Thursday, December 24, 2009

A day Hunting And Our 8th Anniversary

Bagi anda yang familiar dengan blog Yati ni, mesti tau yang Yati suka cerita banyak benda dalam satu entry. Ni pun nak cerita 2 benda.

Entry ni ditaip pukul 1.29 pagi. Dah masuk 24 Disember. Sebelum tu, nak cerita pasal hari sebelumnya, 23 Disember.

23 December - Encik Abe cuti, untuk habiskan cuti tahun, juga untuk celebrate ehem ehem.. nanti, i'm going into that. Breakfast di rumah. Dan keluar berempat (Amirul di rumah opah) menjalankan misi mencari battery camera. Hehhe.. Amenda la kan.

Ok la, dipendekkan cerita, kami pergi Tesco, Pengkalan Emas, Jaya Jusco, Giant, Econsave, the Store dan Billion hari ni, semuanya dalam satu hari. Gila tak? Ok la, mana la kami tau yang susah nak dapat battery tu. Macam handphone, ada je model terbaru keluar, digital camera pun camtu jugak. Baru la kami tau hari ni yang digital camera jenama Kodak yang kami pakai ni boleh dikategorikan sebagai kuno dalam kelasnya, kerana semua kedai tak dak jual battery la. Kena order. Dari KL. Lepas christmas baru dapat. Haiya.... Sudah mau pengsan cari.

Kesimpulan dari persinggahan kami ke ketujuh-tujuh pusat membeli-belah sekitar Ipoh dan Sitiawan ialah:

1) Jaya Jusco menduduki carta teratas! Orang paling ramai! Sale maaa! Mak bapak beli barang sekolah anak-anak. Handbag less 70%! Beg sireh pun dia sosah....!

2) Semua pusat membeli belah adakan kempen jualan kembali ke sekolah dan sambutan hari chrismas.

3) Orang Malaysia ni ramai yang mewah. Hello, tak kerja ke? Dok shopping. Ramai sangat orang. Ke, orang dah amik cuti christmas. Ke, orang ponteng kerja, pi shopping sempena sale?

Camana pun, misi mencari battery camera berjaya. Yattaa....!

24 Disember - Hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8!!!

Sekejap je. Banyak susah senang diharungi bersama. Tapi lebih banyak susah dari senang.

Rasa macam baru hari tu, Yati bangun pukul 4 pagi, buat sandwich dan kuih untuk dijual dan Encik Abe hantar ke kedai pukul 6 pagi. Rasa macam baru hari tu tinggal anak dengan Encik Abe, pergi cyber cafe, cari kerja kat jobstreet dan prepare surat dan hantar resume. Kereta 4 bulan tak bayar. Bila susah, sendiri-sendiri je. Tapi tu dulu.



Bila dan 8 tahun kawin, dah sampai peringkat di mana takde lagi great expectations dari dia. Terima dia seadanya. Bersyukur dikurniakan dengan anak-anak yang sihat dan cergas. Bersyukur Tuhan bagi cukup makan. Akan terus bekerja dan berusaha selagi kudrat masih ada.



Untuk anak-anak dan hari tua. Oo no, ni bukan kereta kami. Saje, teringin nak bergambar dengan kereta yang jarang dapat dilihat atas jalanraya kat Perak ni. Kalau mampu sekali pun, tak nak la beli kereta mewah camni. Baik beli rumah banyak-banyak, jadi tuan tanah kedaun, tiap-tiap bulan kutip sewa.
Masa kawin dulu, saiz besor jari kelingking. Sekarang, amik ko, dua-dua dah gemuk.
Ye, dah tentu ada ups and downs. Akan terus melangkah, sebab adanya harapan.

I love u, abang ku! Muaaahhh...!

Lirik lagu Harapan - Wings - Rock Kapak yeah yeah!

Damai hati

terang sudah

Perjalanan yang kita

Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya

Apakah kita ini dijadi untuk mencari

Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan

Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Derita kuhanya lah semalam

Kau sentuh hatiku dan menggegarkan

Kemarau hiba telah kubendung

Rampaian kasihku didalam hati rindu

Berdendang dan menari lagu kita


14 comments:

  1. Salam.

    Selamat Ulangtahun Perkahwinan. Semoga Yati dan keluarga sentiasa disayangi Allah (SWT), amin.

    Mazda RX8 ke tu kak? Anak pakcik kat depan rumah saya ni ada sebijik warna pearl. Pernah juga saya teringin nak bergambar dgn keta tu, tapi segan;-)

    ReplyDelete
  2. UstazCahaya,
    Salam. Terima kasih ye.
    Bukan Mazda. Tu porsche. Ye ke ustaz? Eh, apa yang nak disegankan. Bukannya kita nak amik keta dia. Nak amik gambar je. :)

    ReplyDelete
  3. ssalam yati,
    semoga berbahagia dgn famili yati.. hingga keakhir hayat... ujian memang datang dan pergi...masalah memang ada sebab itu kita hidup(petik dr kata2 cikgu shima)

    ReplyDelete
  4. Kak Shima,
    salam. Terima kasih. (hugs..!) :)

    ReplyDelete
  5. hepi annvrsry utk yati n abe...semoga bahagia brpnjangan....kt org susah2 dahulu senang2 kemudian.....brsyukur la yati krn dikurniakn ank2 yg sihat n sempurna n comel2 belaka!!!

    ReplyDelete
  6. Salam Yati,
    Selamat Ulang Perkahwinanan...Moga Berbahagia Selalu disamping org yang disayangi..

    ReplyDelete
  7. happy 8th anniversary. semoga berbahagia n happy selalu hingga anak cucu n cicit

    ReplyDelete
  8. hai.. best blog ni.. i support you.. visit saya tau

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary.. smg terus berbahagia hendaknya..bila nk tambah anak lg? hehehe..

    Btul ke bkn kete ko tuh? aku mcm x caya lak..kekeke..

    ReplyDelete
  10. happy anniversarry kak yati n husband..amboi hensem2 belaka anak bujang akak yer.

    ReplyDelete
  11. happy anniversary yati! :P

    nak menitik airmata bila baca,

    "bila dan 8 tahun kawin, dah sampai peringkat di mana takde lagi great expectations dari dia"

    menusuk kalbu!

    ReplyDelete
  12. Kak nza,
    terima kasih ye.
    Alhamdulillah, syukur sangat.

    Rosmaria,
    sedapnya nama. :)
    Awat tak tinggal link? Boleh melawat ke rumah Rosmaria pulak.
    Terima kasih ye.

    Kak Su,
    thank u very much. U make my day...!

    zuwairiaiman,
    Hi! Thanks. Dah visit hari tu, nanti Yati singgah lagi.

    Reef,
    Thank u. Tambah anak lagi? Cukup la tiga orang ni, tak larat nak jaga. Hehhe.. Tak pun, tunggu ko tambah lagi la, baru aku pulak. Kih kih.
    Amenda la ko ni. Sungguh, bukan keta kami.

    Farah,
    Thank u Farah! Hensem ka? Comot adalah. :)

    m-i-o,
    Thank u! Ish, takdak pa tu. Mula-mula memang la emo jugak, tapi u'll learn to accept things one at a time. Bukan senang. Tapi have to, u know.

    ReplyDelete
  13. salam...akak doakan kebahagian menyelubungi yati skluarga ever n ever...

    ReplyDelete
  14. Kak Nurul,
    Salam. Thank u kak! Amin. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea