Wednesday, August 26, 2009

Kad lagi...

Kad lagi, kali ni dari Idah. Terima kasih Idah...!

Sehari dua ni, rasa lemah-lemah je. Tak cukup air, huhu...
Terpaksa jugak...
Sulaiman minum susu banyak sangat, walau pun dah bagi dia makan macam-macam, nasi lagi, capati lagi, biskut lagi...
Makan oat lagi, minum air banyak, tapi kurang jugak...
Letih nak melayan lagi.
Jadi, malam selalu tak larat nak online. Tidor.
Selamat...

Monday, August 24, 2009

Kad & Tag

Kad dari Welly. Terima kasih, Welly.

Selain kad, nak jawap tag dari Yan.
Yati punya Multiply tu, adalah import blog sini. Jadi, entry semua sama. Cuma kat Multiply tu, kadang-kadang keluar new entry, kadang-kadang tak. Pelik jugak.

Tajuk Tag: List of 10 things that make Yati terribly happy

1) Dapat beli buku dan majalah craft dan stitching

2) tengok anak-anak besar depan mata

3) cycling.

4) buat cross stitch, walau pun tak banyak, mesti ada progress walau pun sikit. How I wish ada lebih 24 jam dalam sehari.

5) tengok anak-anak dan suami makan apa yang Yati masak

6) tengok martha steward dan oprah

7) nikmat yang Allah kurniakan. Syukur.

8) tengok bunga-bunga keluar dengan banyaknya.

9) Jalan-jalan tolak Sulaiman dalam stroller, around the neighbourhood.

10) bila customer suka terima barang

Tag 10 things ni, pada sape nak jawap, silakan ya.

Yati: Alhamdulillah, dah 2 hari posa.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Terima kad dari pn-iena, blog Pena Mata Bulat. Terima kasih, pn-iena.

Yati berazam untuk puasa elok-elok tahun ni. Tahun lepas banyak hari tak berpuasa sebab lahirkan Sulaiman bulan puasa. Pada semua pembaca blog Yati ni, juga pada kawan-kawan semua, semoga puasa dan amal kita tahun ni lebih baik lagi serta diterima oleh Allah S.W.T. Tahun depan tak tau sama ada umur kita panjang atau tak untuk jumpa Ramadhan lagi. Dah pasang niat puasa belum? Jangan lupa bangun sahur.

Yati: Semoga susu badan ini tak akan berkurangan untuk Sulaiman sepanjang bulan puasa ni.

Monday, August 17, 2009

Mask of zorro

Yati pergi pasar malam petang tadi pakai mask. Pergi sorang je. Dah 2 minggu tak pergi. Dekat je dari rumah. Biasanya, pergi pasar malam untuk beli stok bahan mentah dan barang dapur. Sudah 2 minggu juga makan telor, ikan bilis, sardin. Minggu ni nak masak barang fresh.
Tak ramai yang pakai mask. Mereka-mereka ini sungguh berani.
Masa nak beli ikan, punya la ramai orang berkumpul depan tong ikan kembung apek itu. Lamanya tunggu dia orang dok pilih ikan. Yang beli sorang, yang tukang pilih punya la ramai. Buat-buat batuk sikit, sungguh miracle, kiri kanan orang make way. Seronoknya.
Bila tak ramai yang pakai mask, rasa kita pulak yang pelik. Orang pun tengok. Ada juga yang pakai, nampak pregnant woman sorang pakai, budak-budak pakai. Ada juga yang berani bawak baby kecik, tak pakai.
Dalam satu artikel Yati pernah baca ni, doktor cakap, orang kita ni yang sihat je ramai pakai mask. Yang tak sihat tu, tak pakai, dan masih pergi kerja dan keluar rumah.
Masih kurang awareness, atau rasa diri boleh sembuh kalau terkena pun, entah lah. Tapi untuk Yati, elok la cegah.
Semoga Allah lindungi kita semua.
By the way, tempat korang ada gula tak? Makcik bawang kata, gula belum ada. Juga semua kedai kat sini tak ada gula. Alahai...

Saturday, August 15, 2009

Birthday

Dah lama betul Yati tak update blog.
Hari ni, kami balik rumah ma sekejap.
Sempat sambut birthday ma dan Sulaiman.
Birthday ma pada 17 haribulan Ogos, dan birthday Sulaiman pada 23 Ogos.
Kak dari KL pun balik hari ni.
Cuma kakak tengah yang tak dapat balik sebab ada exam.

Ni gambar birthday cake. Beli di Secret Recipe. Chocolate mud cake. Sungguh yummy, tak macam chocolate cake biasa. Tulis 'Happy Birthday Opah & Sulaiman'.
Ni ma lepas tiup lilin. Ma sambut birthday yang ke 64. Beberapa bulan lepas, dalam tahun ni, ma di diagnosed ada breast cancer. Tolong doakan ma Yati supaya cepat sembuh ya.

Gambar ma, papa, Hafizan, Sulaiman dan Amirul. Kak Yati rajin melayan budak-budak ni, pergi beli cake dan party pack. Thank you, sis.

Sulaiman will turn 1 on this coming 23rd August. Next week kena la jumpa doktor, cucuk.

Yati nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan pada semua yang tengah baca blog Yati ni. Terima kasih pada semua yang follow blog Yati. Semoga puasa dan amal kita pada tahun ni lebih baik lagi dari tahun lepas. Selamat berpuasa pada semua...!

Thursday, August 06, 2009

Mungkin

Stop amik tempahan

Alhamdulillah, ada gi tempahan nak siapkan.
Harap dapat siapkan sebelum raya.
Mungkin tak dapat nak update blog selalu, tapi akan jenguk juga.
Happy stitching and crafting everyone!

Tuesday, August 04, 2009

Butterfly Pincushion

Ini adalah pincushion yang pertama Yati buat.
Hari Ahad buat benda ni, perlu buat sesuatu untuk penuhkan masa. Kalau tak, mesti rasa bosan, dan ajak encik abe keluar jalan, dan mesti nak pergi JJ, dan mesti nak masuk MPH, dan mesti nak beli buku craft atau magazine.
Selamat... akhirnya cuma pi mamak, pekena capati.
Sebab first time seumur hidup buat pincushion, punya la lama nak siap. Kecik dan kurus pulak bila dah siap. Tapi suka... Hehhe...
Jumpa projek pincushion ni dalam buku ni. Buku yang telah lama disimpan, tapi masih banyak projek yang belum cuba.

Monday, August 03, 2009

Award from Sis NZA

Award dari Kak nza.
Terima kasih kepada kak nza.
Harap silaturrahim antara kita berkekalan hendaknya.
Semoga sis nza temui apa yang dicari, jangan cuti lama sangat ye. :)
Thanks again for the lovely award!

Sunday, August 02, 2009

Biskut Mata Keroro

Keroro
Hari Sabtu berlalu dengan pantas bila kita buat kueh. :)
Sabtu - Kami buat biskut bundar, also known as biskut mata keroro by the kids.
Saje, buat minum petang.
Resepi - Biskut Mata Keroro

Bahan-bahan:
150 g gula halus
175 g mentega
350 g tepung gandum
75 g tepung kastard
35 g tepung jagung
2 biji kuning telor
Sedikit baking powder
Sedikit esen vanilla

Cara membuat:
1) Pukul gula dengan mentega hingga kembang, kemudian masukkan kuning telor satu persatu dan kacau lagi sehingga rata. Tambahkan esen vanilla.

2) Di mangkuk adunan lain, ayak tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder. Gaul kesemua ini rata, dan masukkan ke dalam adunan gula dan mentega yang telah dipukul tadi. Gaul adunan hingga rata dan lembut.

3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan merah, dan satu lagi biarkan tanpa pewarna. Ulikan satu persatu kemudian canaikan bahagian yang tidak berwarna. Selepaskan itu lapiskan atasnya dengan yang berwarna merah.

(Bagus waktu canai tu, lapik plastik. Senang nak gulung)

4) Gulungkan adunan kemas-kemas, dan potong anggaran tebalnya 1.2 cm

5) Aturkan dalam dulang pembakar yang telah dilengser dengan mentega dan bakar dalam suhu 180 Celcius selama 20 minit atau sehingga biskut masak.

Boleh dapat sampai 83 keping biskut.
Boleh ganti color lain, ikut mana anak suka.
Yihaa....!