Thursday, February 04, 2010

Birthday Hafizan




4 Februari - Birthday Hafizan, ke-4 tahun. Hafizan, anak kedua Yati, yang tak suka makan nasi, nak tengok Playhouse Disney Channel sepanjang masa, hantu ultraman, yang Yati breastfeed sampai 2 tahun lebih, yang tak memilih susu formula (madu, coklat, semua boleh), yang lebih faham English dari Melayu, yang masih potty-train, yang masih belum boleh bercakap dengan lancar (kadang-kadang ok, kadang-kadang orang tak faham. Sebelum ni Yati tak pernah risau dan dah start risau sikit sekarang), anak Yati yang paling cepat boleh berjalan (sebelum 1 tahun lagi), suka makan coklat, ada angin kus-kus macam Yati juga, punya suara paling kuat (kalau menangis, boleh kejutkan semua orang dari tidor), yang nak pergi sekolah macam abangnya sebab ingat dia dah besar, padahal baru 4 tahun, yang kami berhajat untuk hantar ke pre-school next year, bukan tahun ni, macam Amirul jugak.

Kami sekeluarga pergi sambut harijadi Hafizan dengan makan KFC. Balik rumah, mandi, dan semua orang tidor. Kecuali mama yang nak buat entry ni dan nak jahit pulak lepas ni.

Happy birthday sayang mama Hafizan.

8 comments:

  1. hepi besdy hafizan.moga jd ank yg soleh....tomey sgt...besdy hafizan beza sehari dgn kak naurah ye...lain kali boleh le aunty ingat....

    ReplyDelete
  2. salam ti,
    happy bestday untuk hafizan.... pengorbanan yati memang berbaloi... tengok anak2 besar depan mata... semuanya comel2 belaka...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Hafizan, moga jd anak yg soleh ....

    ReplyDelete
  4. dh besar anak akak...suke bace akak nyer describe psl hafizan... actually muke die mcm muke anak sedare ina...pun minat ultraman...
    bile tanye knapa suke ultraman...die jwb "ultraman suke tolong org"... hehehe... pepun happy birthday utk anak akak...moga die akan jd anak yg berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  5. happy birthday hafizan! semoga jadi anak yang soleh yer

    ReplyDelete
  6. salam,

    alamak..dah terlambat 2 hari laa! so, aunty ucapkan happy birthday kpd Hafizan, semoga panjang umur yg diberkati dan selalu dalam lindungan Allah swt. jadi anak yg soleh dan umat Nabi saw yg berjaya di dunia dan akhirat. insyaallah..

    ReplyDelete
  7. hepi 4th besday.. fikri will turn 4 @ 27 feb ni

    ReplyDelete
  8. Kak nza,
    on behalf of Hafizan, thank u! Hafizan pun, next year mesti ingat bday kak Naurah jugak!

    Kak Shima,
    Hehhe. terima kasih. Harap begitu lah.

    Ros,
    thank u aunty Ros (hafizan cakap dengan pelatnya)

    Ina,
    ooo ye ke. Thank u ye Ina, itu la doa kak Yati siang malam.

    Farah,
    thank u Aunty Farah! :)

    Lynn Nasir,
    Amin. Semoga begitu la hendaknya.

    Kakyong,
    oo, Hafizan tua sikit beberapa hari dari Fikri. Happy bday to Fikri also! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea