Friday, November 20, 2009

Thank you Friends!

Alhamdulillah, mama Yati ok. :)

Kelam kabut sehari dua ni. Mula-mula mama dah balik rumah la. Pastu, pergi hospital balik, doktor sendiri telefon. Semalam, admit hospital. Pagi ni, kakak telefon, kata ma tak jadi operate, sebab blood pressure tinggi. Tension la ma tu, dok hospital.
Walau pun kakak dah telefon yang ma tak jadi di operate, Yati dan family turun ke Manjung juga pagi, sebab rasa, nak pergi tengok ma. Amirul ponteng sekolah hari ni.

Sampai je kat hospital, tengok-tengok, nurse-nurse tengah nak angkat ma ke stretcher, nak ke operation room. Jadi operate pulak! Husband Yati dok kat luar, jaga budak-budak tiga orang ni, sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh melawat ke wad. Syukur Yati sempat tengok ma sebelum ma masuk. Tau ma takut. Sedih dan berdebor-debor tapi Yati buat kuat je.
Masuk pukul 10. Dengan budak-budak ni yang tak boleh dok diam dan suka buat bising, kami balik ke rumah ma sementara tu. Rumah ma dengan hospital dalam 10 minit je naik kereta. Sempat kemas dapur ma. Papa dok sorang kat rumah. Pinggan mangkuk, periuk tak bercuci.

Pukul 12-30 tengahari, pergi hospital balik. Tapi ma belum keluar. Kali ni sebab pergi waktu melawat, kami masuk juga dengan budak-budak, ke wad. Pastu decide untuk tunggu depan operation room. Tapi bila lama tak keluar juga, tunggu kat wad ma pulak, sebab boleh duduk, plus ada aircond, boleh cool jap, dalam hati berdebor-debor. Hopefully, operation jalan lancar, dan takde complications. A couple of kawan mengaji ma datang melawat, bawak bubur. Dia orang pun ingat ma operate semalam, jadi bawak bubur untuk ma hari ni. Tapi silap.

Husband dapat call, kena masuk ofis juga pukul 3, walau pun hari ni dah apply cuti. Jadi, ingat by 2 o'clock ma tak kuar lagi, terpaksa balik dulu. Tengok-tengok, ma dibawak masuk. Masa mula-mula, tengok ma pucat je. Tapi bila nurse nak transfer ma atas katil wad, ma dah suara, "Sakit, sakit". Leganya Yati dengar. Ma sedar, ma boleh cakap. Lepas operate, mesti la sakit. Alhamdulillah, syukur sangat kat Tuhan!!!!

We're back in Sri Iskandar sekarang, sebab esok Amirul last sekolah, esok akan pergi balik ke sana.
Kepada Kak Dee, kak Anymz, Kak Shima, UstazCahaya, Kak Salmi, Kak Su, Ummi-Izah, Misa, Fida Ahmad, Ina, Kak Nza, honey dan Nuri the night owl, Yati sangat hargai doa dan semangat yang diberi. Terima kasih semua!

Syukur pada Allah. Tengok macam-macam karenah manusia hari ni. Letih. Not bad at all, doktor dari hospital gomen pun boleh push ma buat operate. Kalah doktor Hospital Pantai, Subang.

Tuhan dengar doa kita. Tapi Yati banyak lalai dalam mengerjakan suruhanNya. It's a knock in the head for me.

19 comments:

  1. alhamdullillah..semuanya dah selamat...insyaallah tuhan mendengar setiap doa hambanya...semoga ma cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, syukur...... Yati, hargailah apa yang kita MASIH ada....

    ReplyDelete
  3. as-salam yati...

    baru online ari ni... alhamdulillah.. suma selamat. So, don't worry ok... Take care of yourself too........

    ReplyDelete
  4. Kak Su,
    timasih. :)

    Kak Dee,
    ye, thanks for the very valuable advise.

    ALynn,
    Waalaikumsalam. Thanks. Agak kelam kabut skit, cross stitch pun tak pegang semalam dan hari ni. Tengok ma kat hospital. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah......moga mama cpt sembuh.

    ReplyDelete
  6. ti,
    alhamdullillah dah selamat menjalani pembedahan.. kshima pun selalu mengingatkan diri sendiri juga...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... get well soon, ma

    ReplyDelete
  8. yati...wpun mak yati dh sihat tp jgn biar mak buat keje berat2...apa2 pon...alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. h4ni3,
    Thanks ye! (hugs..!)

    Kak Nurul,
    ye Kak. Memang tak boleh buat kerja dapur berat-berat cam dulu. Skrang kat spital lagi.

    ReplyDelete
  10. Kak Nza,
    timasih ye!

    Kak Shima,
    ye. Itu la bila berlaku benda ni baru sedor skit.

    ReplyDelete
  11. Salam...Syukur ALHAMDULLILLAH..gembira dapat berita smuanye slamat...syukur trsangat-sangat...saya juga pernah tempuh situasi sebegini tapi.....saya kehilangan..Pesan akak, Yati hargai la ibu selagi masih brsama kita...kerinduan kita tidak akan terubat sampai bila2 setelah kita kehilangan insan tersayang yg bergelar IBU...cherish every moment with her my dear.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...

    Tuhan Maha Penyayang yati... kita lalai kekadang, tapi Dia Masih Sayang pada kita...tu yang dia bagik kita dugaan...

    Saya pun selalui lalai...sama2 la kita tingkatkan lagik sayang kita pada Tuhan

    ReplyDelete
  15. Kak Nuri,
    thanks for the advice. (hugs..!)

    Fida Ahmad,
    ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...semua dah selamat... Lepas Ina kawin hari tu pun abah ina operate.. skrg Alhamdulliah dh sihat sket wpun kejap2 skit... sdih sbb tak dpt blik slalu jenguk mak abah..
    Smoga slps ni family kak yati kembali ceria..
    Salam AidilAdha dari Ina & suami.

    ReplyDelete
  17. Ina,
    ye ke Ina? Harap abah Ina sihat selalu.
    Selamat hari raya aidilAdha untuk Ina juga.

    ReplyDelete
  18. salam, puteri..
    sori.. aku baru tau mak hang tak sihat.. aku doakan supaya dia makin sembuh.. huhu..

    ReplyDelete
  19. Zai,
    Salam. Mak aku dah sihat skit. Berkat doa family dan kawan-kawan. Timasih yek.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea