Thursday, February 18, 2010

Hafizan kena langgar

Kami dah nak balik rumah dah. Hafizan naik basikal, paling depan. Yati tengah-tengah, tolak Sulaiman dalam stroller. Amirul kat belakang, naik scooter dia. Yati dah nampak dah kereta tu, slow je, di balik MyVi yang parking di tepi jalan. Usually, ni la masanya Yati akan jerit, "Tepi! Tepi!" kat budak-budak ni. Tapi Yati tak jerit, sebab Hafizan naik basikal tepi jalan, bukan tengah jalan. Tapi kereta tu langgar Haifzan jugak! benda ni berlaku di selekoh dekat rumah. Kereta tu nak pergi kanan, dia maik tepi sangat. Tapi dia bawak slow. Dia langgar Hafizan! Bunyi dangat menggerunkan. Bunyi benda patah. Yati jerit macam orang gila. Siap tunjuk penumbuk kat driver kereta. Pompuan bawak kereta. Kami ceapt-cepat ke tempat Hafizan. Orang tu dok check hafizan, dirikan Hafizan, dirikan basikal. Yati terjerit-jerit, "Buta ke? Tak tengok depan ke? kalau anak saya tengah jalan, awak nak langgar logik jugak, tapi anak saya tepi jalan!
" Tak reti bawak keta ke? "Maap kak, saya tak perasan. Saya tak nampak. " Tak nampak?" " Dia dok balik keta, saya tak nampak, dia kecik" Yati cakap sambil jerit, terketor-ketor. Yati check Hafizan, tangan luka sikit. Kaki, badan , kepala, takde apa yang berdarah. Ada indon sorang, maid sorang jiran ni, cakap, tenang kak, bawak balik rumah, minum air. Terkejut ni. Haifzan nangis kuat gila. Yati dukung dia balik rumah. Sambil membebel, orang pompuan tak reti bawak keta, bodoh, setan, buta, bla-bla.
Sebelum tu, sempat mintak business card dia. Dia cakap, doa dok rumah nombor 5. Jalan yang sama rumah kami. Dia blah. Kami balik rumah.
Sampai rumah, check hafizan lagi sekali. Nampak ok. Tipon abang, abang pulak kerja Sitiawan pulak hari ni, buat ppa, tak boleh balik segera. Sulaiman dah 2-3 hari demam, merengek nak tidor. Yati tidorkan Sulaiman. Tengah goyang-goyang buai, orang tu datang depan rumah. Yati bukak pintu. Dia ajak pi klinik. Yati cakap, tunggu bapak budak balik. Dia kata, takpe la, dia pun tak sedap hati nak pi kursus, takut ada apa-apa. Jadi, kami pi klinik Dr Azhar, naik kereta dia. Diam je dalam kereta. Yati tak tau apa nak react. yati nak sangat pelangkung kepala dia, cekik dia, maki dia. Tapi Yati diam. Sampai klinik, doktor belum sampai. Ye la, belumm pukul 9. Bila doktor sampai, kami orang pertama dipanggil. Dr check. Ada pengsan? Ada muntah? Takde. Tapi kalau dalam tempoh 24 jam ada, kena bawak pi hospital. Dr sapu ubat luka kat tangan Hafizan. Kena langgar kat mana? Kat rumah. Geleng kepala doktor. Doktor bagi ubat sapu untuk luka. Kami balik rumah, orang tu hantar. Yati tak tanya nama dia lagi. Dia bayar ubat Hafizan. Dia hulur 50 ringgit, dia kata, repair basikal Hafizan. Roda cabut. Yati hulur diary Yati, minta dia tulis nama dan nombor telefon.
Diaminta diri. Dia minta maaf, Yati pun minta maaf sebab jerit kat diatadi. Dia kata, kalau jadi kat anak dia pun, dia jerit jugak.
Dah selamat semua, baru abang balik. Sulaiman muntah.
Yati tak tau. Bunyi tu sangat kuat. YAti takut. Tapi nasib baik Hafizan takde apa. Benda tu berlaku depan mata Yati. That's it. No more morning walk for me. Yati tak mau. Yati juga tak mau budak2 ni main kat luar lagi. Nak tau tak apa? Selama ni, almost everyday Yati cakap kat abang, Yati tak suka orang yang ada 2 biji kereta, yang park kereta kat kuar rumah, kat tepi jalan. Yati sangat-sangat tak suka orang yang ada 2 kereta, tapi letak kereta depan rumah jiran. Dan hari ni, betul-betul terjadi. Sebab keretta yang diparking di tepi jalan, orang tu tak nampak Hafizan, dan langgar Hafizan. Orang tu pulak bawak keereta tepi, Yati tau, dia tak tengok deapan, dia tengok anak dia kat kerusi belakang. Anak dia dok kat backseat, dia bawak kereta slow, might be sebab dia teangh cakap dengan anak dia. Dia taktengok deapan. Tak nampak Hafizan.
Yati masih tak boleh lupakan saat tu, bila benda tu berlakau. yati ingat, Hafizan dah kena gelek dah dengan kereta. dia kata, side mirror dia bengkok. tak tau kena kepala, atau basikal Hafizan.
Yati tak tau la. Selama ni, Yati dok complain pasal orang yang ada 2 kereta ni. bawak masuk la 2-2 kereta dalam kawasan rumah. Tak pun, beli rumah besar, yang ada garaj besar.
Malas buka internet, tengok email, layan customer, minta bukan -bukan. Tak nak usaha sendiri. Yati susah, semua sendiri. Tak de minta tolong orang. Nak benda, tak nak usaha sendiri. Tapi kaya. Tapi orang yang tak nak usaha ni, hidup senang pulak, boleh beli kereta. Aku ni, kereta kemik dan bocor, tak repair-repair. Nak makan pun, kena jual emas. Malas la layan karenah orang. Rasa nak lari dok dalam hutan. Buat rumah atas pokok, macam orang putih sorang tu. Dok dengan alam dan binatang.
Yati taip entry ni spontan. Tau ada banyak typo, tapi nak terus publish. Yati cuma nak keluarkan semua, dan publish terus. Keluar dari kepala. Yati appreciate customer semua, tanpa dia orang, Yati tak leh la cari makan. Selain niaga, Yati sendiri adalah customer. Cuma kadang2, tak masuk akal la, dan dia orang lupa yang kita ni manusia, ada perasaan jugak.
Need time to cool myself. Bye.

18 comments:

  1. klu jd pd ena.. mesti ena pon jerit cam akak juge..
    sabar ye..

    ReplyDelete
  2. Yati, KDee simpati..... Harap Yati banyak ber Istighfar...!
    Maaf jika KDee ada menyusahkan Yati juga.....!

    ReplyDelete
  3. sabar babe...ada hikmah tuh.....hang it there ok

    ReplyDelete
  4. seb baik anak akak xpe2...cume mngkin die kn fobia...same cam akak nyer fobia... n seb baik org tu kire bertanggungjawabler jugak... pe2 pun takziah n take care...

    ReplyDelete
  5. harapnya hafizan ok

    takpe yati,take ur time..biasalah kalau customer minta bukan-bukan,kita ni nak marah tak boleh jadi sabar je.

    saya doakan yg terbaik buat yati

    jgn sedih-sedih k :)

    ReplyDelete
  6. Masyallah, kesiannya Hafizan. Tringat peristiwa Farouk 2 minggu lepas..lg dasyat yati, dhlh digilis moto, sipemandu tu tinggal begitu jerrr...trgolek kt tengah jln...Farouk pn kt tepi jln time kena langgar tu....
    Alhamdulillah, polis dh dpt cr org yg langgar tu..ank kwn sekerja abg rupanya....

    2lh, kt tmn pn dh xslamat. Risau dgn keselamatan ank2..dh le xde tmpt nk main, sekali kluar dh kena langgar lak....

    Mujur gak sipemandu tu brtanggung jawab xmcm yg langgar farouk.
    Moga Hafizan bransur sembuh....

    ReplyDelete
  7. Salam kak Yati.

    Alhamdulillah, syukur takda apa2 anak akak. Kat mana2 pun ada masalah parking kereta ni kak.

    Kat rumah saya pun gitu. Sekali bila jiran depan rumah ni buat gathering, jalan jadi sempit. Masa saya nak keluar lorong, ada kereta famili jiran tu nak masuk, hampir bertembung. Saya pun marah.

    Sampai hari ni, jiran depan rumah tu, jika ada famili or kawan dia datang dan nak parking depan rumah saya, mesti dia akan cakap kuat2, 'jangan parking depan rumah orang, nanti orang marah'. Macam dia nak perli saya..

    ReplyDelete
  8. salam,

    semoga segalanya baik2 saja pd hafizan, sulaiman juga yati. insyaallah..

    jgn lupa monitor anak tu 24jam. jgn kerana marah nnti yati jadi susah hati sgt sampai jatuh sakit plak. lynn doakan keluarga yati dari sini.

    ReplyDelete
  9. salam kak...hope anak akak tak de pape...mmg terkejut kalau dah depan mata kita... sabar n istifar banyak2 ye...

    ReplyDelete
  10. sabar kak yati. bes plak bace cite akak ni. bukan ape,, sbb kak yati ni mcm supermama je.

    ReplyDelete
  11. berderau gak baca posting yati kali ni, huhuuuhuu.. nasib baik hafizan x apa2.. kalo sy bukan jerit je, mau ada yg kena penumbuk.. anyway, bykkan bersabar ok..

    p/s : atas sbb tu la sy kalo buleh xmo drive unless asben ada kat sebelah or emergency je.. tak kita langgar org, org langgar kita lak..

    ReplyDelete
  12. haik, smlm ada kak nza post komen kt sini, knapa xmasuk lak....

    Camne dgn Hafizan 2 dy yati. Moga dh bransur ok. Mmg sebgai ibu, risau sgt dgn keselamatan ank2...2 minggu lepas tragedi ni kak nza alami. kak nza faham mcm mana perasaan yati...lg la kes langgar lari...Alhamdulillah, polis dh dpt kesan budk yg langgar farouk tempoh hari...

    Xtaulh, depan mata kita pn boleh jd...risau..dh xtau kt mana lg tmpat slamat utk ank2....

    ReplyDelete
  13. Sabar.. hrp2 semuanya ok.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Salam Yati...

    Kadang2 Allah nak uji kita sekelip mata je kan..
    Ibu2 semua mesti faham perasaan Yati skrg..Anak sakit demam pun kita dah rasa risau sesangat..ni kan pulak benda2 gini...Semua yg berlaku ada hikmahnya dan pengajarannya nye kan...Alhamdulillah Hafizan x apa2...InsyaAlah ini jd peringatan untuk org lain jgk...tu la kadang2 klu kita berhati2 pun, org lain plk penyebabnya..InsyaAllah, org yg Allah uji ni selalunya org yg kuat dan yg Allah sayang...dan terhapus sikit dosa2 kita klu kita redha...apapun,jaga diri dan anak2 tu baik2 ye....

    ReplyDelete
  15. yati,
    kdg2 ade hikmahnyer jd mcm ni.. hopefully yati dah cooldown.. kakyong memang x penah bw anak2 morning walk.. kdg2 tingin gak.. tp sbb masa bangun tidur anak2 tak sama.. apa2 pun, semoga hafizan tak apa2... tp mesti terkejut abis dia masa kena langgar tu... kdg2 org selalu amik mudah bila bawa kereta dlm kwsn taman..

    ReplyDelete
  16. salam kak yati...dari semalam saya baca entry ni..so sorry for what happened to hafizan.. dan terasa bersalah pula jika saya yg selalu membebankan kak yati dgn permintaan yg "bukan-bukan". sorry jika saya yg tergolong dalam customer yg sebegitu.... tapi ada my fren yg tgk gambar anak saya dan minat nak convert 3 keping gambar anak dia to dmc charts. Soalannya, boleh ka? takut pula nak order... takut menyusahkan. Gambar yg dia nak bagi tu akan di scan dulu dan saya akan forward melalui email jika kak yati masih sudi. Tq

    ReplyDelete
  17. terkejut akak baca entry ni.

    kesian hafizan.

    alhamdulillah hafizan tak apa2.

    ReplyDelete
  18. Ena,
    timasih. :)

    KakDee,
    timasih, kak.

    Rafidah,
    thanks. I'll try. :)

    Ina,
    thank u.

    Anasfadilah,
    Thank u. Yati pun tak nak sedih2 dah. Nak happy je.

    Kak nza,
    wah, dah dapat ye orang yang langgar Farouk tu. bagus, semoga dia dapat balasan setimpal.
    Tak tau la akak, nak lepas budak main kat luar pun, kita takut.

    UstazCahaya,
    Sabor je la jiran macam tu. Dia pulak yang perli yek..

    Lynn,
    Terima kasih. Yati appreciate sangat. (hugs...!)

    Sararisa,
    timasih ye.

    BalkisMR,
    tq. :)

    ALynn,
    Nasib, Tuhan bagi ujian. Redha je la. Thanks, ALynn.

    Ros,
    komen Ros selalu terkesan di hati Yati. Appreciate sangat2. Terima kasih..! (hugs...!)

    Kakyong,
    ntah la kak. Kalau dah bawak kete tak tengok depan...

    Balkhis,
    boleh, forward je la gambar.

    Ibu emy efy eqy,
    thank u kak.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea