Tuesday, December 28, 2010

Cross stitch keychain - Little house

Adei... letihnya... bestnya kalau boleh cuti.

Yati buat ni last week.


Keychain rumah kecil.


Besarnya lebih kurang syiling 50 sen.


Belakang, guna kain cotton. 
Kalau boleh, Yati nak buat seberapa banyak readymade products. Jika ada yang berminat nak beli atau order, bagus. Jika tak pun, Yati nak simpan sebagai stok. Nak cuba cari pengalaman jual offline. Antara azam tahun baru. ^_^
Singgah ler!

Friday, December 24, 2010

Anniversary

Semalam, dalam waktu lunch hour macam tu, ada kereta polis kat rumah jiran selang 2-3 rumah dari rumah kami. Lepas tu, polis tak beruniform pulak datang. Ramai la orang. Rupanya, rumah kakak tu kena masuk pencuri. Di siang hari. Habis barang kemas lesap. Kesian kakak tu. Peliknya, tak de sape pun yang perasan, termasuk orang sebelah kakak tu. Yati pun tak de nampak apa-apa, padahal Yati keluar masuk, keluar masuk, sidai kasut sekolah Amirul, siram pokok, semua. Pencuri tu masuk ikut pintu depan. Menakutkan... rupanya antara banyak kawasan kat sini, taman perumahan kami ni paling banyak kes pecah masuk rumah, menurut polis kat situ la. Kita orang tak tau pun. Aduh...takut la.

Hari ni, ulangtahun perkahwinan Yati dan Encik Abe. Yang ke-9. 


Encik Abe amik cuti hari ni. Kami nak pergi beli barang sekolah anak. Banyak benda belum beli dan buat. 

Apa yang dapat Yati katakan dalam usia perkahwinan kami ni... saya masih lagi belajar untuk menerima abe seadanya, sebab dia ada kekurangannya dan saya juga banyak kekurangan saya. Kadang-kadang, rasa tanggungjawap dan toleransi tu melebihi rasa cinta. Cinta tu boleh pudar, tapi sebagaimana pokok bunga, cinta juga boleh kita baja dan mekar semula. Chewah...

Kadang-kadang juga, perlu buat dunno a.k.a. buat bodoh je demi menjaga rumahtangga. Tak perlu la nak fikir apa yang kurang atau tak ada, yang penting, usaha dan berubah ke arah kebaikan sikit demi sedikit. (kaizen).

Sayangnya saya kat dia orang ni. 4 orang laki wooo... Ye la, Encik Abe dan 3 orang putera kami. Nyawa saya.

Babai, hari ni tak online. Pergi beli barang. 
Take care...! ^_^

Thursday, December 23, 2010

Knitted Coin Purse

Assalamualaikum.... korang pekabo hari ni?

Dapat gaji, bayor bil. Dapat gaji, bayor bil. Tu ler kerja tiap bulan. Nasib baik semua buat online. Tak yah beratur pos ofis.

Ada orang dah naikkan harga la! Adik jual burger kat rumah ni, kalau tak RM2.00. Sekarang dah RM2.50. Oooo, minyak naik, dia pun naik.

Yati baru siapkan ni. 


Mengait ikut sesedap rasa. Rasa nak tukor colour, tukor. 


Belakang colour lain, depan colour lain. Untuk kelainan, Yati guna zip pula. Selalunya, guna button saja. Saya salute dengan mereka yang boleh siapkan bag dalam masa singkat je. Sebab saya yang nak attach zip dengan coin purse ni pun perlu masa yang lama untuk termenung dan refer tutorial di internet ni.


Juga, saya buat lining untuk bahagian dalam coin purse ni. Cubaan pertama kali! Tak pernah buat lining sebelum ni. Balik-balik kain polkadot ni juga yang saya guna. Kain yang lain tu buat apa? Hish, nanti la dulu. Bagi habis kain ni dulu maaa... kedekut punya pasal.  


Ha, dah siap pun. Coin purse yang paling ranggi untuk makcik-makcik ke kedai runcit mahu pun ke pasar malam. ^_^

Wednesday, December 22, 2010

Makan dan rambut

Assalamualaikum...

6 hari juga blog ni takde entri baru. Saya takde mood dan malas bercakap.

Hari Ahad lepas, encik abe buat hotdog for breakfast. Hari Ahad ialah hari Yati malas masak sebab sepanjang minggu dah memasak. Selalunya, kalau tak ke mamak, abe beli nasi lemak. Tapi hari Ahad lepas, mood rajin dia mai....


Yang bun saje, untuk Sulaiman. Yang sosej, bun dan tomato sos untuk Amirul. Kami punya, tambah salad dan telor. Plus Yati punya, extra salad, sampai nak tutup bun pun susah. Kena buka mulut besor-besor. Hafizan tak minat hotdog. Dia makan french toast. Tak diambil gambarnya.

Hari Selasa pula, untuk breakfast, Yati buat cucur ikan bilis dan sosej. Idea datang dari blog kakyong.


Cucur saya dari dulu buat, tak penah jadi bentuk comel-comel, bulat-bulat. Tapi takpe la, habis jugak kalau buat.

Sekian cerita pasal makan. Cerita pasal rambut pula.
Rambut saya gugur dengan banyaknya. Ni proses berulang sebenornya. Bila dah lama sangat makan ubat thyroid tu, selalunya rambut saya akan gugur. Dan biasanya, dia akan kurang gugur balik hari demi hari.

Tapi kali ni, dia punya gugur, luar biasa banyaknya. Saya jadi fobia untuk sikat rambut dan syampoo. Bila pegang rambut, sekurang-kurangnya 5 helai rambut ada kat celah jari tu. Kalau buat kepala ke kiri ke kanan, ala-ala macam iklan syampoo tu, hui... boleh nampak banyak gugur.

Anggapan saya, sebab saya tak makan apa-apa supplement sekarang ni. Dulu, saya minum K-Link Liquid Chlorophyll. Takpun, saya ambil spirullina. Tak tau la betul ke tak. Cuma itu je la saya rasa. Bukan saya promote produk tau. Saya tak jual pun liquid chloropyhll tu kat kedai saya. Tapi saya amik benda tu dah lama dulu. Pernah setahun waktu baru pindah ke Perak dari KL, saya tak jumpa doktor pun untuk check thyroid saya ni, tapi saya rasa ok je, takde pun simptom-simpton biasa tu keluar, macam tangan shaking ke, heart rate laju ke...

Liquid chloropyll tu, kawan mama Yati yang suggest dulu. Dia ada birth mark kat muka. Bila amal minum tu, birth mark tu boleh jadi kurang kelihatan, macam dia repair dari dalam la. Ada sekali sebab Yati tak sempat nak beli yang K-Link punya, Yati beli yang cosway punya, tapi effect dia tak sama. K-Link punya lagi bagus.

Seronoknya kalau ada rambut sekuat **R. Letchemanah, yang pegang Malaysia Book of Records, tarik kapal terbang guna rambut saja, tahun 1990.


Bas double decker pun Encik R. Letchemanah ni pernah tarik guna rambut juga, pada 1999.

Tak kisah la rambut kita jenis lurus ke, kerinting ke, ikal ke, itu kan Allah dah jadikan. Semua jenis rambut cantik. Cuma rambut tu tak kuat, senang gugur.

Dulu saya pernah tanya kawan masa sekolah. Rambut dia cantik, hitam, panjang. Dia letak minyak kelapa. Saya pernah dulu cuba, tapi tak boleh tidor bila kepala berbau nyoq. Santan pun pernah cuba. Membantu juga. Tapi ye la kan, benda rambut gugur ni satu proses berulang pada saya. Sekarang saya dah stop makan ubat thyroid tu. Bulan 1 nanti, kena check darah. Sebab TSH dan T4 saya dah agak normal.

Tapi tu la saya cakap tadi. Selalunya, rambut gugur ni tak lama. Tapi kali ni, banyak dan lama pula. Bila sapu rumah, buat rasa down saje la, tengok rambut-rambut tu. Itu pun saya sapu banyak kali. Benci lihat rambut gugur merata-rata.

Adakah kemungkinan saya akan jadi macam penyanyi 80an dulu, **Sinead o connor


Tapi rambut banyak. Jadi, kalau tak botak pun, mungkin tinggal sikit-sikit macam ni...


Apa nama si **gollum Lord of the Ring ni? Lupa la pulak.. Smeagol ha.

Hai....! Takde la, takkan jadi camtu kot. Tapi kalau syampoo, lubang dalam bilik air tu memang cover habis dengan rambut saya yang gugur. Yikes... adakah encik abe masih berselera memandang si isteri ni yang rambut makin jarang?

Apa pun, saya sedor, ni ujian dariNya. Saya faham sekarang perasaaan pesakit kanser umumnya, dan mama saya, khasnya, masa buat kemoterapi dan rambut semua gugur. By the way, mama saya dah bebas dari cancer, Alhamdulillah.

Harap keadaan ni akan improve.

** Sumber: Malaysia Book of Records website.
 **Pictures of by Google

Thursday, December 16, 2010

Cross stitch keychain - Teapot

Biasanya, Yati buat keychain dari kain felt. Kali ni, cuba buat keychain cross stitch pula.


Tak puas hati dengan bentuknya. Belah sini bucunya bulat. Belah satu lagi, bersegi pula. Nampak sangat tak reti menjahit ya. Hehhe...


Bahagian belakang, Yati guna kain cotton. Polka dots.

Macam nak buat lagi. Rasanya, ada idea camana nak improve bentuknya. Selalunya, orang buat keychain ni, suka buat motif comel macam cupcake ke, butterfly ke, heart ke...
Kalau anda cari keychain cross stitch, suka gambar apa? Cuba habaq mai kat saya... ^_^

Wednesday, December 15, 2010

KrafAina 1st Giveaway

Yati masuk giveaway lagi... ^_^

Kali ni, dari blog KrafAina.


Syarat-syarat giveaway ni:-
  • Follow blog KrafAina dan share link KrafAina di blog. --->  Sudah follow dan add di bloglist, encik!  
  • Buat entri tentang giveaway (mohon pada pandangan atau cadangan untuk KrafAina).
Pendapat Yati: Cantik hasil crochet KrafAina.  Semoga bisnes terus maju hendaknya. Sebab produk semua dah cantik. Kalau free, boleh la tambah produk ready-made dan buka booth di mana-mana bazar atau flea market ke... cuba tengok pasaran...

  • Nyatakan salah satu kraf yang paling anda suka dalam blog KrafAina.
Suka tengok table runner tu. Masih student lagi KrafAina ni, tapi boleh siap dalam 2 minggu tu, panjang pulak tu table runner nya.

  • Sila tag tiga orang rakan untuk join Giveaway

Hmmm.... nak tag sape ya... ha... sat naa...
  1. Lady MAMA bercerita - Rafidah Shamsuddin
  2. Catatan Ibu - Kakyong 
  3.  Dunia CMelor - Melor
Dan pada sesapa nak join, sila-sila... detail ada di KrafAina.

Memiliki akaun CIMB atau Maybank. --> Ada, dua-dua ada.
Sebab antara hadiah giveaway ni, termasuklah wang tunai yang akan dibank-in. Sungguh bermurah hati KrafAina ni. Wang tunai! Jom la masuk beramai-ramai!

  • Tinggalkan link entri di ruangan gieaway tu. --> orait, nanti lepas publish, saya letak.
        • Tarikh tutup giveawaway: 21 Disember 2010

        Monday, December 13, 2010

        Giveaway dari Balancing! balancing! balancing!

        Yati nak join giveaway dari blog Balancing! balancing! balancing!

        Hadiah-hadiahnya sangat best!


        Japanese cotton fat quarters


        Hand embroidered silk bag, made in Vietnam, dan...

         Crafts accessories

        Tarikh tutup giveaway 1 January 2011.

        Knitted purse

        Mengantuk. Sebab makan ubat selsema.

        Lama rasanya tak knit. Ni projek baru siap.


        Guna dua tone colour hijau. Tapi camera tak berapa nak tunjuk. Camera tu dah semakin nazak. Bila onn je, dia punya skrin kejap hijau, kejap merah. Macam tv lama yang nak rosak. Bila la aku nak beli camera baru ni...


        Hari ni hari slow motion. Rasa nak tidor je. 
        Kalau free, jemput ke kedai saya ya. Jamu mata, tengok beberapa charts yang saya baru upload. Mana tau, kot berkenan nak buat projek baru cross stitch ka...
        Ni antara yang baru masuk ke kedai...



        Take care, mai singgah nooo...

        Sunday, December 12, 2010

        Caca marba

        Saya ternampak satu restoran dari Lumut ke Sitiawan. Nama restoran tu, Caca Marba.  Agak-agak, makanan atau menu apa dia serve kat restoran tu? ^_^

        Selama ni, Yati sibuk siapkan order dan layan customer, sampai kedai pun tak bersapu. Sekarang saya sedang dalam proses mengemaskini kedai dan inventory. Belum habis lagi. Updating in progress but we're still in business as usual.

        Dulu, sementara tunggu result SPM, saya pernah bekerja di sebuah farmasi di 1 Utama. Selang beberapa period, saya tak pasti, dia orang akan ambil masa tutup kedai dan kira semua barang dalam kedai. Dari sebesor-besor ke sekecil-kecil barang. Contoh, macam sweets atau coklat yang display kat bahagian cashier tu. Semua kena kira kuantitinya. Selalu ambil masa sampai ke petang untuk habis check stock. Itu pun sebab ramai staff, boleh agih-agihkan tugas. Dia ni check bahagian store, dia ni check bahagian depan. Yang ni tepi. Saya suka kerja di bahagian retail. Lagi enjoy dari kerja sebagai programmer mahu pun quality engineer tu.

        Saya punya kedai online ni, saya sorang buat. Tak habis-habis lagi add dan remove product. Oh, sebab hari Jumaat ada kerja, balik rumah mama saya di Lumut. Hari ni hari Ahad, ada rumah kami balik.

        Hmmm.... saya dibeza-bezakan. Mainan dua ringgit tak boleh campur dengan mainan mahal. Sulaiman nak main Thomas yang mahal, tak boleh. Bawak keluar rail train yang murah dan lama bagi Sulaiman main. Sulaiman dok rumah opah nangis menjerit, tak pernah dibuatnya nangis sampai macam tu. Kat rumah, saya ajar anak-anak share mainan. Kat rumah opah, opah ajar Amirul dan Hafizan jadi kedekut pulak, jangan bagi Sulaiman main mainan mahal. Hui.... baik balik cepat la. Mak mertua saya pun tak pernah beza-bezakan cucu. Mak saya sendiri buat camni. Ironic nya, mak saya tak tau pun yang saya kecil hati dengan cara dia. Hui... jom kita skipping la, boleh fikir benda lain. Oh lupa, kedai belum habis update.

        Nescafe dah buat satu jag. Boleh minum sampai petang. Orait, nak breakfast nasi lemak. Bye... selamat berhujung minggu pada semua....

        Tuesday, December 07, 2010

        Felt Keychain yang saya baru buat

        Jom kita tengok apa sebab Yati lama sangat tak update blog. ^_^
        Yati siapkan felt keychain yang di order. 

        Yang bawah ni, order dari Kak Rafidah, Johor Bahru. Dah pun selamat sampai ke tuannya. Jadi, boleh la share di sini.


        Kak Rafidah order 10 pieces, terdiri daripada mushroom, chick, little fish, strawberry ice-cream, flower, Mr. Froggy, pinky cloud, little star, cherry cake dan Mrs Pinky Butterfly. Mrs Pinky Butterfly ni, extra large keychain, harga dia lain sikit, RM4. Manakala yang lain-lain, RM3 sebiji.
        Terima kasih pada Kak Rafidah, beli keychain dari Yati.

        Seterusnya, Yati buat untuk seorang yang nak 50 pieces. Tapi, tak jadi. Jadi, semua kat bawah ni jadi stok la, kalau ada yang order, tak perlu jahit lagi, dah siap. Jom kita tengok...


        Mula-mula, cik bunga-bunga yang tersenyum riang siap dulu, dan siap menghiasi dinding ruang kerja Yati.  Udah jadi macam mekar sejambak pula ye. Ingat tak dulu, masa kita kecik-kecik, ada rancangan TV, tajuk Mekar Sejambak? Hehhe... Seterusnya...


        Encik Dinasour pula join sekali... 

        ...sampai tak cukup ruang di situ, kena gantung kat dinding di sinun pulak.
        Diikuti pula dengan..



        Puan Rama-rama versi kecil. Sila abaikan kabel talian tetap saya yang tergantung tu. Kebetulan saya siapkan dinasour dulu, baru rama-rama. Kalau rama-rama siap dulu, habis madu bunga-bunga riang tu dihisap oleh rama-rama ni. Hehhe.. ntah apa-apa saya cakap ni... hangpa layan je la ye.
        Sepatutnya diteruskan dengan penghasilan little fish, tapi saya tak teruskan, sebab tuan yang order tak jadi beli. 

        Dengan ini, saya pun nak maklumkan, bahawa mulai hari ni, tatacara order felt crafts sama dengan order cross stitch. Kena bayar dahulu, tak pun bagi kuantiti yang banyak, bayaran deposit akan dikenakan dulu. 

        Bukan duit yang Yati kejar. Sebab Yati suka buat benda-benda comel ni. Cuma masa dan tenaga saya tu lebih bernilai. Jadi, customer yang serius ingin beli saja akan dilayan dan dibuat order bila dah bayar.

        Hari ni public holiday. Ada nak pergi mana-mana tak? Hari Sabtu lepas, kami ke Ulu Kenas lagi, mandi air terjun. Sangat sejuk! Berendam kejap je, tangan dah kecut. Next time nak pergi air terjun kat Tapah tu pulak. Apa program anda hari ni? 

        ^_^

        Monday, December 06, 2010

        Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah

        Hello...
        Ada orang rindu Yati tak? Hehhe...

        Hari tu, ada jalan-jalan di blog Kakyong, nampak kakyong buat lempeng dan sambal tumis ikan bilis. Tiba-tiba, rasa teringin nak makan.
        Yati pun buat la. Yati jarang buat lempeng ni. Masa buat pulak, Sulaiman menyibuk nak tengok mamanya masak apa atas dapur, ada yang hitam jadinya.


        Kami makan colek sambal tumis ikan bilis with petai. Anak-anak pula makan, colek susu pekat. Mmmmm... bestnya, nasib baik buat banyak. Habis sambal kita orang kerjakan.

        Esok kita akan menyambut awal muharam. Sekejap je, kan. Petang ni, jangan lupa baca doa akhir tahun ye, kawan-kawan.

        Tahun ni Yati rasakan lain sangat. Yati dapat rasakan 'magik' yang Yati tak pernah rasa seumur hidup Yati. Secara tak langsung juga, Yati rasa lebih kuat berbanding tahun-tahun lepas. Kesusahan dan kesedihan tu banyak, tapi Yati redha dan syukur dengan semua yang Allah bagi. 

        Yati yang sebelum ni, bila susah je, berlinang air mata. Kira, ratu air mata la kat rumah ni. Tapi Yati tak nak jadi macam dulu lagi. Kenapa la dari dulu tak sedar. Percaya bahawa Allah SWT itu Pemberi Rezeki. Tak perlu risau, tak perlu nangis rezeki anak-anak macamana. Semua dah tertulis. 

        Mungkin sebelum ni Yati tak cuba buka mata dan hati betul-betul. Tak dengar betul-betul. Tak perlu mengadu pada orang, mengadu pada Tuhan paling berkesan. Usaha dan kerja keras yang kita buat, Insya-Allah mendapat balasan yang setimpal dari Allah. 

        Selamat menyambut maal hijrah pada semua! Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dan memberi lebih rezeki dan hikmah pada kita semua.

        Friday, December 03, 2010

        Makcik sibuk...

        Pekabo semua? Lama Yati tak update blog.
        Yati buat kerja offline, lepas habis order cross stitch hari tu, Yati buat order felt keychain pulak, dan sampai sekarang tak habis lagi. Bersambung-sambung. Alhamdulillah, tapi menuntut masa yang banyak.
        Yati tak online setiap hari. Kena korbankan masa online, untuk siapkan kerja ni ha. Tapi paling lama Yati tak online, 2 hari je. Kena check email juga.

        Dah masuk bulan terakhir tahun 2010. Wuhuuu... cepatnya masa jalan...

        Thank you ya, pada sesiapa yang jenguk blog Yati ni. Banyak benda nak cerita. Tapi kena buat mana lebih utama dulu.

        Harap kawan-kawan semua sihat dan gembira. Tak sempat jugak jenguk blog kawan-kawan.

        'till then, take care ya!

        Wednesday, November 24, 2010

        Cross stitch travel bag and stitchbow

        Amirul dengan Hafizan takde kat rumah. Dia orang ada di KL, dengan opah, tidor rumah aunty. Tinggal lah Sulaiman dan Yati dua orang kat rumah. Semalam masa abang-abangnya bertolak, bergenang airmata Sulaiman. Sulaiman baru 2 tahun, dia tak boleh cakap lagi. Tapi semalam dia cakap dengan Yati (in his own way) dan bunyinya macam, "Nape bagi abang pergi...?" Huhu... mama pun sedih la. Tapi nak buat camne.... kita main dua orang je la ya...

        Wokay... jom kita cerita... hari tu, dengan ihsan abangku sayang... Yati beli travel bag! Yippie...! Sangat suka!


        Dengan ini, mana-mana kampung balik pun, saya still boleh bawak barang cross stitch saya! Bahagian dalamnya camni...

        Ada tempat boleh cucuk jarum, simpan gunting, letak magnifier, benang dan lain-lain la. Benang dalam travel bag ni, boleh disimpan guna stitchbow.

        Stitchbow? Apa itu stitchbow? 

        Itu tokei kedai boleh gelakkan saya pulak, bila saya tanya, apa ni?

        Habis tu, you simpan benang macamana?

        Saya guna bobbin la. Like this...


        Ha... senang cari kan. Tengok lah benang ku, tersusun... chewah...

        Haiya... itu kena gulung-gulung benang...? Itu old fashion maaa... Sekarang orang guna stitchbow.

        Ini la dia stitchbow tu...


        Oooo... stitchbow tu, satu cara simpan benang juga, floss holder la! Tapi lagi senang la. Dia ada tempat sarung nombor benang (tak yah sticker label macam guna bobbin) dan tak payah gulung-gulung juga, macam bobbin. Boleh terus sangkut itu benang. Ini macam...


        Ha, kalau ada travel bag, boleh la guna stitchbow ya, kawan-kawan.

        Yati beli sepacket je. Tau tak gulung benang di bobbin adalah satu therapy? Sambil gulung benang, boleh berangan-angan, bila aku nak jadi kaya... ha...

        Ok... sekian cerita hari ni. Nak pergi angkat kain. Bag tu, harga dia tak sampai seratus. Siapa ada gunting cross stitch gold macam swan tu, angkat tangan? Saya tak ada! Saya still pakai gunting kecik beli kedai runcit, harga 5 ringgit, buat potong benang. Ha, sape yang ada gunting swan mahal tu, tambah 20 ringgit lagi, dapat travel bag. 

        Sudah-sudah, saya tak nak pergi kedai cross stitch tingkat bawah Plaza Yik Foong tu lagi. Uncle tu dah tau kita suka cross stitch, dia bawak keluar semua barang cross stitch. Bahaya... 

        ^_^

        Monday, November 22, 2010

        Photo stitch Lailahaillallah Muhammadurrasulullah - Completed

        Rasa macam dah lama sangat tak online. Tapi memang lama pun. 5 hari tak online. Erk...

        Sudah siap! ^_^



         Satu projek sudah selesai. Alhamdulillah... 

        Saya punya things-to-do list sangat panjang. Penuh satu page.

        Macamana raya korban anda? Kami tak merasa makan daging korban kali ni.

        Tuesday, November 16, 2010

        Selamat Menyambut Aidil-Adha

        Assalamualaikum...
        Pekabo kawan-kawan hari ni?

        Kat rumah saya ni, tengahari je, awan hujan datang. Baru check 10 email, dah kena tutup komputer. Saya takut maaa....  Bukan pe, Yati guna streamyx. Dulu ada sekali, komputer sudah tutup. Tapi kilat sudah menyambar tiang telefon belakang rumah. Kilat tu lalu ikut kabel telefon, ke modem streamyx dan seterusnya ke komputer. Jadi, ke kedai repair la jawapnya. Sejak tu la setiap kali mendung berserta guruh, walau pun tak de kilat, saya akan cepat-cepat off komputer. Kena la berhati-hati, sebelum terjadi.

        Minta maaf kalau ada yang tunggu respond dari saya, yang ada buat order, yang ada bertanya, awat la.. si Yati ni lambat menjawap. Minta maap ye.. saya tak online la tu, tak boleh wooo.. bahaya... guruh dan kilat. Kalau saya online, saya perlu buat kerja, super fast...

        Eh, lagi satu, kalau tak dapat respond dari saya juga, sila check spam/bulk folder email anda ya. Add la alamat email saya ke address book atau sila klik "Not Spam", jadi next time dia masuk la ke inbox anda. Terima kasih.

        Ha... hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pi makan kenduri. Kenduri kawin. Bestnya, terbayang-bayang kenikmatan rendang daging kat kenduri tu. Bersama nasi minyak, pecal, ayam percik, udang, sambal belacan dan ulam-ulaman... Hehhe.... marvelous... Selalunya, Yati tak berani bawak budak-budak ni makan kenduri di rumah orang. Takut dia buat peel naik anginnya, mau terbalik kerusi meja kang. Tapi hari sabtu lepas, orait la, budak-budak pun mood baik, makan nasi kenduri sama-sama. Alhamdulillah...

        Oh... sebelum pi kenduri tu, awal pagi sabtu, Yati ada cuba buat kek batik, ikut resepi yang Kak Erna share di blognya. Senang juga ya, nak buat, banding kek masak dalam oven tu. Hehhe... Simpan dalam peti ais, dan esoknya, dah boleh makan.


        Rupanya tak cantik, tapi rasanya, macam aiskrim cake perasa coklat tu! Hehhe...

        Ok, cerita seterusnya, perkembangan terkini projek cross stitch.



        Lagi sikit nak siap. ^_^
        Ye la, blog saya ni kan rojak sikit. Satu entri, macam-macam cerita saya tulis. Sebab nak tulis banyak entri dalam satu hari, masa tak mengizinkan maa.... kena rangkumkan semua perkara menarik yang ingin dikongsi dalam satu tajuk. 

        Tahun ni korang korban tak? Kami mungkin esok baru balik, ke Lumut. Tak balik Kelantan. Mungkin lain masa baru balik.

        Berhati-hati di jalan raya ya semua! Selamat hari raya korban!

        Friday, November 12, 2010

        Amirul

        Khamis, 11 November 2010 - Pukul 2 petang, kami sekeluarga pergi sekolah Amirul. Ada Hari Anugerah Kecemerlangan & Kualiti sekolah.

        Amirul, anak pertama Yati. Umur 7 tahun, darjah 1.

        Sekolah Amirul ni, baru beroperasi selama 4 bulan. Sekolah baru siap dibina. Dekat dengan taman perumahan kami.

        Rasa macam kelam kabut je operasi sekolah ni. Bukan apa, alangkah bagusnya kalau dia buat hari penyampaian hadiah hari Sabtu. Ni, dia buat pada petang Khamis. Mungkin pihak sekolah terlupa yang ada ibubapa bekerja swasta, susah nak keluar. Surat untuk hari penyampaian hadiah ni pun baru kami terima 2 hari lepas. Jadi, Encik Abe nak apply cuti pun dah terlewat. Nak tak nak, semalam Encik Abe ponteng kerja jap. Memang bukan semua murid perlu hadir. Cuma murid yang dapat hadiah dan ada buat persembahan yang hadir dengan ibubapa. Cuma, harap next time sekolah dapat buat dengan lebih teratur.

        Hari ni pulak, hari Jumaat, sekolah Amirul cuti peristiwa. Bila tanya peristiwa apa. Rupanya ada lawatan sekolah ke Melaka. Tak pernah lagi Yati dengor cikgu ada lawatan, sampai tutup satu sekolah. Mungkin semua cikgu terlibat agaknya, tak de yang tinggal sampai sekolah kena tutup. Rasa pelik, tu je.

        Amirul dapat nombor 16 dalam kelas. Kami rasa, teruk sangat. Tapi bila difikir-fikir balik, ok... sebab Amirul kelas A, ada ramai budak pandai. Yati terkilan bila tengok result dia, semua A, tapi subjek Pendidikan Islam, dia C. Ya Allah... geram rasa. Suruh baca, dia tengok TV. Rasa nak buang je Astro kat rumah. Tapi Playhouse Disney Channel tu bagus. Hafizan suka tengok. Cuma Amirul ni suka tukar ke Ceria atau Cartoon Network. Kartun merapu.

        Tapi Amirul dapat hadiah untuk subjek Sains dan Jawi dia, tinggi.



        Kena guna pendekatan lain la budak Amirul ni. Budak laki ni, dia banyak main. Masa yang sama, tak nak la push dia sangat. Dia baru darjah 1.

        Next year, dah naik darjah 2. Macam baru semalam lahirkan dia. Cuba tengok gambar kat bawah, masa ni, Amirul baru 2 bulan. Kecik kan dia... Yati pulak, baru 24 tahun masa dalam gambar ni. Hehhe...


        Hari Ahad ni, Amirul ada grading Taekwando. Kalau dia pass, boleh la naik tali pinggang hijau.

        Bulan 12 juga, akan sambung ngaji. Dah pindah tempat lain, tempat ngaji Amirul, jauh sikit.

        Mix feeling la. Rasa macam Amirul boleh buat lebih baik sebenarnya di sekolah. Tapi tak nak terlalu mendesak dia sangat, belajar-belajar. Dia tak pergi tuition. Sebab kakak Yati juga seorang cikgu. Dia kata, sekolah rendah ni, tak perlu tuition, kita sendiri boleh guide dia.

        Orait... will improve next time, Insya-Allah. Kita cuba ok...

        Wednesday, November 10, 2010

        Felt keychain - anak ayam

        Anak itik berenang-renang,
        Anak ayam berlari-lari,
        Kalau tidak kerana sayang,
        Tidak hamba datang kemari.

        Ha.. ha... siapa nak jawap? Sila-sila... ^_^


        Foto: Bulk order felt keychain, anak ayam, assorted colors.

        Yati simpan entri ni dah lama. Nak tunggu anak-anak ayam ni sampai dulu ke tuannya di Turki. Tapi, ada masalah teknikal. Tak sampai sana pun, cuma di Melaka je. Untuk ubat rindu tuannya yang jauh, meh la Yati share gambar anak-anak ayam ni ya. Terima kasih Ayza, order keychain dari Yati.

        Orait.. bekerja la kita sekuatnya...

        Monday, November 08, 2010

        Cinta-Craft Giveaway

        Dah lama tak masuk giveaway oleh crafters. Cuba nasib kali ni, mana tahu, rezeki...



        Giveaway oleh Cinta-Crafts. Hadiah pun menarik...


        Giveaway oleh Cinta-Craft ni berakhir pada 20/11/2010.

        Bestnya kalau menang ni. ^_^

        Friday, November 05, 2010

        Sepi Part II dan progress photo stitch...

        Hello...
        Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.

        Lepas sembahyang Jumaat, kami akan pi Lumut, rumah opah. Opah suruh ambil muruku, banyak sangat. Opah tak larat nak makan, orang kasi.

        Bila time Deepavali saya selalu teringat. Masa saya form 2, saya ada kawan baik. Nama dia Shanti a/p Muniandy. Bila habis form 2, dia pindah sekolah. Lepas tu terus lost contact. Saya cari dia kat FB, tapi tak jumpa. Mungkin dia guna nama lain. Dulu dia la kawan baik Yati. Rindu plak nak jumpa Shanti.



        Ni apahal pulak sepi-sepi ni. Ye la, bila saya menyepikan diri (sepi ke... hehhe), telinga saya rasa lebih banyak mendengar. Banyak pulak benda yang saya tak perasan selama ni, baru saya tahu. Baru saya tahu.. oh.. kawan ni sekarang sudah berpisah... kawan yang ni pulak... sudah jatuh ke bawah... macam-macam la. Kuasa Allah kan.. kalau benda nak jadi, jadilah... Kunfayakun...

        Siapa tengok cerita Sepi, angkat tangan?! Hehhe... perasan tak, ada bahagian cerita ni macam cerita Forest Gump. Part yang cerita Sufi, bila isteri dia meninggal, dia asyik lari je. Forest Gump pun asyik lari je kan, dalam hutan dia lari, mak dia mati, dia lari... Lebih kurang kan. Lagi satu, dalam cerita Forest Gump, ada bulu ayam tu melayang, dalam cerita Sepi, dia buat kertas tu melayang... jatuh atas cermin kereta, pastu terbang... pun lebih kurang jugak kan. Tapi entah kenapa, saya boleh tengok cerita Sepi ni banyak kali. Mungkin sebab suka tengok pemandangan kat Taiping tu, duduk bawah pokok rendang tu, menghadap tasik... tenang je kan.. tiba-tiba rasa macam nak pergi Tepeng pulak. ^_^





        Hmmm.... 3 cerita dalam satu entri. Seterusnya, progress terbaru projek photo stitch.


        Tinggal bahagian atas je lagi nak siapkan.

        Minggu depan minggu terakhir sekolah kan. Minggu depan juga, raya haji kan... Mood cuti tu dah datang. Apa nak buat dengan budak-budak time cuti sekolah ni. Kalau yang tinggal di kawasan banjir tu, bercuti di rumah saja la kan... 

        Ok. Jaga diri semua...

        Wednesday, November 03, 2010

        Progress photo stitch

        Hi...

        Lagi progress projek tengah buat sekarang...


        Cuba tengok besar projek ni atas meja saya...


        Suka jahit projek ni. Tapi sesekali kena stop, sebab sakit belakang. Hehhe..



        Ok. Cerita lain pulak...

        bunga ros saya dah ada kutu/ kulat putih tu. Boring betul. Saya dah cakap dengan sopan santun dan lemah lembut,"Potong la mana yang dah kena tu". Tapi dia buat sardin je.

        Dulu saya pernah tulis pasal kulat putih ni. Sejenis parasit yang melekat kat pokok bunga dan kalau dibiarkan, pokok tu akan mati slowly. Entri dulu ada di sini.

        Sekarang dah start balik. Rasa macam nak tebang je pokok pisang orang tu.

        Kadang-kadang rasa, duduk dalam hutan dikelilingi flora dan fauna pun lebih aman rasanya dari duduk dengan orang yang pentingkan diri sendiri dan tak mau tolak ansur. 
        Mmmm... alahai...