Friday, January 01, 2010

Good Bye 2009


Hari tu, Yati buat karipap. 3 jenis. Anak-anak suka karipap, tapi kalau beli kat kedai, kena bawa keluar inti. Dia orang makan kulit karipap je.

Amirul suka kulit karipap, bentuk karipap. Hafizan suka kulit karipap, tapi dia suka keras atau garing. Jadi doh karipap tu digulung bentuk spiral. Memang habis dimakannya.

Dan untuk mak bapak budak, karipap biasa, inti daging dan kentang. Sedapnya. Hehhe, masuk bakul angkat sendiri.

Ha, cerita pasal camera Yati. Camera Yati tu bila ambil gambar, imej yang keluar jadi kuning kehijauan. Ingatkan, sebab battery 'kong' ari tu, jadi bila beli battery baru, masalah tu akan selesai. Nampaknya, tidak.

Bila tanya banyak kedai yang repair atau servis camera, dia orang kata, yang paling murah repair, harga $250. Tambah kurang seratus lagi, boleh dapat camera baru. Lagi pun, tak ada guarantee, sebab kalau repair pun, mungkin masalah tu akan datang balik. Tak tau apa punca imej dia jadi macam tu. Ada tokey camera yang cakap, mungkin sebab camera tu simpan dalam handbag, bila tinggal dalam kereta, atau jalan tempat panas, jadi, camera jadi rosak. Entah la.

So, I guess, buat masa ni. Pakai je la camera ni. Boleh ambil gambar, cuma gambar dia tak gambarkan warna sebenar objek. Jadi hijau, kuning-kuning sikit. Takpe la, Yati boleh edit gambar kat photoshop. Cuba tengok ni, gambar sebelum dan selepas di -edit.

Sebelum,
Selepas,

Yati tak berapa pandai nak bagi gambar tu nampak lebih sharp dan jelas. Tapi asal nampak, ok la kan. Hajat nak beli camera baru, tapi hold dulu la, sebab nak pakai duit banyak, anak nak masuk sekolah dan nak repair kereta lagi.

Minta maaf banyak-banyak pada semua readers blog Yati ni, sebab kualiti gambar memang tak cantik. Sorri ye.

Ni ada lagi satu,
Hui, gambar sangat kabur. Yati tengah belajar macamana nak jahit sarung kusyen. Gambar ni, Yati kumpul semua kain-kain yang dah koyak dan tak boleh pakai kat rumah, Yati jahit versi kecil, mitred corner cushion. Guna mesin jahit kecik yang Yati beli kat Tesco tu la. Baru Yati faham kenapa ramai yang sanggup beli mesin jahit yang beribu-ribu tu, sebab dapat kepuasan ye bila menjahit guna mesin ni, dan bila benda yang dijahit turn out sangat cantik dan kemas. Masih belajar lagi nak jahit cushion cara lain.

Selamat tahun baru 2010 pada semua! Semoga kita semua selamat mengharungi dugaan dan cabaran di tahun baru. Usaha kena ditingkatkan.
Syukur atas sedikit peningkatan dalam pencapaian yang diazamkan awal tahun dulu. Walau pun belum sampai tahap yang diingini, tapi takpe, akan cuba lagi.
Selamat tinggal 2009!
2010, here I come!

11 comments:

  1. salam...
    sedapnyer karipap tu...
    moga appy selalu

    ReplyDelete
  2. Paklong,
    Salam. Ha ah, memang sedap pun. Hehhe.
    Paklong pun, semoga happy selalu.

    ReplyDelete
  3. wah,akak wt karipap. saye suke sangat2 karipap. sye hantu karipap. hehe...tapi boleh la wat sendiri tapi tak boleh lawan karipap opah. huhu

    ReplyDelete
  4. betul tu yati, kalu repair camera mmg mahal. kak nza prnah skali repair camera jenis olympus FE-230. maklum le time abg beli regenya area RM1200(masa tu masih mahai la).Repair je RM300 n kena tunggu smpai 2 bln..bila dh fed-up kak nza beli baru jenis olympus FE-320. Beli kt PC Fair n dpt murah la gak area RM699. So skrg ada 3 camera..xberebut le ank branak...hi.wah pjgnya karangan ni.
    Emm, sedapnya karipap tu..nk ckit.

    ReplyDelete
  5. belum terlambat utk akak ucapkan selamat tahun baru

    ReplyDelete
  6. yati,
    selamat tahun baru..
    wahh.. dah mengembangkan sayap ke bidang jahitan pula.. bagus2.. usaha tangga jaya..
    kakyong pun tgh usaha nak kumpul duit beli mesinjahit (2ndhand jer).. & plan nak kutip dr adik (adik kakyong buka kedai jahit) kain2 perca dr kedai dia.. byk yg boleh diusahakan dgn kain perca tu.. cuma berebut dgn masa ajer lah... ;)

    ReplyDelete
  7. sedapnya la aiii tengok karipap tu yati....hehehe
    selamat tahun 2010 dengan azam baru dan juga hasil2 keja kreatif semoga diteruskan :)

    ReplyDelete
  8. Misz_nierah,
    selalunya camtu la yek. Sedap mana pun kita masak, tak leh lawan air tangan orang tua kita. :)

    Kak nza,
    Itu la pasal. Baik beli camera baru kan.
    Nak karipap, mai la sini, Yati boleh jamu banyak-banyak. :)

    Pakkaramu,
    selamat tahun baru. Terima kasih sudi singgah sini.

    KakSu,
    selamat tahun baru untuk akak jugak!

    Kakyong,
    selamat tahun baru, kak.
    Oh, bukan pe, ngadap cross stitch hari-hari pun boring jugak. Tu buat projek lain tu.
    Wah, good luck to kakyong! Semoga berjaya dapat mesin jahit yang diidamkan!

    Rafidah Ahmad,
    selamat tahun baru! Semoga tahun ni kita sama-sama lebih idea dan kreatif buat kraf ya! :)

    ReplyDelete
  9. yati..just nak tolong.... kalau nak edit gambar bole masuk sini..free n tak perlu register...senang n mudah...ekekeke

    http://www.picnik.com

    ReplyDelete
  10. Sararisa,
    thanks for the link ya! (hugs...!)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea