Wednesday, December 30, 2009

SAL update


Progress hingga tengahari 29 hb. Sudah sampai bumbung rumah, tapi sikit baru. Jumpa port baru. Ada kedai dekat sini, dulu dia tak jual benang DMC. Baru-baru ni saje ada. Yati beli banyak. Tuan kedai salah kira. Yati kata, cuba kira balik. Salah. Lepas tu, dia bagi diskaun. Satu benang, $1.20. Saya sangat happy..!

Saturday, December 26, 2009

Earn Cash By Completing Surveys!


Sangat suka baru-baru ni. USD31, tolak caj transfer dari Planet Pulse ke paypal, dalam sedollar lebih, dapat dalam USD29 lebih, bersamaan RM99. Ok tak? Jawap survey je. Tapi ambil masa jugak.

Yati join Planet Pulse tahun 2007. Tahu mengenai Planet Pulse melalui eHomeMakers.net, yang diasaskan oleh Chong Sheau Ching, yang juga seorang columnist kat majalah Mastika.

Apa itu Planet Pulse? Mereka ni satu komuniti yang conduct survey, dan join FREE sahaja.




Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.

Setiap survey yang kita buat, dikira dalam bentuk pulses. Bila dah sampai 2,500 pulses, boleh request payment, asalkan ada akaun paypal yang telah di-verified.

Jadi, sambil main game FB tu, apa salahnya jawap survey, boleh jugak dapat extra cash.
Ok, nak pi eBay plak, tengok-tengok gift nak beli untuk Encik Abe for anniversary, walau pun dah terlewat nak bagi. Hehhe..

Mini Storage & Sewing Machine

Hasil dari aktiviti berjalan-jalan, sempat sambar 2 benda mini ni. Satu, mini storage. Yati guna letak koleksi button dan benang.


Satu lagi, mesin jahit kecil ni. Beli kat Tesco. Boleh la buat jahit seluar dan baju yang koyak kat rumah. Suka tengok benda comel ni.


Tik tok tik tok, tinggal lebih kurang seminggu lagi sekolah nak buka kan. Cepatnya masa berlalu.

Thursday, December 24, 2009

A day Hunting And Our 8th Anniversary

Bagi anda yang familiar dengan blog Yati ni, mesti tau yang Yati suka cerita banyak benda dalam satu entry. Ni pun nak cerita 2 benda.

Entry ni ditaip pukul 1.29 pagi. Dah masuk 24 Disember. Sebelum tu, nak cerita pasal hari sebelumnya, 23 Disember.

23 December - Encik Abe cuti, untuk habiskan cuti tahun, juga untuk celebrate ehem ehem.. nanti, i'm going into that. Breakfast di rumah. Dan keluar berempat (Amirul di rumah opah) menjalankan misi mencari battery camera. Hehhe.. Amenda la kan.

Ok la, dipendekkan cerita, kami pergi Tesco, Pengkalan Emas, Jaya Jusco, Giant, Econsave, the Store dan Billion hari ni, semuanya dalam satu hari. Gila tak? Ok la, mana la kami tau yang susah nak dapat battery tu. Macam handphone, ada je model terbaru keluar, digital camera pun camtu jugak. Baru la kami tau hari ni yang digital camera jenama Kodak yang kami pakai ni boleh dikategorikan sebagai kuno dalam kelasnya, kerana semua kedai tak dak jual battery la. Kena order. Dari KL. Lepas christmas baru dapat. Haiya.... Sudah mau pengsan cari.

Kesimpulan dari persinggahan kami ke ketujuh-tujuh pusat membeli-belah sekitar Ipoh dan Sitiawan ialah:

1) Jaya Jusco menduduki carta teratas! Orang paling ramai! Sale maaa! Mak bapak beli barang sekolah anak-anak. Handbag less 70%! Beg sireh pun dia sosah....!

2) Semua pusat membeli belah adakan kempen jualan kembali ke sekolah dan sambutan hari chrismas.

3) Orang Malaysia ni ramai yang mewah. Hello, tak kerja ke? Dok shopping. Ramai sangat orang. Ke, orang dah amik cuti christmas. Ke, orang ponteng kerja, pi shopping sempena sale?

Camana pun, misi mencari battery camera berjaya. Yattaa....!

24 Disember - Hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8!!!

Sekejap je. Banyak susah senang diharungi bersama. Tapi lebih banyak susah dari senang.

Rasa macam baru hari tu, Yati bangun pukul 4 pagi, buat sandwich dan kuih untuk dijual dan Encik Abe hantar ke kedai pukul 6 pagi. Rasa macam baru hari tu tinggal anak dengan Encik Abe, pergi cyber cafe, cari kerja kat jobstreet dan prepare surat dan hantar resume. Kereta 4 bulan tak bayar. Bila susah, sendiri-sendiri je. Tapi tu dulu.



Bila dan 8 tahun kawin, dah sampai peringkat di mana takde lagi great expectations dari dia. Terima dia seadanya. Bersyukur dikurniakan dengan anak-anak yang sihat dan cergas. Bersyukur Tuhan bagi cukup makan. Akan terus bekerja dan berusaha selagi kudrat masih ada.



Untuk anak-anak dan hari tua. Oo no, ni bukan kereta kami. Saje, teringin nak bergambar dengan kereta yang jarang dapat dilihat atas jalanraya kat Perak ni. Kalau mampu sekali pun, tak nak la beli kereta mewah camni. Baik beli rumah banyak-banyak, jadi tuan tanah kedaun, tiap-tiap bulan kutip sewa.
Masa kawin dulu, saiz besor jari kelingking. Sekarang, amik ko, dua-dua dah gemuk.
Ye, dah tentu ada ups and downs. Akan terus melangkah, sebab adanya harapan.

I love u, abang ku! Muaaahhh...!

Lirik lagu Harapan - Wings - Rock Kapak yeah yeah!

Damai hati

terang sudah

Perjalanan yang kita

Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya

Apakah kita ini dijadi untuk mencari

Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan

Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam

Kau sentuh hatiku dan menggegarkan

Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu

Berdendang dan menari lagu kita


Monday, December 21, 2009

Bunga Cinta Cik Kema


Terima pin cushion bunga cinta Cik Kema pada hari Sabtu lepas, tatkala sedang bersiap untuk ke rumah mak. Suka sangat! Cantik! Sebab Yati tak pernah ada pin cushion sebesar ni. Suka picit-picit, macam bantal! Hehhe...! Cik Kema, thank you very much ye. Appreciate your time and effort nak buat bunga cinta ni. :)

Thursday, December 17, 2009

More Felt Keychains

Yati tukar template blog pada tiga columns. Ok tak?

Sebelum camera ambil gambar jadi berbelang-belang, Yati sempat ambil gambar masa siapkan order keychains dari Kak Nurul. Suka masa siapkan satu-satu. Semua ada 20 pieces, dan Yati buat satu free. Harap Kak Nurul suka.

Potong dulu felts. Scrap felts yang kecil-kecil dan buttons Yati letak dalam satu balang. Koleksi pun tak banyak lagi.

Ni, dah siap.

Dah siap dalam plastik, tunggu ye Kak Nurul... :)

Cerita semalam: Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang tentukan. Yati ingatkan, boleh. Yati dah plan elok-elok. Ok sekarang buat ni, kalau ni berjaya, buat ni pulak. Yati keluar dari comfort zone Yati, untuk kejar impian. Rupa-rupanya, masanya belum tiba lagi. Yati terima dan percaya, mesti ada hikmahnya. Rasanya, mungkin sudah tersurat yang Axe Yati belum cukup tajam lagi. Tapi ok, Yati akan terus usaha. One step at a time.

Monday, December 14, 2009

SAL update


Tengok la camera Yati ni. Dia buat hal pulak. Boleh ambil gambar, tapi kualiti gambar yang sangat-sangat mengecewakan. Tak menggambarkan color sebenor objek, sekejap macam terlebih exposure, kejap berbelang-belang. Ni la yang nampak clear skit banding beberapa yang Yati snap tadi. Memang dah nazak sangat. Waaa.... lambatnya laki aku dapat gaji...!

Yati cuma sempat jahit beberapa baris lagi kat atas, dan pucuk pokok kat tepi kanan. Kak Shima dengan ALynn ni mesti dah jahit banyak ni.

Ok, harap by next update, dah dapat beli battery camera baru. Ke... camera aku yang nak rosak? Waaa....

Assalamualaikum

Cross stitch kaligrafi Assalamualaikum. Yati baru siapkan minggu lepas, setelah setahun terbengkalai. Terpaksa ketepikan projek ni bila ada customer order stitch-a-photo untuk dijahit. Tapi Yati memang nak siapkan jugak. Projek SAL pun Yati sekali je pegang minggu lepas. Alamak, Alynn dan Kak Shima mesti dah jahit banyak.

Kaligrafi Assalamualaikum ni Yati start pada Julai 2008 dan siap minggu lepas. Belum frame lagi.

I've been neglecting my farm, cafe, fish dan projek SAL. Banyak sangat benda yang berlaku minggu lepas dan minggu ni. Waaa.... Sibuk, tapi suka. :)

Setelah 3 hari Yati tak online, sejak Jumaat, hari ni Yati balas dendam melawat blog kawan-kawan. Pada semua followers dan pembaca Blog Yati ni, terima kasih banyak-banyak ye, sebab sudi melawat sini.

Pada yang klik nuffnang Yati, sila mention dan tinggal link blog anda, supaya Yati dapat klik balas iklan nuffnang anda juga. Ada yang tinggal link, tapi tak betul, jadi tak dapat Yati nak buat kunjungan balas.

Semoga hari ni hari yang ceria untuk anda semua! Jemput singgah ke rumah Yati lagi satu ni ye.

Kedai Yati

Thursday, December 10, 2009

Heart Felt Keychains

Buat 2 hari tu. Dua-dua free gifts. Satu, pada Kak Nurul yang order stitch atas towel. Lagi satu, untuk Leela, yang order 2 stitch-a-photo.

Offer free gift ni masih valid, cuma perlu beli RM30 ke atas dalam satu resit kat kedai Yati.

Mai la singgah!

Wednesday, December 09, 2009

Pah


Ni gambor arwah Pah dengan Yati waktu kecik. Gambor kurang jelas, gambor lama.

Minggu lepas, Yati lap tingkap dapur. Pastu, teringat kat Pah. Bukan pe, Yati rasa, Yati banyak belajor mencuci dari Pah. Ni semua sebab bila cuti sekolah je, kena campak kat rumah Pah. Dulu masa sekolah rendah, bila tok dah takde, Pah duduk sorang. Time cuti sekolah, selalu gak Yati duduk kat rumah Pah. Pah ajar Yati banyak benda. Antara benda yang Pah ajar:

1) Cara sapu mentega atas roti. Dulu, mana ada Dorina. Yang ada, mentega ACS, yang skrang orang buat kek atau biskut tu. Mentega tu, Pah letak dalam tempat simpan mentega. Cara yang betul ialah pisau mentega disapu di bahagian tepi, bukan bahagian atas. Kalau kita ambik bahagian atas, mentega tu kan jadi makin rendah, jadi susah nak amik. Jadi, kalau kita amik kat tepi, dia tetap akan jadi rectangle, tapi makin lama, makin kecik. Bentuk dia pun cantik je.

2) Tak boleh minum air gas atau makan jajan (kerepek, cikedis, etc) sebelum makan nasi. Apa-apa pun, makan nasi dulu, pastu baru boleh minum kickapoo ke, chips ke.

3) Sapu bawah katil. Ni yang Yati paling malas. Pah kalau datang tidor rumah kami pun, dia akan amik penyapu dan penyodok, dan mula sapu bawah katil. Pastu sebelum dia buang sampah, dia panggil kami dulu, "Ha, tengok ni, kumpul sampah bawah katil..!". Dan kami pun senyum macam kerang busuk.

4) Always label kotak. Barang yang tak guna tu, banyak yang simpan dalam kotak dalam stor. Pah ni, macam Martha Steward la, semua ada label. Jadi, Pah tahu dalam setiap kotak, ada apa. Jadi, senang kalau nak cari barang.

5) Jangan kumpul kain baju. Hari-hari basuh. Jangan kumpul banyak-banyak, baru nak basuh. Sebab Pah cuci baju pakai tangan, bukan mesin. Yang ni, Yati apply masa kat itm dulu. Hari-hari Yati basuh baju. Sebab kalau dah kumpul satu baldi, dah malas nak basuh.

6) Sebelum mandi, siapkan baju untuk dipakai dulu. Pilih dulu baju yang nak dipakai, letak atas katil, pastu baru pi mandi. Nanti lepas mandi, takde la kelam kabut nak carik baju la, nak gosok baju la, kalau banyak kedut.

Pah Yati, jangok orangnya. Hari-hari pakai kebaya. Tapi bukan macam cerita nenek kebaya tu ye. Kebanyakan baju kebaya Pah, kebaya nyonya, macam gambar kat atas. Walau pun mengemas, memasak, mencuci, ber-gardening, Pah tetap bau wangi. Pah ada banyak perfumes dan bedak. Bedak cina yang dalam kotak empat segi tu.

Bila lepas makan malam, Pah akan buat kopi-O, duduk atas kerusi rehat dia, dan tengok cerita melayu. Pah juga selalu tape cerita P. Ramlee untuk kita orang.

Waktu Pah buat kemo kat HKL pun, Yati pernah tidor hospital dengan Pah. Pah sakit cancer perut. Waktu tu, Yati sekolah menengah kat PJ.
Teringat kat Pah, rindu plak. Ada baiknya kena campak kat rumah Pah everytime cuti sekolah dulu, sebab sikit sebanyak, Yati jadi lebih organize, macam Pah.

Amirul sekarang pun, dah 3 minggu duduk rumah Pah dia. Bila tanya nak ikut balik tak, dia cakap, lain hari. Emmm... alahai...
*jangok = dialek Kelantan. Lawa, bergaya.

Sunday, December 06, 2009

Lovely message on pink sweet towel

Kak Nurul request untuk jahit atas pink face towel. Timasih Kak Nurul.

Yati rasa, kali ni Yati jahit lagi baik berbanding swan hari tu. Masuk bakul angkat sendiri pulak. Tapi betul la, I finally get the hang of it, dan Yati bangga dapat jahit ni special untuk kak Nurul. Macam masak la jugak, first time, second time masak, belum tentu menjadi. Bila banyak practise, baru dapat tangkap macamana.

Harap Kak Nurul berpuas hati.
Juga ada free gift untuk Kak Nurul.

Lama tak update blog. Camera Yati dah nazak. Battery dah lama kong. Tapi tak beli lagi. Dah survey kedai hari tu, mahal jugak nak beli battery baru. Tunggu Encik Abe dapat gaji. Kalau beli sekarang, budget lari pulak.

Orait, selamat berhujung minggu semua!
Kalau berminat nak order, jemput ke kedai Yati untuk info lebih lanjut ye!

Tuesday, December 01, 2009

Spring SAL - second update


Yati rasa, Yati tak banyak jahit sejak last update. Sibuk. Kalau tak sibuk pun, penat sangat nak menjahit. Ni pun terbabas, patut entry 30 hb, tapi lewat online tadi, tertidor dulu.
Perkembangan terkini, Yati jahit bahagian atas tu, langit dan pokok. Minggu ni, kena bekojo la kito sekuek nyo, nak catch-up Kak Shima ngan ALynn. :)
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea