Saturday, September 12, 2009

Duit raya...

Duit raya dan kueh semperit diterima dari Nurul dari Hak Cinta Terpelihara.
Terima kasih la orang Ipoh. Silap-silap Yati pi Ipoh kang, claim duit raya betul. Hehhe..

E-card raya

Yati terima e-card raya dari pn-iena dari Pena Mata Bulat. Terima kasih ye. Second e-card tu boleh keluar bunga api la. Hehhe...



Friday, September 11, 2009

Untuk semua...


Hari ni 21 Ramadhan.
Radio dah pasang lagu raya..
Ramadhan dah nak habis, tahun depan tak tau jumpa lagi ke tak.
Baju raya Yati belum siap lagi. Tailor belum telefon. Next week nak pi tengok la.
Biskut dan kerepek raya dah sampai.
Minggu depan dah start cuti. Ma dah pesan suruh balik awal.
Kepada semua pembaca, keluarga, kawan-kawan, followers dan semua pelanggan Yati, Yati nak minta ampun dan maaf di atas semua salah silap Yati. Halalkan makan dan minum.
Selamat hari raya untuk semua...!

Saturday, September 05, 2009

Biskut Makmur Arab

Sangat lama tak update blog.

Hari ni, Yati buat kueh makmur arab. Tak tau nape ada arab kat belakang. Mungkin sebab kalau letak inti kurma pun sedap jugak untuk gantikan kacang. Pernah try dulu. Resepi di bawah di copy dari buku resepi ancient mama Yati. Jadi, measurent semua pakai cawan.

Resepi ni hasilkan kueh makmur yang ringan dan cair di mulut (lekat di gigi), harap maklum.

Kueh Makmur Arab

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
3 per 4 cawan minyak sapi
1 biji telor (putih saje)
2 sudu gula icing
Sedikit gula icing untuk ditabur

Untuk inti

1 cawan kacang goreng (ditumbuk halus)
Setengah cawan gula halus
Kedua-dua bahan ini digaul hingga sebati

Cara Membuat:

1) Goreng tepung (tanpa minyak) hingga kuning.

2) Pukul putih telor hingga kembang.

3) Satukan minyak sapi, putih telor, gula icing dan tepung yang suam.

4) Uli sampai tidak melekat di mangkuk.

5) Leperkan adunan dan masukkan inti.

6) Bentukkan bulat membujur dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

7) Bila sudah masak, guling-gulingkan ia dengan gula icing.

Siap. Yati dapat 47 biji, sebab uli besor-besor bapak. (Nak cepat siap sebab buat kueh time Sulaiman tak tidor, kan dah terkejor-kejor..)

Ok, selamat mencuba...
 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea