Monday, January 11, 2010

Sibuk dan letih

Lama tak jenguk blog. Komen kawan-kawan pun baru dapat balas hari ni. Masa tu sangat limited.

Sejak sekolah dibuka, rutin dah berubah. Amirul sekolah sesi petang. Kerja rumah semua kena buat cepat-cepat. Contohnya, lunch kena siap sebelum Amirul pergi sekolah. Karang tak makan pulak dia. Bekal pun bawak juga.

Sebelum pergi sekolah, homework kena siapkan. Kalau kita tak check, dia pun tengok tv je. Walaupun baru first week sekolah minggu lepas, tapi dah ada home work sikit. Periksa untuk tentukan kelas pada hari Rabu lepas, dan hari Jumaat, dia dah tentukan kelas. Ada 7 kelas darjah 1 semuanya. Walau pun Amirul tak masuk kelas pertama, tapi dapat kelas ketiga pun dah ok. Sebab memang Amirul tak lancar membaca lagi.

Sekolah habis pukul 6.20 petang. Tapi, dekat pukul 7 baru sampai rumah. Sebab kereta banyak. So far ok lagi, sebab Encik Abe tak kerja lewat. Kalau la dia kerja lewat, terpaksa la ambil Amirul sendiri, tak tau camana. Nak kena bawak 2 orang budak kecik ni lagi. Kalau hujan pulak, waa... tak tau la macamana. I guess, kena harung jugak kan.

Lepas maghrib, Amirul ke kelas mengaji (Iqra'). Dalam seminggu, 4 hari saja. Hari Ahad, Amirul ke kelas taekwando. Sangat suka. Yati yang excited sebenarnya. Harap Amirul dapat buat dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni.

Dan... dalam kesibukan, terima parcel yang dinanti-nantikan. Ingat tak yang Yati cerita pasal dapat extra cash dari jawap survey tu? Ha, sebab duit tu dah dalam paypal, ingat nak beli sesuatu, reward kat diri sendiri. Hehhe.

Selain beli gift untuk Encik Abe (PC game, Sniper), Yati beli floss bobbin, untuk koleksi benang Yati. Harga sangat murah, dia jual borong. Jadi, dah terjumpa kat eBay, terkam la.
Jeng jeng, ni dia... 500 pieces plastic floss bobbin dengan DMC floss labels sekali. Dari South Korea.


Sebelum - benang semua Yati simpan dalam kotak aiskrim atau tin butter cookies.

Selepas - benang yang sudah disusun. Saya sangat suka. Yati dok buat kerja ni la dari hari Jumaat lepas sampai Ahad. Siap masak, pergi gulung benang. Stop kejap, pergi urus anak. Pastu, sambung balik, pantang ada gap masa, Yati ke meja kerja Yati, gulung benang. Satu therapy hilang stress jaga anak. Hehhe.

Sejuk mata memandang, bila benang semua dah tersusun ikut nombor. Senang nak cari. Ada lagi benang dalam tin biskut lagi satu, belum susun. Dah tak muat kotak anyaman Yati ni. Tengok la nanti kalau ada rezeki lebih, nak cari tempat storage baru. :)

Ada order stitch-a-photo dari customer. Yati mungkin jarang dapat pegang projek SAL.

Satu pagi dalam minggu lepas, Yati bangun dan rasa gigi semua macam nak tercabut. Belakang Yati dah 2-3 hari sakit. Terus beli calcium tablet. Lega sikit. Sulaiman bila malam, dia buat kita ni macam puting, nak bergayut je, tak nak lepas. Sakit habis badan-badan ni bila tidor tak boleh alih atau bergerak sebab Sulaiman tak nak lepas. Tapi dah ok sikit. Tak cukup minum Analene, nak kena calcium juga. Doktor pun suruh dulu lepas beranak Sulaiman, cuma Yati je malas nak pergi cari. Bila dah sakit, baru teringat.
Till then, take care everybody.

19 comments:

  1. Salam kak..

    Anak akak dah darjah 1 yeh!.. tu la bile anak dah start sek nie rutin harian kiter juge berubah.. cam sy juge.. walaupun baru masuk tadika tp byk juge nak uruskan setiap pg..
    Bayk nyer stok benang.. tersusun jer semuanyer.. suke tengok.. :)

    ReplyDelete
  2. GITULH KESIBUKKN SEORG IBU...MMG XPRNAH ABIS...
    xpelh yati, amirul masih dithn 1. Anak2 kak nza semua lancar membaca setelah 3 bln dithn 1. Awal2 mmg mengeja je. Lama2 tu oklh..jgn dipaksa sgt budk2 ni..nnti cpt bosan....kecuali naurah yg dh lancar masa umo 5thn lg....

    ReplyDelete
  3. salam kak yati...
    cantik bekas benang akak...tersusun rapi...
    msti kerja2 x-stitch lebih mudah lepas ni...

    ReplyDelete
  4. salam Yati..
    dah lama x mengomen..mcm mn sibuk pun Yati, tetap mentain rajin....syabas!

    ReplyDelete
  5. Ena,
    Salam. Itu la dia, Ena. Memang banyak benda kena buat. Body kena fit. Akak pun nak ikut cam Ena la, jogging, baru ada stamina. Hehhe..

    Kak nza,
    wah, terer betul naurah, awal-awal dah pandai baca. Yati pun tak push Amirul sangat. Tu pasal Yati tak masukkan dia ke sekolah agama rakyat. Nanti dia takde masa nak main. Cuma Amirul first cucu, jadi pressure tu datang dari opah, tok dan auntynya. Huhu..

    Ina,
    Salam Ina. Terima kasih. Itu la pasal. Saje susun, supaya tambah semangat nak menjahit. :)

    ReplyDelete
  6. bestnya tersusun rapi semua benang2 xstitch yati tu. benang xstitch kat umah akak, tersusun dlm kotak kasut ja..dah tak sempat lg nak buat xstitch...

    ReplyDelete
  7. Ros,
    salam Ros. Hehhe, mana ada rajin. Malu saya.

    Kak Su,
    Ooo ye ke Kak Su. Yati ni pun baru nak menyusun. Sebelum ni pun, letak je kat mana-mana, asal tak selerak. Cuma sekarang je, lebih organize, senang nak cari. Hehhe.

    ReplyDelete
  8. akak..memang pun first week cikgu dah bagi homework kat budak2..kasik rajin sikit..huhu

    kak..cam ne nak wat paypal ek?rasa cam nak beli barang kat ebay la..akak guna credit card ke?kalau taknak wat credit card ada tak?

    ReplyDelete
  9. wahhhh pergghh comel tu susun benang.tp bende mcm tu pon modal gak nak beli. skg tgh diet duit. magazine pon dah 2 bln tak beli. kak yati g la sambung gulung benang tu :)

    ReplyDelete
  10. wahhh sukanya tengok benang2 tu organized.geram rasa nak makan bole? hahahaha

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. salam yati,
    best baca pengalaman yati ni...memang busykan dan mesti penat sangat.. kshima yang solo ni pun rasa macam nak pengsan inikan ada anak kecik... ti bobbin tu berapa ringgit ya.. kshima tak pernah beli kat ebay..

    ReplyDelete
  12. KhairunCraft,
    Senang je nak buat paypal tu. Free je register. Asalkan buka akaun personal, bukan business purpose. Dah tu, kena verify kan account kita. Kak Yati takde credit card. Very dangerous ye, credit card ni. Jadi, akak apply debit card. Mana-mana bank yang ada debit card dan ada VISA, tanya dulu la, sama ada debit card dia boleh guna all over the world tak. Free je apply debit card ni. Cuma kena masuk duit dalam tu. Takde duit, tak leh belanja. Lepas dah ada debit card, masukkan info dan akaun number kita kat paypal, dia akan verify kan dalam beberapa hari. Siap, dah boleh shopping kat eBay! Yahooo...!

    Balkis,
    Kak Yati selama ni dok diet duit la. Baru dapat kumpul ni, itu la pasal beli, dah lama teringin. Hmmm... magazines tu, kalau nak catch up every issue, kopak jugak, lain la income besar. Hehhe, takpe la Balkis, kita ikut kemampuan kita je.

    Drama Mama,
    Makan benang kang, food poisoning pulak.

    Kak Shima,
    Salam kak. Ape nak buat, tanggungjawap. Penat pun kena buat kan. Bobbin tu, untuk semua 500 pieces, RM60. Dia dah package kan dalam plastik kecik. Setiap plastik kecik, ada 25 pieces. Semuanya ada 20 plastik kecik. So, harga satu plastik, dalam RM3 lebih. Yati tengok kat Haby & Wool, tak silap 28 pieces, RM13.90 kot. Jadi, murah la. Tu pasal Yati beli.
    Banyak barang murah kat eBay. Kena pandai cari, dan ikut nasib, dapat ke tak, kak.

    ReplyDelete
  13. kak..akak pakai debit card apa ye?

    kalau maybank nye kad bank yg debit card tu kira boleh lah ye?

    banyak betul nak kene belajar pasal tenet ni..takut kene tipu..huhu

    yep..saya kalau boleh memang tanak guna credit card..memang bahaya..hehe

    ReplyDelete
  14. Yati, KD berkenan dengan floss bobbin tu.... cari dlm eBay tak nampak pun..... Leh share kut Yati, separuh... :)

    ReplyDelete
  15. Khairun,
    Debit card Public Bank.
    Akak tak tau tentang maybank debit card. Kena tanya dia la, debit card ni lain, bukan saving account ATM biasa tu. Kena tanya customer service bank, nak buat debit card yang diterima worldwide.
    Takpe Khairun, belajar slow-slow.

    Kak Dee,
    Hehhe.. ^_^

    ReplyDelete
  16. kak yati ni kuat betul.superwoman.rajin sangat.anis kena byk lagi belajar dengan kak yati ni.nk jadi working home housewife,nk jaga anak,suami,sambil tu berintenet.kagum betul dgn kak yati ni...

    ReplyDelete
  17. Anis,
    segan kak Yati Anis cakap camtu. Kadang-kadang akak tersungkur jugak. Habis energy. ^_^

    ReplyDelete
  18. yati,
    tersangat jeles tengok awak punya bobbin tu..
    kakyong simpan dlm plastik jer.. sebelum tu mana warna yg agak2 serupa, kakyong masukkan dlm 1 ring..

    ReplyDelete
  19. kakyong,
    yati pun amik masa juga nak menyimpan untuk beli bobbin ni semua, kakyong. Itu pun, hasil buat kerja internet dari rumah la ni.
    Takpe, simpan mana-mana pun sama. Asalkan benang kita elok dan tak rosak, ok la.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea