Thursday, April 30, 2009

Dia naik lagi

Last week masa Yati ada pergi satu kedai jual alat-alat jahitan kat Sitiawan, tuan kedai tu cakap, harga benang DMC naik lagi ke RM1.50. Dia tunjuk sekali surat dari Haby & Wools. Hmmm... kena la pandai cari kedai sekarang. Kita beli sekali bukannya sikit. Tapi ada kedai yang benang dia stok lama, dia still jual dengan harga RM1.20.

Ni projek in progress. Dalam 60% dah siap. Tak leh tunjuk gambar full. :)Happy birthday to my sis, Kok!

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti pada semua orang. Weekend yang panjang. Tak balik kampung ke? Have a great time everyone!

Wednesday, April 29, 2009

Pangkor Trip

Kami pi Pangkor hari Ahad lepas. Kami naik feri pukul 7.30 pagi. Jadi, tak ramai orang pun, walaupun pi waktu minggu JomHeboh. Bercakap pasal JomHeboh ni, nampak ramai sangat orang beratur tengah panas untuk naik bas ke JomHeboh dalam navy. Hui... bas tu plak dia isi sampai penuh, baru jalan. Sebenarnya, tempat dia orang buat tunggu bas ni (Taman Beruk Paya Bakau) opposite dengan pintu gerbang Venice of Perak. Jadi, boleh la nampak masa datang rumah ma aritu.
Berbalik pada Pangkor, last sekali Yati pi Pangkor, masa lepas habis SPM. Masa kerja dengan FTM dulu, ada pergi company trip ke Pan Pacific (sekarang dah tukor nama ke Pangkor Laut ke, apa ke, tak pasti), tapi tu tak dikira sebab dok dalam kawasan hotel je, aktiviti semua kat hotel, tak keluor pekan Pangkor langsung. Yati tak sabor sebenarnya nak pergi Pangkor, sebab suka laut, dan dah lama tak pergi holiday. Ni antara gambor-gambor kami.
Mama, Hafizan, Abang dukung Sulaiman. Tengok la kat belakang tu, takde orang lain langsung. Ni first trip abang ke Pangkor.
Hafizan pun excited sebab naik ferry. Ma kat belakang dengan kainnya, sebab sejuk air-cond kuat.
Ni kami dah sampai Pangkor. Seronotnya!

Amirul ngan Hafizan sibuk main sand castle.

Ni abang kat depan chalet kita orang. Kami dok kat Palma Resort, Teluk Nipah. Kat Teluk Nipah ni, ada banyak chalet-chalet, kedai souvenir, kedai makan, cyber cafe dan dekat benor ngan laut.

Grandsazer dan keluor.

Dekat Teluk Nipah ni, banyak betul burung apa ni, burung kenyalang ke, burung enggang dalam bahasa melayu? Hornbill orang putih cakap. Makcik Seri (tuan punya Palma Resort) bagi burung makan nasi pagi-pagi.

Esoknya, on Monday (Amirul skip school satu hari, hehhe), sempat singgah di kubu Belanda lepas breakfast kat Pekan Pangkor. Nampak tak meriam kecik kat atas tanah tu? Yati boleh tersadung benda tu dan jatuh tersembam macam nangka jatuh, dah la Yati tengah carry Sulaiman. Terkejut dia. Yati pun tak nampak benda meriam kat bawah tu. Nasib baik semua ok. Amirul plak tak nampak tangga, boleh terpeleot kat steps nak naik atas tu.

Dalam kul 12 camtu, kami pun check-out dan bertolak balik. Matahari atas kepala.

Macam tu la ceritanya. Sampai sekarang letih dan lenguh kaki tak hilang lagi. Sebab dukung budak dan bawak beg. Tapi seronok sebab makan ikan besar masak sweet sour. Mandi laut sampai 3 kali. Tak tau bila lagi dapat sampai sana.

Ni ikan stim, Yati masak for lunch. Dapat resepi ikan stim ni dari Makcik Seri. Seeedaaap!

Please vote untuk poll kat sebelah kiri ni ye. :) Thanks.

Tuesday, April 21, 2009

Langit Biru

Hari Isnin lepas, Perak cuti, birthday Sultan Perak. Sulaiman macam biasa, bangun awal, pukul 5 pagi dah gerak orang. Bila semua dah bangun, pergi breakfast kat makcik bawah pokok. On the way there, masa lalu kat UTP, nampak awan tu lain sangat. Waktu tu, langit mendung, macam nak hujan. Macam painting guna water color. Dulu, masa form 1, Ms ooi pernah tegur sebab lukis langit macam ni. Dia kata, takde blend, cuma strokes guna brush. Hari tu, Yati nampak langit macam painting yang Yati buat dulu. Cuma bezanya kali ni, Kuasa yang amat besar yang jadikan sebegitu rupa. Kagum dan masa yang sama takut. Pernah tak rasa macam tu? Rasa kita ni kecik je. Kita cuma mampu corakkan sesuatu kat kertas. Tapi Dia boleh corakkan langit dalam sekelip mata. sekejap je corak awan tu.



Amirul muka masam sebab dia nak amik gambar. Gambar kat bawah ni, Amirul yang amik. Hafizan dengan rambut baru. First time gunting kat mamak. Selama 3 tahun, dia tak bagi sesapa gunting kecuali bapaknya. Tapi bila baru baik demam aritu masa ikut bapaknya gunting rambut, tiba-tiba Hafizan pergi kat kerusi mamak tu, cakap nak gunting rambut. Nampak dia lebih ceria, mesti rasa kepala ringan skit.

Ada pattern cross stitch baru upload. Cuba klik budak kecik kat bawah tu. :)

Yati And Stitch

Wednesday, April 15, 2009

Award dari Dhiela Dot Com

Hari ni, Yati terima award dari Dhiela Dot Com. Terima kasih Dhiela, appreciate very much!
Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.
1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Jadi, Yati juga nak teruskan pemberian award ni pada 10 blog berikut:
1. Blog AmidaKorea Dot Com - souvenir Korea, dan macam-macam.
2. Sentuhan Kalbu - Catatan blog dan peristiwa yang menyentuh perasaan seorang kawan Yati, Kak Wa.
3. R.E.E.F - Blog seorang kawan lama.
4. What u give, you get back - Blog seorang kawan baru Yati.
5. YunaSweetie Collections - Blog yang Yati rasa comel sangat, dan ada banyak barang!
6. My New Step - Online Recipe Book - Blog ada banyak resepi best.
7. NinieShop2U - Blog ada makanan kesihatan, barang Avon, HPA, etc.
8. Khayra Beauty Shoppe - Selendang & shawls cantik-cantik, handbags, wallet, etc.
9. Tudung Cute Radiusite - Blog kemas, ada banyak tudung cantik.
10. Bajet Corners - Blog yang cute, ada potpourri, alas dulang (hasil kait).
Cheers everyone!
Jangan lupa singgah di Yati & Stitch. Baru dikemaskini!

Monday, April 06, 2009

Di satu pagi yang menyamankan, kami sekeluarga keluar menjamu selera di restoran mamak. Biasalah budak-budak ni, hari-hari bangun awal, walau pun hari cuti. Nak buat breakfast pun malas. Jadi, pi la pekena roti canai di mamak.

Hari tu, kami dapat tengok pemandangan yang indah ni.




Awan tu sentiasa berubah-ubah. Sekejap saje matahari nak naik. Hilang sekejap rasa serabut dalam kepala.
Punyalah lama Yati tak update blog ni. Banyak sangat benda yang berlaku. Punyalah banyak dugaan. Hu hu...
Dah abis baca buku Life Is An Open Secret by Zabrina A. Bakar. Sekarang, tengah baca buku Jangan Bersedih pulak. Baru start, tak tau bila boleh habiskan sebab buku tu tebal macam buku teks. walau pun baru baca, rasa bagus lah. Sangat masuk di akal. Bila takde sape yang support kita, buku ni memang bagus untuk dibaca! Yang lalu, biarlah berlalu. Hari ni milik kita! Buat semua sehabis baik umpama kita akan mati hari ni.