Saturday, October 31, 2009

Mickey Mouse Club

Dapat email baru-baru ni dari sorang customer Yati, Sufia, yang baru habis siapkan stitch-a-photo gambar Mickey Mouse Club. Sufia minta Yati convert gambar Mickey Mouse Club untuk dijadikan pattern few months back. Sufia siapkan cross stitch ni untuk dihadiahkan pada anak sedara tersayang sempena birthdaynya. Great work, Sufia! Thanks sebab sudi share hasil jahitan Sufia!

Selamat berhujung minggu semua! Jangan lupa singgah di Yati & Stitch ya!

Thursday, October 29, 2009

Back on track

Semalam tak online langsung. Komputer pun tak on. Tidor awal. Hari Isnin tidor pukul 2 pagi. Hari Selasa, tidor pukul 3 pagi. Jadi semalam, tidor awal. Yati tidor lewat sebab siapkan pattern cross stitch yang customer order.

Ni Yati buat untuk Mazlina aka McNa. McNa order 2 pattern, jadi dapat keychain free. Thanks McNa.


Dua tiga hari lepas, emosi tak stabil. It's 'the time of the month', bila tak boleh solat, setan banyak, asyik nak naik angin je. Yati sendiri pun tak suka bila jadi macam ni. Rasa tertekan. Rasa bosan. Alangkah bagusnya kalau otak ni tak fikir banyak sangat. Alangkah bagusnya kalau otak ni boleh buat macam komputer, boleh keluarkan Task Manager, boleh select application atau process yang guna CPU usage banyak sangat, dan boleh end task. Tapi tak boleh. Asyik nak pikir semua benda. Pastu pening kepala.

Tak nak risau sangat. Nak buat satu-satu benda. Nak fokus pada hanya satu benda. Bila dah habis, baru fikir benda lain. Hanya satu benda kecil, dah terjejas. Bila dah terjejas, hilang terus motivasi. Pastu, amik masa 3 hari nak up kan balik motivasi tu ke full meter. Susah bila tiba 'time of the month' bila tak boleh solat, tak boleh berbicara dengan Allah. Kepala serabut. Dah tu, takde tempat nak luahkan.Sebenarnya, Yati tak nak pikir benda-benda kecik ni semua.

Menyusuri tangga kejayaan, Yati sedar yang Yati banyak tertinggal. Kawan-kawan semua dah kereta besar, dah kerja besar, rumah besar, semua besar. Tapi Yati cuma dok rumah. Tapi hari ni Yati fikir balik, "Apa sebenarnya yang aku nak?" Dan Yati dah dapat jawapan. Ye, elok untuk kita pandang ke atas, untuk motivate diri sendiri supaya kerja lebih keras. Tapi bila pandang ke bawah, dan tengok orang lain yang ada masalah lebih berat, yang anak sakit kronik, yang recycle nasi basi bagi anak makan, yang susahnya beribu-ribu kali lebih berat dari Yati, Yati bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan.

Ada orang cakap,"Berapa sen la hang boleh dapat dari cross stitch hang tu?" Ada juga yang bagi nasihat supaya kena masukkan upah ikut jam satu hari, berapa jam kita menjahit, baru berbaloi. Yati juga ada jumpa yang jual RE, lagi mahal dari cross stitch yang Yati jahit. Tapi dia orang tak tahu. Dia orang cuma pandai cakap je. Berapa sen aku dapat? Kalau orang tak bagi duit pun, Yati akan tetap jahit cross stitch, ok. Ni bukan kerja, ni passion Yati. Ni satu therapy untuk Yati. Yati besarkan anak-anak sendiri. Ye, Yati bukan sorang yang sempurna. Adakalanya, hilang sabar dengan karenah anak-anak. Ada 'handbag' yang asyik melekat je, tak boleh nak lekang.

Ros kat rumah baru kembang. Ntah apa la yang budak-budak ni fikirkan bila mak dia orang naik angin. Hafizan termenung.

Amirul ni kalau amik gambar, sengih je. Hafizan tak habis-habis dengan anginnya. Hafizan pun macam Yati jugak, unpredictable.

Tapi dia orang sihat dan happy di bawah jagaan Yati. Ni waktu dia orang tengok tv, sambil makan. Yati cukup tak suka tengok sofa yang dia orang duduk tu. dah koyak. Sponge dah keluar, budak-budak 3 orang ni suka korek. Rasa nak gergaji kecil-kecil pastu campak kat tempat orang buang sampah. Dinding, dia orang suka conteng. Dengan bantal busuk, letak merata-rata. campak-campak, pastu cium, mana la tak kena selsema.

Deep inside, dia orang ni la kekuatan Yati. Tipu lah kalau Yati cakap yang Yati tak rindu gaji masa Yati kerja dulu. Kalau Yati tak berenti, ntah-ntah dah position apa la skrang ni. Tapi Yati tak suka guna "kalau". Sebab benda ni dah jadi, nak hidup tanpa regrets. Nak hidup dengan gembira.. dan itu la yang Yati rasa hari ni, bila semua customer dah dapat order dia orang, bila dia orang puji jahitan Yati hidup, rasa suka, rasa seronok yang tak tau nak terangkan macamana.

Alhamdulillah, Ya Allah. Apa pun, kena terus jalan. Dan Yati akan terus jalan, with my head held high and a smile to all. :)

Tuesday, October 27, 2009

Amirul punya


Hari Ahad, buat projek ni sat. Amirul bila dah siap satu, dia minta lagi satu. Tengok la beg sekolah Amirul tu.

Nota kaki: Hari ni rasa terjejas. Banyak buat benda. Enjin macam makin slow. Sebelum enjin ni berenti terus, kena cari sesuatu supaya enjin bertambah laju dan terus berjalan. Tapi susah kalau tak ada sokongan dari sesiapa. Hanya harapkan kekuatan dari dalam. Sedar akan keadaan sekarang ni, dan tak mahu terus berada dalam keadaan macam ni. Payahnya, tapi akan terus berusaha selagi kudrat masih ada untuk berubah ke arah kebaikan. Waaa... help me...!

Saturday, October 24, 2009

Felt Keychain

Bercuti kejap dari cross stitch.
Suka sebenornya tengok felt craft ni. Sekarang ni, ramai yang ambik order buat macam-macam dari felt, antaranya keychain, cekak, brooch, sepit rambut, macam-macam lagi la.
Yati pun teringin nak buat. Guna felt yang dibeli dari Craft Valley.
Jadi la keychain. Ok tak? Boleh la yek. Baru nak belajor. Lain kali, nak cuba buat benda lain pula.

Amirul dah mintak satu la pulak. Ingat nak buat benda lain untuk dia. Tapi dia nak bentuk heart jugak. Nak letak kat beg sekolah dia.

Yati tak jual keychain ni. Tapi Yati nak bagi free. Kalau beli barang lebih RM30 kat kedai Yati, dapat satu. Assorted colors and shapes. Sementara stok masih ada. :)

Friday, October 23, 2009

Al-Fatihah

Sedih.
Baca ni, ceritanya dan di sini.
Yati baca dari Little Mama's Diary.
Nur Fatimah, baby 3 bulan, meninggal.
Takziah untuk ibubapanya.

Wednesday, October 21, 2009

Wonderpets

Kat rumah, ada 2 ekor ikan puyu dan 2 ekor turtle.

Ikan puyu ni, senang nak bela. Boleh hidup dalam air paip je, walau pun takde oksigen yang letak dalam akuarium tu. Dua-dua ekor ni, mak Yati yang bagi, dia beli kat pasar tani.

Turtle tu, sekor betina, sekor jantan. Yang betina, besar dari yang jantan. Encik Abe beli di kedai pet kat sini. Sebelum ni, kalau cuci bekas turtle ni, Sulaiman selalu pegang kepala turtle ni, pastu kepala dia pun masuk dalam cengkerang. Tapi 2 hari lepas, waktu Yati pegang turtle betina yang besar tu, Sulaiman nak pegang kepala turtle, tapi dia kena gigit. Sulaiman nangis. Terkejut Yati. Nasib baik takde luka. Rupanya, bila dia lapar, dia jadi agresif, boleh gigit orang.

Pastu, Yati pun teringat masa kecik dulu, arwah Pah ada cakap, turtle ni, kalau dia gigit, dia tak lepas selagi takde bunyi tagor*. Yati pun dah start takut untuk pegang turtle tu. Tapi kalau kita pegang dia kat cengkerang dia, selamat la kan. Tiba-tiba rasa macam nak lepaskan dua-dua turtle tu dalam kolam UTP. Menakutkan...

*tagor= tak hujan, tak ribut, tapi bunyi kuat macam guruh.
Contoh ayat: "Suara budak tu bukan main kuat lagi macam tagor!"

Saturday, October 17, 2009

New stitch-a-photo - Lovely Couple

Yati baru siap jahit potret Encik Zawawi bersama isterinya.
Romantik gitu, kan...?
Yati dan Encik Abe jangan harap la nak amik gambar camni, sebab Encik Abe pemalu orangnya. Pemalu ke..? Heee....

Camana pun, it has been a great pleasure for me to stitch this photo.
Encik Zawawi adalah repeat customer Yati. Foto ni adalah yang kedua Yati jahit, lepas gambar anak-anak beliau, entry nya ada kat sini. So ada free gift special untuk beliau.

Ok, hari ni kami balik Lumut. Happy Deepavali dan selamat berhujung minggu pada semua!

Jemput singgah

Friday, October 16, 2009

I want Emila’s cute handmade dolly because…

"...saya suka kumpul benda comel dan saya tidak pandai menghasilkan dolly sendiri, juga boleh digunakan sebagai pin cushion, tapi rasanya saya tidak sampai hati untuk mencucuk jarum dekat little red and riding hood ini, jadi saya nak jadikannya sebagai salah satu koleksi benda-benda comel simpanan saya."

Kak Emila nak bagi dolly di atas free, sempena birthday beliau.
Giveaway ni berakhir pada 21 Oktober.

Yati suka semua hasil tangan Kak Emila.
Kak Emila memang dianugerahkan dengan bakat yang istimewa.
Kak Emila seorang freelancer, banyak ilustrasi yang dihasilkan beliau digunakan oleh PTS Publication, buku dan novel oleh A. Samad Said, Usman Awang, dan banyak lagi.
Perasan tak, banner kedai online Yati, jugak Kak Emila yang buat.
Happy birthday untuk Kak Emila, semoga Kak Emila terus sukses!

Sesapa nak cuba dapat dolly comel kat atas, meh klik sini...!

Tuesday, October 13, 2009

Ubat sakit kepala

Sakit kepala bermusim. Kalau tak sakit, lama sihat. Kalau sakit, hari-hari dia sakit. Sakit kepala pula, bukannya sikit. Tapi, rasa macam nak termuntah dan nak buang air besar. Bila sakit, baru terasa sama ada terlebih cafein atau tidor tak betul. Selain panadol actifast dan dipicit oleh abang ku sayang, ubat yang baru di-discover, buttons... comelnya. Patutla orang dok collect buttons je. Sebab seronok rupanya. Semua buttons di atas dibeli kat Beauty Enterprise, Sitiawan. Macam ada yang pernah tengok dijual online je kan.

Button jar Yati masih banyak ruang kosong. Takpe, akan usha slow-slow.
My stitch-a-photo untuk seorang customer sudah hampir siap. Sambil bagi tidor Sulaiman, belek-belek magazines lama dan buku yang ada, cari inspirasi. Nak cuba buat benda yang tak pernah buat lagi. Sakit kepala, pergilah engkau jauh-jauh.

Monday, October 12, 2009

ADR'S Giveaway

ADR's Treasures, oleh Kak D, sedang buat giveaway, sempena ulangtahun pertama dan birthday Kak D pada 21 Oktober ni. Giveaways dari Kak D termasuk lah...

Kak D akan pilih 3 pemenang bertuah pada 22 Oktober. Ada extra hadiah lagi...
Marilah kita join beramai-ramai...!

Saturday, October 10, 2009

Sambutan Raya

Ada majlis sambutan hari raya kat kawasan perumahan kami ni. Setiap rumah digalakkan untuk bawa satu menu.

Kami bawak dadih dan biskut raya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Lepas tu, makan time...

Ada bihun, mee, kuetiau goreng, bihun sup, nasi, pengat pisang, nasi himpit, kuah kacang, bubur kacang, bubur jagung, popia, kek, macam-macam ada. Meriahnya. Tak cukup untuk rasa semua.

Camana nak kurus ntah. Dok makan je.
Selain menyambut hari raya, majlis ni juga bertujuan untuk merapatkan hubungan jiran tetangga kat sini. Ada cabutan bertuah, dan acara untuk budak-budak, musical chair dan tiup belon.

Musical chair ni, Amirul awal-awal dah terkeluar.

Amirul dengan penuh semangat tiup belon.

Mama suap Sulaiman kek. Hafizan tak tinggal ultraman dia.
Seronok. Budak-budak suka. Tahun depan, buat la lagi.

Sunday, October 04, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

Buat julung-julung kalinya Yati nak cuba masuk baby contest oleh MomBloggersPlanet.


Nama baby: Wan Muhammad Sulaiman bin Wan Azlan (my third prince)
DOB: 23 August 2008

Stroller dalam gambar Sulaiman di atas adalah salah satu dari 2 stroller yang kami ada. Stroller ni kami bawak kalau nak jalan-jalan kat park, atau pun kalau pi shopping. Kalau rajin dan cuaca baik, Yati akan bawak Sulaiman jalan-jalan naik stroller ni around taman perumahan kami ni. Stroller dalam gambar di atas dah digunakan sejak anak pertama Yati lagi. Tahan. Kain dia boleh ditanggal dan basuh. Ada ruang simpan kat bawah. Ada brake kat roda depan juga brake di bahagian belakang.

Pada pendapat Yati, antara ciri-ciri yang perlu ada untuk stroller termasuk lah:

1) Mudah untuk digunakan. Senang untuk disimpan di dalam kereta. Senang untuk disediakan untuk letak baby ketika nak guna. Kami ada satu lagi baby stroller, harga mahal, masa beli, datang sekali dengan baby car seat. Tapi stroller yang lagi satu ni, kami jarang guna sebab ia terlalu besar untuk dimuatkan dalam kereta kami ni (boleh muat, tapi kena bawa keluar barang lain dalam boot kereta dulu), dan agak susah untuk dilipat untuk disimpan for storage. Sekarang ni, stroller yang lagi satu ni disimpan kat rumah opah je. Kami lebih suka guna stroller dalam gambar kat atas.

2) Harga berpatutan. Yati rasa, kita boleh jumpa stroller yang bagus dalam lingkungan dua ratus ringgit sekarang ni. Jangan jadi macam Yati pula, beli baby stroller mahal-mahal (dalam RM800 lebih), tapi end up bawah tangga kat rumah opah.

3) Keselesaan baby. Baby kita rasa selesa duduk kat dalam stroller. Siap boleh tidor lagi.

4) Ada ciri-ciri seperti tempat duduk boleh laras, jadi baby boleh duduk tegak atau baring, tempat letak kaki (foot rest) bila baby dah agak besar, dan ruang simpan (storage basket) untuk letak barang, ada brake supaya stroller tak bergerak, untuk keselamatan baby juga.

Rasanya, tu je la kot yang Yati boleh cerita.
Kalau sesape ada gambar baby dalam stroller dan nak join contest ni, sila klik sini. Tarikh tutup contest ni adalah pada 15 Oktober.

Hadiah contest ni termasuk lah dari PhotoBook Malaysia, dan AliceWondersMarilah kita join contest ni beramai-ramai.

Saturday, October 03, 2009

Cerita raya

Dah 2 minggu tak update blog.

Tahun ni, kami berhari raya di kedua-dua kampung, Lumut dan Tumpat.
Kami balik Lumut sehari sebelum raya. Sempat tolong ma buat rendang dan kuah kacang. Sempat juga belajor anyam ketupat dari abang ipar. Buat pertama kalinya dalam sejarah raya family kami, kami buat ketupat. Sebelum ni, cuma buat nasi himpit. Tapi rasa pun lebih kurang sama kan.
Raya pertama, makan sepuas-puasnya. Menu ma masak termasuklah nasi minyak, rendang ayam, serunding daging, pulut kuning (pergh... !), ketupat, nasi himpit, kuah kacang, sambal tumis petai, paru masak hitam. Aktiviti pulak selain tengok TV, makan, rileks jap, pastu makan balik. Hehhe...

Sulaiman pakai baju melayu pun, kena pakai bib jugak. Sebab air liur dia, boleh basah baju.

Susah nak amik gambar Sulaiman. Dia asyik nak turun je. Sejak pandai jalan ni, tak boleh duduk diam langsung. Ni gambar Sulaiman, Amirul dan Hafizan dengan opah dan tok. Sape pulak yang amik gambar ni. Kepala tok pun nampak sekerat. Kamera banyak. Setiap scene bertukar kamera, dari kamera kak, tok, Yati. Kameraman pun bertukar-tukar.
Tema baju raya kami tahun ni, color hijau.

Ni pula gambar Yati tiga beradik dengan ma dan papa. Duduk dari kiri, Yati, kakak sulong dan kakak tengah. Ye, kami 3 beradik semua perempuan. Dan Yati punya anak pula, tiga-tiga laki.

Sekian, itu je la gambar raya yang sempat diambil. Lepas tu, kamera Yati bateri kong. Dah tak leh on untuk snap gambor lagi. Tunggu kak la upload gambar. Banyak sedih. Tak dapat ambik banyak gambar.

Malam raya pertama main bunga api dan mercun. Kak ngan abang Rossham (abang ipar Yati) bawak balik mercun ala KLCC daa... siap dapat tepukan gemuruh dari jiran tetangga yang sempat menyaksikan pertunjukan bunga api. Gambar - yilek...! Haiya... haiya... banyak sedih.

Second day raya pagi, kami bertolak ke Tumpat. Balik juga ke kampung Encik Abe ku, setelah last year tak balik langsung.
On second day di Tumpat, kami pi jalan-jalan lepas pi beraya ke rumah sedara mara. Jalan pun dah banyak jadi one way ya, dah macam Ipoh la pulak. Pulak tu... sejak bila pula ada Giant depan pasar Siti Khadijah tu..?

Ni pandangan dari dalam MacDonald's. Trafik, sesak. Pesanan dari Yati, kalau kawan-kawan nak pergi Giant Kota Bharu ni, parking kat basement atau luar saja la. Tak payah naik parking kat atas. Slope (kecerunan) parking nak naik tu, tinggi sangat. Bahaya. Tak tau napa dia buat macam tu. Apa salahnya dia buat parking pusing ke. Nak jimat kos ke, hapa, tak tau la.

Dari gambar memang tak nampak tinggi. Tapi masa kami naik kereta untuk parking atas tu, gerun la, tak tau slope dia berapa darjah. Yati takut kereta terbalik. Kami tak beli apa-apa pun atas tu. Tempat makan pun tak de lagi. Pastu terus turun, parking kat luar, cari tempat makan. Encik Abe sempat berborak kat pakcik tukang kasut kat situ. Dia kata, dia pernah tengok kereta kancil gelongsor turun masa naik parking Giant tu. Selain kereta kancil, kereta lama la, yang gelungsur turun. Menakutkan... Korang kalau pi Giant KB, parking la kat luar tau. Tapi kalau nak merasa adventure camel Trophy, boleh la nak try. Heee.....

5 hari juga kami stay kat kampung Abe. Budak-budak ni kerja dok kejar ayam itik sampai ayam itik semua fobia bila budak-budak ni keluar rumah, sebab tak cukup tanah nak lari. Sulaiman pun sempat beraya dengan nenek, pergi rumah jiran tetangga. Walau pun jarang balik Kelantan, tapi budak-budak ni boleh sesuaikan diri. Hari-hari kami breakfast di kedai kopi kat stesen bas KB, tempat nostalgia. Kedai kopi tu la kami lepak dulu, masa tu kami baru kawin, balik Kelantan naik bas. Sebab sampai awal pagi, bas ke kampung Encik Abe takde lagi, kami dok kedai kopi tu, pekena kopi O ngan roti bakar. Sedapnya, budak-budak pun suka makan situ. Depan kedai ada orang jual nasi gulai. Pekena 2 bungkus. Pergh...

Cuma masalahnya bila travel. Sulaiman muntah sekali, Hafizan - 3 kali, Amirul - 2 kali. Mabuk. Yati sendiri pun sampai migrain. Lama sangat dok dalam kereta. Dok berenti je kerjanya, tukar baju budak-budak ni bila muntah. Kat Pulau Banding tu, berenti lagi, buang semut. Semut dalam buah dokong. Permintaan dari ma, nak makan buah dokong dari pokok mek (mother in law). Semut tu mungkin panas dok dalam plastik dokong, walau pun dah ikat elok-elok, dia keluar juga, mungkin sebab panas. Semut Tumpat, di buang di Banding. Sian semut.

Mungkin ada baiknya next time kalau bertolak dari sana sebelah malam, jadi budak-budak tidor dalam kereta. Tapi Yati kurang suka travel malam. Takut bila sampai kat Banding tu. Jalan kan pusing-pusing. Ntah lubang ke, binatang buas ke.

Lega bila sampai rumah. Terlalu lama tinggalkan rumah (padahal seminggu je). Bukan pe, risau juga, sebab orang belakang rumah tu, rumah dia dah kena masuk tetamu yang tak diundang. Habis laptop kena kebas. Tapi syukur bila sampai, semua selamat. Seronok dapat sambung menjahit balik.

My work in progress. Makin lama, makin nampak macam lukisan dari jauh. Dari dekat baru nampak macam cross stitch. Tak boleh rush, sebab benang biru ada banyak tone, semua hampir sama, mata naik juling. Tapi sangat suka. Tak sabar untuk siapkan untuk seorang customer Yati.

Tidak lupa, seperti biasa, barang-barang yang wajib borong dari Kelantan. Err... sebenarnya, ambik dari kedai mek yah (sister in law), dia ada kedai runcit kat rumah.

Air oren dan sarsi kegemaran kami. Yihaa... sini mana ada jual maaa....Ini apa pulak ni? Ha... yang ni Yati beli kat tepi jalan, on the way to Pantai Tujuh, ada orang jual hasil anyaman. Sebenarnya, kat pasar malam rumah Yati pun ada jual jugak camni. Tapi, takde bekas macam ni. Jatuh cinta pandang pertama.

Lalu dijadikan bekas menyimpan my precious. Yahoo...Dan sempat menyambar buku cross stitch dalam bahasa melayu laa... jumpa pulak kat Pustaka apa ya... ala kedai buku kat Giant tu jugak.

Itu la ceritanya. Tak banyak gambar raya diambil. Seronok beraya tahun ni. Sedara mara ramai yang jumpa masa balik Tumpat. Sempat pergi makan kenduri rumah another sis-in-law. Kat sana, dari hari second day raya lagi dah ada kenduri kawin. Sedapnya lauk gulai. Pengkalan Kubor ( errr... Kubor ke Kubu), sempat pergi jugak. Beli barang budak-budak la, apa lagi. Yati beli termos je kat sana, sebab Sulaiman dah bagi pecah termos klasik kami.

Duit raya budak-budak pun dah selamat disimpan di bank semalam. Lega, kena simpan cepat-cepat duit raya budak-budak ni, kalau lambat simpan, mak budak ambik buat belanja dapur pula. Oh jahatnya aku...
Ok, till then... selamat ya....