Monday, November 30, 2009

Terima...


Baru dapat hari Sabtu. Kalendar 2010 yang Yati menang ari tu, contest oleh Kak Emila.
Cantiknya! Thanks ye kak!
Pejam celik, lebih kurang sebulan lagi kita nak masuk tahun 2010 kan. Cepatnya!
Kalau boleh stop masa, seronoknya, nak siapkan banyak benda. Tak terkejar rasanya.

Saturday, November 28, 2009

Bunga kunyit


Dua hari lepas, waktu siram pokok, perasan ada bunga tumbuh kat pokok kunyit. Pokok kunyit ni, Yati tanam dalam pasu. Sebenornya, semua pokok kat rumah sewa kami ni, Yati tanam dalam pasu, sebab tanah semua tuan rumah simen. Pertama kali, pokok kunyit tu keluar bunga. Tak sangka pulak boleh subur pokok tu. Yati beli kat pasar malam dulu, anak lagi. Sekarang dah bercambah-cambah. Cuma serai je, tak boleh tanam dalam pasu, dia tak hidup.
Bunga kunyit tu, dah potong, buat ulam, makan dengan nasi. :)

Thursday, November 26, 2009

Amirul's Convocation Day


Cerita minggu lepas, tapi baru minggu ni buat entry. Gambar kurang jelas, sebab Amirul jalan sangat laju amik hadiah. Tak sempat nak fokus. Dapat amik gambar belakang je. Amirul dapat Anugerah Pekerti Terpilih. Next year, Amirul naik darjah 1. Harap next time Amirul dapat hadiah dalam akademik pula. :)

Gambar Amirul pakat jubah convocation pra-sekolah. Dah di frame, tapi belum digantung. Tunggu husband drill. Amirul request gantung dalam bilik dia.

Alamak, ada reflection mama tengah amik gambar.

Kami tak balik Kelantan. Kalau balik, meriahnya, hari-hari makan lauk daging. Selamat hari raya korban pada semua!

Friday, November 20, 2009

Thank you Friends!

Alhamdulillah, mama Yati ok. :)

Kelam kabut sehari dua ni. Mula-mula mama dah balik rumah la. Pastu, pergi hospital balik, doktor sendiri telefon. Semalam, admit hospital. Pagi ni, kakak telefon, kata ma tak jadi operate, sebab blood pressure tinggi. Tension la ma tu, dok hospital.
Walau pun kakak dah telefon yang ma tak jadi di operate, Yati dan family turun ke Manjung juga pagi, sebab rasa, nak pergi tengok ma. Amirul ponteng sekolah hari ni.

Sampai je kat hospital, tengok-tengok, nurse-nurse tengah nak angkat ma ke stretcher, nak ke operation room. Jadi operate pulak! Husband Yati dok kat luar, jaga budak-budak tiga orang ni, sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh melawat ke wad. Syukur Yati sempat tengok ma sebelum ma masuk. Tau ma takut. Sedih dan berdebor-debor tapi Yati buat kuat je.
Masuk pukul 10. Dengan budak-budak ni yang tak boleh dok diam dan suka buat bising, kami balik ke rumah ma sementara tu. Rumah ma dengan hospital dalam 10 minit je naik kereta. Sempat kemas dapur ma. Papa dok sorang kat rumah. Pinggan mangkuk, periuk tak bercuci.

Pukul 12-30 tengahari, pergi hospital balik. Tapi ma belum keluar. Kali ni sebab pergi waktu melawat, kami masuk juga dengan budak-budak, ke wad. Pastu decide untuk tunggu depan operation room. Tapi bila lama tak keluar juga, tunggu kat wad ma pulak, sebab boleh duduk, plus ada aircond, boleh cool jap, dalam hati berdebor-debor. Hopefully, operation jalan lancar, dan takde complications. A couple of kawan mengaji ma datang melawat, bawak bubur. Dia orang pun ingat ma operate semalam, jadi bawak bubur untuk ma hari ni. Tapi silap.

Husband dapat call, kena masuk ofis juga pukul 3, walau pun hari ni dah apply cuti. Jadi, ingat by 2 o'clock ma tak kuar lagi, terpaksa balik dulu. Tengok-tengok, ma dibawak masuk. Masa mula-mula, tengok ma pucat je. Tapi bila nurse nak transfer ma atas katil wad, ma dah suara, "Sakit, sakit". Leganya Yati dengar. Ma sedar, ma boleh cakap. Lepas operate, mesti la sakit. Alhamdulillah, syukur sangat kat Tuhan!!!!

We're back in Sri Iskandar sekarang, sebab esok Amirul last sekolah, esok akan pergi balik ke sana.
Kepada Kak Dee, kak Anymz, Kak Shima, UstazCahaya, Kak Salmi, Kak Su, Ummi-Izah, Misa, Fida Ahmad, Ina, Kak Nza, honey dan Nuri the night owl, Yati sangat hargai doa dan semangat yang diberi. Terima kasih semua!

Syukur pada Allah. Tengok macam-macam karenah manusia hari ni. Letih. Not bad at all, doktor dari hospital gomen pun boleh push ma buat operate. Kalah doktor Hospital Pantai, Subang.

Tuhan dengar doa kita. Tapi Yati banyak lalai dalam mengerjakan suruhanNya. It's a knock in the head for me.

Thursday, November 19, 2009

Tolong doakan...


Mama Yati akan menjalani pembedahan hari ni, untuk buang breast cancer di Hospital Manjung. Doktor kata, chances 20-80, sebab jantung ma bengkak. Doktor bius kata, there might me a chance that ma akan koma, sebab masalah jantung tu. Tapi doktor tak mahu tunggu lebih lama, sebab cancer tu akan lebih teruk. I'm trying to remain calm and positive. Dear friends, tolong doakan agar mama Yati selamat ye.

Wednesday, November 18, 2009

Felt coin purse


Semalam, ralit dok buat coin purse ni. Dok fikir nak hias apa kat depan, selain dari bunga atau cupcake. Tiba-tiba datang idea buat burung. Tapi bila dah siap, Yati tengok, macam takde rupa burung pun. Macam itik tak berkaki pun ada. :)

Sunday, November 15, 2009

Rojak

Boleh tak Yati cerita macam-macam dalam satu entry? Pasal hari ni tak larat.

Perkara pertama, nak cerita pasal goodies baru dapat minggu ni.

1) My biz card

This is my card...Cantik tak?
Yati start bisnes dari rumah pada 8 Mei 2008. Tapi baru sekarang Yati buat business card ni. Sebelum ni, suka cop cop je, guna rubber stamp Yati. Jadi sekarang, tambah lagi satu pengenalan diri. Sangat suka dan puas hati, Yati order biz card ni dari kawan Yati juga, Zaihasra. Zai ni kawan Yati sejak darjah 1, sekolah kat Perlis dulu. Sangat talented orangnya, juga jalankan biz dari rumah, macam Yati. Business card yang dibuat berkualiti. Selain biz card, Zai juga boleh design flyers, cash bill atau invois, paper bag, brochures, stamp, calendar, money packet, dan macam-macam lagi la.

2) Hadiah saguhati MBP Cutest Baby in Stroller Contest

Hadiahnya berupa purse hook dan 10% diskaun coupon oleh Alicewonders. Comelnya purse hook tu. Sangat suka!

Perkara kedua, perkembangan SAL project.

Kak Shima dan ALynn, camne?
Bila jahit gambar pemandangan, Yati suka jahit keliling dulu. Kalau jahit potret orang, lain pulak. Mungkin sebab Yati nak tau besar cross stitch tu. Juga, macam satu test la untuk Yati. Bila kita jahit keliling dan start dari satu point, dan bila dah satu pusingan dan kita jumpa balik point yang kita start tu, maknanya, kita kira betul. Kalau tak jumpa point yang kita mula start tu, so kita tau la ada la salah kira mana-mana ni.

Bercerita pasal jahit projek ni, Yati rasa macam, "Eh, aku dah jahit lama, tapi nape tak banyak gerak pun?" Rasa lambat je, macam kalau kita mimpi hantu, pastu hantu tu kejar kita, somehow kita rasa kita tak boleh lari laju, tak kira camne kuat pun kita cuba lari laju. Macam tu la Yati rasa. Agaknya, sebab dah lama Yati tak jahit gambar scenery macam ni. Asyik jahit potret orang je, kita nampak progress cepat. Yati siap kan ni hari Sabtu, sebab hari Ahad... sila teruskan bacaan anda

Perkara ketiga, Yati pi Kuala Lumpur!!!!!
Entry sebelum ni, yang Yati stitch on towel tu, Yati nak hadiahkan pada pasangan pengantin yang majlis resepsinya diadakan hari ni, di Dewan De' Sri Endon, Puspanita, Precint 10, Putrajaya. Pengantin perempuannya anak kepada bos husband Yati. Tu la tujuan utama kami ke KL hari ni. Balik hari je. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Breakfast di hentian R&R Tapah. Berenti breakfast je dah sejam. Sampai Putrajaya betul-betul pukul 12 tengahari, terus makan nasi kenduri. Bila dah habis makan, pengantin pun belum sampai lagi, dan Hafizan pulak agak moody, jadi kami pun mintak diri dulu. Sambil lepak kat luar dewan, sebab tuan rumah suruh lepak dulu sambil minum teh dan kopi serta pekena bubur kacang, kuih-muih dan tapai, Alhamdulillah, tengok pemandangan keliling, sangat cantik.

Bila perut kenyang, hati sangat suka!

Sebenarnya, kami tak pernah sampai sini. Jadi, masa nak cari jalan ke sini, kena jugak tanya orang. Suka sebab dapat pergi KL, dan rasa sayu pun ada. Tak dapat dok lama. Bila menyusuri jalan Ampang, Jalan Tun Razak, rumah sewa dulu, tempat dating dulu, teringat kisah lama. Hehhe.

Dan... kami juga singgah di Ampang Park. Namun begitu, Yati sangat dukacita kerana Haby & Wool tutup! Haiya, mana saya tau itu Haby & Wool tutup on Sunday maa....
Menjamu mata melalui cermin gelap kedai itu, waiya... terasa macam syurga, banyak barang. Maafkan saya, jakun sebab kedai macam ni tak wujud di Perak, ok.

Bertolak balik ke Perak pukul 3. Singgah di restoran jejastas Sungai Buloh. Tapau burger A&W. Mesti beli benda yang tak boleh dapat kat Perak. Antara Burger King dan A&W, Yati lebih suka A&W. Nyum nyum... teruskan perjalanan, singgah kat R&R Tapah lagi, salin pampers Sulaiman, pergi toilet, minum petang, budak-budak main playground. Pastu sampai rumah pukul 6 lebih.

Ntah bila akan sampai KL lagi.

Sekian entry rojak dari Yati. Letih sebab balik hari. Sulaiman dalam kereta, nak isap susu je, naik lenguh tangan. Letih, tapi gembira...! :)

Tuesday, November 10, 2009

Stitch on towel

Balkis ada share macamana jahit atas kain kat sini.
Thanks to Balkis.
Bestnya kalau ada 'soluble canvas'. Tapi takde, jadi Yati pun guna cara yang sama untuk jahit atas towel.

Mula-mula, aktiviti mengira dan lukis pattern dan teks supaya seimbang.

Pastu, jelujur atas towel.

Pastu, jahit. Bila dah siap, tarik keluar fabrik Aida tu satu persatu, guna tweezer.

Sabor je la, kena lemah lembut tarik kuar satu-satu.

Dah siap..! Ok ke, buruk? Part yang susah sekali kat swan tu, dah ketat sangat, jadi Yati gunting je tepi-tepi. Malu la pulak nak bagi kat pasangan pengantin baru ni. Next time akan improve jahitan dan kerja Yati.

Ha, Yati baru tau, bahawa benang DMC BLANC rupanya tak sama dengan DMC 5200. Colornya lebih kurang, hampir sama. Tapi sebenarnya, takde kena mengena langsung.
BLANC does not equal to 5200. Haiya haiya, sebelum ni ingat ke sama. Bila dah jahit, baru nampak bezanya.
Ok, hari hujan, rasa nak tidor je ye. Terbayang-bayang katil dan bantal sejuk yang menanti. Hehhe...

Monday, November 09, 2009

Saya menang!

Kak Emila ada buat contest di blognya, untuk pilih quotes bagi setiap bulan untuk kalendar 2010, boleh refer kat sini. Cantik ilustrasi untuk setiap bulan, dan Yati camana bulih teringat satu quote ni, Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out – Robert Collier.
Ilustrasinya pula, Yati pilih untuk bulan Oktober, sebab gambar sorang ibu menjahit, dan anaknya kat belakang pegang satu hasil quilting.
Macam jahit jugak, walau pun tak progress banyak dalam sehari, kalau kita tetap jahit walau pun 5 minit je sehari, lama-lama hasilnya akan siap juga.

Terima kasih pada Kak Emila dan pihak penerbit kalendar beliau yang bermurah hati buat contest dan sponsor hadiah. Setiap bulan, ada seorang pemenang. Quote Yati terpilih untuk bulan Oktober. Hadiahnya, kalendar 2010, hasil karya Kak Emila.Alhamdulillah, thanks Kak Emila! :)

Four Season SAL - Spring

ALynn & Kak Shima, Yati pun join sekali ya.
Ni pertama kali Yati join Stitch ALong ni. Excited pun ada.
Yati cuba cari dulu pattern, boleh jumpa pulak kat Yun Yun belakang Billion Manjung. Yati tengok, pattern pun lebih kurang je. Kena perati betul-betul. Tapi tengok mencabar jugak ya.

Sangat suka. Kena atur jadual betul-betul la, sebab projek lain pun ada. Tapi gatal juga nak join. Hehhe...

Wednesday, November 04, 2009

Sulaiman menang!!!

Alhamdulillah, suka! Bukan pe, selama ni masuk contest ke, giveaway ke, tak pernah menang. Hadiah saguhati pun, suka.
Ni ha, Sulaiman menang hadiah saguhati Cutest Baby in Stroller Contest oleh MBP.

Hadiahnya, satu pursehook dari AliceWonders.

Tengok la ni, comel-comel baby yang menang kan.

Timasih pada Mom Bloggers Planet, AliceWonders dan Photobook Malaysia.
Tahniah juga pada semua pemenang. :)

Monday, November 02, 2009

Little Flower

...untuk Norhayati, yang beli 2 item dari garage sale dan telekung dari Indonesia dari kedai Yati.
Kecik je bunga untuk keychain ni. Harap Norhayati suka.

Dengan ni, telekung dalam beg comel dari Bandung dah pun habis stock. Selain telekung, table runner, tissue box covers dan cussion cover masih ada. Ada diskaun lagi. Baru update harga, juga ada barang baru masuk.

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea