Tuesday, January 05, 2010

Cross Stitch Kucingku, Flower Vast and Anakku


Cross stitch ni dah lama berbungkus rapi dan ada dalam kotak, menanti ketibaan tuan baru. Namun, tuan baru tidak kunjung tiba. Dari berbungkus di dalam kotak, Yati berjaya memaksa Encik Abe mencapai drill dan skru untuk menebuk dinding di ruang makan, untuk Yati gantung kucingku ini. Kucing siam di balik bunga yang seakan merenung sayu muka tuannya yang tidak kunjung tiba. Namun berjaya menceriakan ruang makan rumah kami yang suram dan tidak berkipas. Lalu tiba-tiba terasa ingin membela kucing betul.


Ha? Adakah itu bunyi gelak mentertawakan hasil kerja tangan saya menganyam flower vase ini? Saya baru belajar la. Senget, dan tidak ada rupa flower vase pun, betul tak? Ingat tak entry Yati dulu, tentang weaving basket from old magazines dulu? Tu cuma lipat. Dan sejak hari tu, Yati teringin nak cuba buat yang kena gulung kertas jadi straw tu. Jadi, hujung minggu lepas, Yati cuba la buat. Guna majalah lama. Sepatutnya, guna newspapers, sebab rasanya, lagi sesuai untuk beginners macam Yati ni. Kalau guna majalah, dia jadi keras. Memang tegap, dan keras hasil akhir, macam rotan. Kalau sapu varnish, mesti rupa macam rotan. Kalau hentak atas meja, bunyi dah macam rotan dah. Yati akan cuba perbaiki lagi skill menganyam Yati, next time, akan guna newspapers saja. Supaya dapat anyam lebih kemas.

Nak tau tak? Yati minat nak belajar menganyam bakul dari suratkhabar atau majalah, sampai Yati terbeli satu ebook tentang menganyam bakul ni. Berapa harga ebook tu, Yati pun dah lupa, sebab dah beli lama. Memang nampak complete. Tapi waktu Yati go through, dia tak cakap in details pun camana cara nak menganyam betul-betul. Nape la orang ni jual ebook macam ni? Kalau tak nak bagitau secara detail, takut orang nak ikut cara dia menganyam, tak payah la buat ebook, kan. Buat naya orang yang membeli je. Takpe la nyah, bior la dia. Tak berkat ilmu dia. Menipu orang. Instead, Yati dapat tutorial free je, cari kat pakcik Google. Orang putih juga yang murah hati berkongsi ilmu dan tips. Orang kita, kedekut ilmu, dan suka menipu. Benci I...!


Anakku, yang sudah masuk darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Dah besar dah Amirul ni. Baru hari tu, dia baby lagi. Mama yang excited Amirul masuk sekolah. Harap Amirul tahu nak membeli kat canteen camana, kira balance duit yang dapat. Harap Amirul tak kena buli dengan kawan-kawan yang lebih nakal. Harap Amirul dapat belajar dengan baik di sekolah.

13 comments:

  1. thn lepas kak nza tgh gilerrr dok buat vase dr s/khabar tu...byk gak wat n siap ajar ank2 murid masa hr kokurikulum....skrg dh xde mood la..

    Wah ensomnya amirul pakai uniform sk...blajar rajin2 ye syg...

    ReplyDelete
  2. comel lah anak akak..

    akak memang kreatif la..
    jenuh gak kan nak wat vase tu..dulu penah wat guna rotan..last2 dah lupa..sebab nak wat tapak yang payah..huhu

    ReplyDelete
  3. comel kucing siam tu.. which reminds me of my late princess mocha. mebi should stitch a similar chart laa, as a rememberance of my beloved mocha...

    and cute amirul too, m sure amirul can bring himself, tak kena buli dgn kwn2 sekolah..

    ReplyDelete
  4. kak, cntik bkul tu... Ina pun de bljar wat bakul kertas ni...bljr dr kakak opis... bljr ngn org lg mudah...detail dpt ilmu...=) pasal e-book tu rsnye Ina de tgk... tp ina xbeli pun...sbb sblm ni dh byk duit abis beli ebook..

    ReplyDelete
  5. cantik xstitch gambar kucing tu.
    so amirul samala ngan siratu..darjah 1, mmg risau bab nak membeli makanan kat kantin, nasib baik ada si abg yg boleh tolong pantau.
    yati jgn lupa emel alamat ok, ada ckit cenderahati dari akak sempena tahun baru

    ReplyDelete
  6. yati... comei kucing tu... ni yg kat shoppe yati tu kan? sayangnye kalo bg kan tuan baru...

    ReplyDelete
  7. Kak nza,
    oo ye ke kak. Ala kalau kita dekat, Yati dah pergi rumah akak dah, menuntut ilmu camana nak anyam lagi bagus. :)

    Farouk pun apa kurangnya, sama-sama hensem..! :)

    Khairuncraft,
    terima kasih.
    Ha ah, betul tu. Jenuh dan hampir putus asa juga. Nak start tapak tu payah sikit. Bila naik atas, dah ok skit. Terer la Khairun, kalau boleh guna rotan. Boleh ajar akak. :)

    Azie,
    Ala ciannya. Jahit la satu, sebagai kenangan.
    Thanks azie ye. Harap-harap Amirul pandai bawak diri dan lebih berdikari bila dah sekolah ni.

    Ina,
    Betul tu Ina. Kan lebih elok belajar dari guru, dari belajar sorang-sorang melalui buku. tapi nak buat camana, keadaan akak yang tak boleh keluar selalu nak menuntut ilmu, sebab budak kecik dok melekat je ni ha. :)

    Kak Su,
    Terima kasih.
    ha ah, Amirul sebaya dengan siratu. Yati buat bekal je untuk Amirul, kak, senang.
    dah email alamat.

    ALynn,
    Terima kasih. Ha ah, betul, dari kedai Yati. Memang Yati nak jual. Tapi sementara tu, biorla Yati gantung dulu. :)

    ReplyDelete
  8. Salam kenal & ziarah..
    Dah besar dah anak terune tu ekk!!.. encem lak tuyh!!

    ReplyDelete
  9. kak..guna rotan sama je cara guna paper ni..

    dulu kawan ajar..tapi kena letak baldi kat sebelah..sebab kalau rotan lama kat udara, dia jadi kering..susah nak anyam..

    dorg belajar sebab amik kos seni..hehe
    pastu saye pon x tahu mana nak cari supply rotan tu..huhu

    ReplyDelete
  10. yati,
    comel lah kucing tu.. memang nampak outstanding... ;)

    wahh.. semakin mengembangkaan sayap ni.. chaiyookk.. kalo dah minat, apa pun bleh buat..

    kakyong pun byk belajor & cari dr pakcik google.. ebook ni kakyong kurang sikit lah nak percaya.. so far tak pernah beli, tp baca yg dpt dl free tu.. x lah sehebat seperti testimonial yg diberi.. :D

    amirul dah sekolah, makin sibuk lah yati..

    ReplyDelete
  11. Ena,
    Salam kenal. Timasih datang blog Yati ni.
    Hehhe..

    Khairuncraft,
    ooo ye ke, guna rotan pun sama ngan guna paper. Rasanya, mesti lebih mencabar sikit ye. Sebab lebih keras, susah nak lentur.

    Kakyong,
    itu la dia. Kucing comel, geram tengok.
    Oh, anyam bakul tu Yati baru cuba. Masih belajar lagi. :)
    Betul tu kak, Yati dah tak nak beli lagi dah ebook ni. Tipu je testimonial tu semua, nak suruh orang beli produk dia. Hush, serik Yati.
    Ye betul tu kak, memang sibuk, sampai dah dekat seminggu tak jenguk blog dan melawat rumah kawan-kawan. Hu hu.

    ReplyDelete
  12. Cross stitch kucing ni adr lagi? saya nak beli.

    thank you.

    Ms.fida & Kitties

    ReplyDelete
  13. Ms.fida,
    nak cross stitch dah siap ke, atau nak pattern sahaja?
    Thank you singgah blog Yati ya. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea