, nak lari masuk hutan. Tapi mana boleh. Gila ke apa, kalau saya lari, sape nak jaga budak-budak ni.

Saya baru balik hospital. Bukan Hafizan. Hafizan ok. Dia ok lepas kena langgar kereta tu. Tapi lepas 24 jam, dia cirit-birit dan muntah. Sulaiman yang masuk hospital. Kami bawak Hafizan dan Sulaiman check hospital. Hafizan tak kena tahan. Sulaiman yang kena tahan wad. Sebab dah lemah sangat. Dia cirit dan muntah sejak hari Selasa. Sejak cuti raya cina hari tu, sejak dari rumah opah lagi. Dah 3-4 hari dia tak makan. Jadi, kena tahan wad.

Tau tak, saya dan Sulaiman dibawa ke wad dari tempat kecemasan naik ambulans? Pertama kali dalam hidup saya, naik ambulans. Wad tu, kat bangunan lain. Kami pulak tak tau jalan nak ke sana. Jadi, staff kecemasan kata, dia orang hantar naik ambulans. Agak jauh jugak. Kalau jalan kaki, peluh ketiak, cuaca panas cam sekarang. Kena naik kereta.

Masuk wad 3, wad kanak-kanak, hospital Batu Gajah. Saya la yang duduk hospital dengan Sulaiman. Masa abang dan budak-budak ni ada, ok. Tapi bila dah habis waktu melawat, dia orang kena balik, sunyi je rasa.
Sunyi, sesunyi-sunyinya, macam sorang-sorang dok dalam dunia. Tapi saya kena kuat. Tak lalu makan pun, kena sumbat jugak, walau pun, tau la kan, makanan hospital macamana, tapi sumbat jugak, kalau tak, takde energy, camne nak jaga Sulaiman. Sulaiman sangat lemah. Ujian darah tunjuk garam dalam badan semua dan keluar. Tu pasal dia dah tak larat jalan dan cakap.

Kalau keluarga korang ada yang masuk hospital, korang pergi melawat tau. Dia orang tak harap buah tangan mahal ke apa, kehadiran korang je dah cukup bagi kekuatan pada orang sakit di hospital. Saya ni, family takde pun melawat. Sangat jeles tengok orang lain, tok nenek, pakcik makcik, semua melawat budak2 lain yang sakit. Nasib baik ada sorang officemate abang datang melawat. Tapi saya tau, walau pun susah, ada orang lain lagi susah.

Ada orang, dah seminggu dok hospital. Anak fever sampai 39 Celcius, tak surut-surut. Majoriti budak-budak kat wad kanak-kanak ni, mak yang stayback kat hospital. Kalau baby yang masih susu badan, kita boleh faham. Tapi kalau yang dah besar, dah tak minum susu badan, mak jugak yang jaga. Ada sorang tu, dia pregnant, anak dia demam, due date dia bulan 3, tunggu hari je nak beranak, tapi kena dok hospital jaga anak. Agaknya, kebanyakan bapak-bapak sekarang, tau buat anak je kot, tak boleh harap nak jaga anak sakit kat hospital.

Jadi, saya kena kuat. Kalau rasa susah, orang lain lagi susah dari saya.
Malam, tak boleh tidor. Tengok Sulaiman je. Nafas turun naik. Kejap-kejap jaga. Nasib baik jugak, walau pun dia tak lalu makan, tapi dia minum jugak susu badan. Sulaiman kena masuk air. Takut bila dia tidor, wayar air tu terlilit kat leher dia. Tidor pusing-pusing. Dua kali gak kena cucuk. Sebab sekali, dia tarik keluar wayar air tu, darah menitik-nitik. Kecut Yati, cepat-cepat panggil nurse. Dia cucuk lain. Tangan yang sama.

Esoknya, masa doktor round, saya tanya, boleh balik tak. Doktor bagi balik. Sebab Sulaiman punya cirit pun dah tak watery sangat. Dan Sulaiman dah nak makan. Kami bawak balik.
Walau pun Sulaiman masih lemah, masuk dalam kereta je, dia senyum.

Hari ni, Syukur Alhamdulillah, Sulaiman dah makin pulih. Hafizan pulak sakit. Harap keadaan dia orang makin ok.

Terima kasih pada semua yang tinggalkan komen untuk Yati masa Hafizan kena langgar aritu. Memang saya naik hantu hari tu. Bukan sehari, tiga hari saya rasa macam nak makan orang je. Tapi sekarang saya dah ok. Masih belum sempat nak membalas dan melawat blog setiap yang tinggal komen. Komen panjang ke, satu ayat je ke, tapi kalau apa yang anda cakap, tak tercapai oleh akal saya, dan buat saya berfikir, itu satu satu benda berharga untuk saya. Saya harap satu hari nanti, dapat bagi benda atau gift pada setiap orang. Sekarang mungkin tak boleh. Tapi kalau boleh, in future, saya akan bagi.

16 comments:

  1. owhh anak yg kecik pulak yg sakit ye...hope cepat sembuh...mungkin musim kot..anak sara yg kecik ni pun demam,kejap ok kejap demam...takut2 denggi je...huhuh...sume cross stitch ke apa ke terbengkalai dulu...

    ReplyDelete
  2. sis yati,

    yeah dah balik umah!! lega kan? byk2 rehat, just tumpu pd anak2 yg tak sihat tu. lynn doakan semoga semuanya selamat dan mendapat lindungan Allah swt..

    ReplyDelete
  3. Yati, semua tu part and parcel of being a parents... langit tidak selalu cerah... bumi tidak selalu kering... ketentuanNya kita redho, sujud selalu..... InsyaAllah... Ia tahu apa yang ada dalam hati kita... Sabar dik....!!

    ReplyDelete
  4. Sararisa,
    macam tu la kita ni, sebagai ibu. Kesihatan anakla yang paling penting.

    Lynn,
    lega sangat. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
  5. alahai.. anak kecik plak yg masuk wad. takpe..kjap lg sehat la tu..

    ReplyDelete
  6. kesiannya, Sulaiman lak yg sakit. Moga cpt sembuh.
    Gitulh keadaan hr ni yati, ibu lebih tanggung jawab dr seorg bapa.W.pn xsemua ttp hakikat mmg begitu. Seorg ibu sanggup brkorban apa saja utk ank2 n xsnggup tgk ank susah...Myb org lelaki lain, depa nk ank brsusah2 dahulu....

    Sbgi isteri n ibu, trlalu byk pengorbanan yg perlu kita lakukn n tempuhi dr segi tenaga n mental..perlu byk brsabar kekdg kita xmampu utk menanggungnya w.pn trkadang membakar diri.......

    ReplyDelete
  7. Alhhamdulillah smua dh beransur sihat..
    Skrg ni mmg musim la.. ank2 ngan aku skali pun kena arituh.. now smua dh ok..

    ReplyDelete
  8. Dugaan datang serentak...lepas ni baru akak leh rehat plak... kesihatan ibu lg pnting spy bley kuat utk jg anak2... semoga hari2 mendatang akan lebih baik...

    ReplyDelete
  9. Salam Yati,
    ini semua dugaan dari Allah. Sabarlah. Memang ada orang yang lagi teruk nasibnya. Apa2 pun kita mesti bersyukur. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. KakDee,
    Terima kasih, kak. I lap u! :)

    BalkisMR,
    harap2 macam tu la Balkis. Susah kita kalau anak sakit.

    Kak nza,
    Tq kak. Yati appreciate semangat yang akak bagi. I lap u...!

    Arip,
    ooo ye ke? Ha ah, cuaca panas kan. Doktor pun cakap, elok jangan bagi anak keluar after 9 am, dan petang pun, after 6 baru keluar main. Tapi, dok rumah je la, tak payah keluar. Senang cerita. Hehhe.

    Ina,
    Terima kasih, Ina. Memang itu la doa kakYati siang malam. Bagi anak2 sihat. Kita sakit takpe, kalau anak sakit, susah.

    Kak Hanim,
    thank u, kak. Ye, Yati bersyukur, sebab tau, semua yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. minta maaf byk2 akak mungkin terlepas pandang pasal n3 hafizan kena langgar. harap yati bersabar..dugaan tuhan semuanya..itu tandanya Dia masih ingatkan kita sbb tulah kita diuji. macam akak hari tu tiba2 sikecik kena 'tarik' akibat dmm yg terlalu panas, akak jadik risau sampai tak berselera nak makan. akak pun penah stay kat hospital dan tau sgt betapa sunyi dan tensionnya stay kat hospital, tapi apakan daya, terpaksa tempuh semua tu demi anak2..kuatkan semangatmu

    ReplyDelete
  12. KakSu,
    ye ke kak. Itu la kan, susah kalau anak kecik sakit ni.
    Timasih kak, sayang kakSu!

    ReplyDelete
  13. take care both...yg dirawat selamat cepat sembuh dan yg merawat kena selalu sihat...

    ReplyDelete
  14. Kak Aida,
    thanks. Alhamdulillah, anak2 dah sihat. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea