Thursday, January 14, 2010

Update SAL project

Yati tak banyak jahit kali ni. Sempat 2 hari lepas je. Selalunya, Yati suka jahit line by line, start dari atas. Tapi kat langit tu, benang color 800 dah abis, tak sempat plak ke kedai, jadi Yati jahit kat pokok tepi tu je.


Meh kita tengok dekat sikit.


Tu je la progressnya. Segan saya, sebab dah banyak ketinggalan.

Ni pun ada order stitch-a-photo dari customer. Baru prepare kain dan benang hari ni. Boleh start dah lepas ni.

Minggu ni, terima felt yang dibeli dari MSCraft Shoppe. Juga, cd PC game, ala-ala sniper, yang Yati beli kat eBay, untuk Encik Abe ku sayang, sempena anniversary dan birthdaynya pada this coming 18 haribulan.

Busy seperti biasa. Bekerja la kita sekuatnya.

13 comments:

  1. oyeh2..
    saya pun order kat mscraft gak..
    senang nak potong felt yang dia jual

    tapi kalau nak buat keychen, x sesuai la..huhu

    ReplyDelete
  2. Wahhhh... pandai nyer akak.. sy nie x tau lgsung.. owh.. jahit pakai benang ker.. cantekkk la.. creative nyerrr.. sukeee!!!

    ReplyDelete
  3. amboi patut le lama xupdate blog...rupanya gigih dok siapkn CS tu...

    ReplyDelete
  4. salam yati,
    kshima sukalah cara yati dan alynn buat sal ni...siapkan satu-satu tempat... kshima berterabur... macam orangnya.. he he he

    ReplyDelete
  5. KhairunCraft,
    ooo ye ke. Ni first time Kak Yati beli felt dari MsCraft Shoppe. Belum cuba lagi. Sibuk. Huhu.

    Ena,
    Timasih Ena ye. Ena pun boleh buat juga, kalau nak.

    Kak nza,
    gigih 2 hari je buat cross stitch. Lain hari, sibuk layan anak dan letih nak pegang jarum pun.

    Kak Shima,
    Salam kak. Ooo, sama je mana-mana cara pun. Masing-masing ada style tersendiri, ye tak. ^_^

    ReplyDelete
  6. Yati dah jahit banyak tu.... KD bolih ligan ker ni.... Yati nanti olih tunjuk ajar kat KD yer!!!!

    ReplyDelete
  7. Ok lah tu Yati...dalam dok sibuk2 tu boleh jugak buat SAL ni.. Yati, akak wonder camne nak jahit line by line ye? Agak unik dan interesting... Kena selalu tukar benang ke, ataupun sediakan byk jarum utk lain2 colour benang? Akak penah jumpa tips mcm tu dlm mags..

    ReplyDelete
  8. Kak Dee,
    sekarang Yati dah tak boleh jahit banyak dah. KakDee mesti boleh ligan punya.
    Boleh, no hal. :)

    ReplyDelete
  9. Kak Nisa,
    Jahit line by line. Yati start dari atas. Dah habis satu line, Yati tick, siap. Banyak jarum untuk setiap satu benang. Semua susun atas dulang. Jadi, tak payah asyik tukar benang je. Amik je bila ada colour tu, dah siap dengan jarum. Jadi sekarang Yati ada 2 dulang. satu, untuk projek SAL, satu untuk photo stitch Yati. ^_^

    ReplyDelete
  10. Yati.. dulu masa sy kena dok spital sebulan, sy guna style ni. susun jarum ikut kaler. mmg senang. tp sekarang dah malas.. hehehehehee tu dah nampak bumbung dah tu.. chantekkkkk

    ReplyDelete
  11. ALynn sakit apa dulu sampai sebulan dok hospital? Lama tu, memang mati kutu la kalau tak buat apa-apa ye.
    Ha ah, cara ni senang. Sebab YAti malas sikit nak cucuk jarum, sat cucuk jarum, kalau tukar benang. Baru nampak bumbung cinonet je ALynn, hik hik. Tak tau apa nasib SAL ni lepas ni.

    ReplyDelete
  12. dah makin menjadi..baru nampak bumbung..lepas ni boleh tgk bentuk umahnya...mesti cantik..best..tak sabar nak tengok hasil seterusnya

    ReplyDelete
  13. Kak Su,
    Ha ha, tak tau la lepas ni boleh nampak rumah ke tak, kak. Sibuk ngan projek lain pulak.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea