Wednesday, December 09, 2009

Pah


Ni gambor arwah Pah dengan Yati waktu kecik. Gambor kurang jelas, gambor lama.

Minggu lepas, Yati lap tingkap dapur. Pastu, teringat kat Pah. Bukan pe, Yati rasa, Yati banyak belajor mencuci dari Pah. Ni semua sebab bila cuti sekolah je, kena campak kat rumah Pah. Dulu masa sekolah rendah, bila tok dah takde, Pah duduk sorang. Time cuti sekolah, selalu gak Yati duduk kat rumah Pah. Pah ajar Yati banyak benda. Antara benda yang Pah ajar:

1) Cara sapu mentega atas roti. Dulu, mana ada Dorina. Yang ada, mentega ACS, yang skrang orang buat kek atau biskut tu. Mentega tu, Pah letak dalam tempat simpan mentega. Cara yang betul ialah pisau mentega disapu di bahagian tepi, bukan bahagian atas. Kalau kita ambik bahagian atas, mentega tu kan jadi makin rendah, jadi susah nak amik. Jadi, kalau kita amik kat tepi, dia tetap akan jadi rectangle, tapi makin lama, makin kecik. Bentuk dia pun cantik je.

2) Tak boleh minum air gas atau makan jajan (kerepek, cikedis, etc) sebelum makan nasi. Apa-apa pun, makan nasi dulu, pastu baru boleh minum kickapoo ke, chips ke.

3) Sapu bawah katil. Ni yang Yati paling malas. Pah kalau datang tidor rumah kami pun, dia akan amik penyapu dan penyodok, dan mula sapu bawah katil. Pastu sebelum dia buang sampah, dia panggil kami dulu, "Ha, tengok ni, kumpul sampah bawah katil..!". Dan kami pun senyum macam kerang busuk.

4) Always label kotak. Barang yang tak guna tu, banyak yang simpan dalam kotak dalam stor. Pah ni, macam Martha Steward la, semua ada label. Jadi, Pah tahu dalam setiap kotak, ada apa. Jadi, senang kalau nak cari barang.

5) Jangan kumpul kain baju. Hari-hari basuh. Jangan kumpul banyak-banyak, baru nak basuh. Sebab Pah cuci baju pakai tangan, bukan mesin. Yang ni, Yati apply masa kat itm dulu. Hari-hari Yati basuh baju. Sebab kalau dah kumpul satu baldi, dah malas nak basuh.

6) Sebelum mandi, siapkan baju untuk dipakai dulu. Pilih dulu baju yang nak dipakai, letak atas katil, pastu baru pi mandi. Nanti lepas mandi, takde la kelam kabut nak carik baju la, nak gosok baju la, kalau banyak kedut.

Pah Yati, jangok orangnya. Hari-hari pakai kebaya. Tapi bukan macam cerita nenek kebaya tu ye. Kebanyakan baju kebaya Pah, kebaya nyonya, macam gambar kat atas. Walau pun mengemas, memasak, mencuci, ber-gardening, Pah tetap bau wangi. Pah ada banyak perfumes dan bedak. Bedak cina yang dalam kotak empat segi tu.

Bila lepas makan malam, Pah akan buat kopi-O, duduk atas kerusi rehat dia, dan tengok cerita melayu. Pah juga selalu tape cerita P. Ramlee untuk kita orang.

Waktu Pah buat kemo kat HKL pun, Yati pernah tidor hospital dengan Pah. Pah sakit cancer perut. Waktu tu, Yati sekolah menengah kat PJ.
Teringat kat Pah, rindu plak. Ada baiknya kena campak kat rumah Pah everytime cuti sekolah dulu, sebab sikit sebanyak, Yati jadi lebih organize, macam Pah.

Amirul sekarang pun, dah 3 minggu duduk rumah Pah dia. Bila tanya nak ikut balik tak, dia cakap, lain hari. Emmm... alahai...
*jangok = dialek Kelantan. Lawa, bergaya.

7 comments:

  1. mmg cantik n berseri sungguh wajah Pah ni yati...mesti dulu jd rebutan sang jejaka yg pakai spek itam....n betullh..jangok orgnya.

    Yati lak comel n cute sungguh masa tu..patut le ank2 yati cute2 espclly sulaiman tu....

    ReplyDelete
  2. ti,
    orang dulu-dulu, memang rajin sangat, macam bonda kshima, gril pintu pun lap satu persatu.. dapur sampai kshima takut nak masuk kalau mak dah start mengemas...

    baju pun sama selalu tukar bila dah berpeluh atau basah sebab itu tak bucuk... wangi je..

    kita selalu bagi alasan penat sbb kerja, orang dulu kerja juga kan motong getah.. air pun amik kat sungai tapi rumah tetap berkilat ..tip top.. memang tak boleh nak challenge...

    ReplyDelete
  3. frankly speaking, aida tak rapat dgn nenek. school holiday memang stay umah parents. ye la, mak aida housewife, kan?

    but now, anak2 aida rapat dgn wan (my mak). tak tau la da besar nanti. but, i really hope that mak panjang umur, hingga nurin & syuhada anak dara.

    ReplyDelete
  4. bila yati stori cam ni..akak pun teringat kat arwah tok akak...

    ReplyDelete
  5. Kak nza,
    masa kecik je comel. Bila dah besar, comot.

    Kak Shima,
    poin bernas di situ. Memang tak leh lawan orang dulu kan.

    Aida,
    betul tu. Bukan takat dah akil baligh, kalau boleh, kita nak mak kita masih ada time anak kita kawin. Betul tak?

    Kak Su,
    huk huk... kalau la mereka masih ada, kan..?

    ReplyDelete
  6. Kak Nurul,
    hehhe... like mother, like son.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea