Sunday, November 15, 2009

Rojak

Boleh tak Yati cerita macam-macam dalam satu entry? Pasal hari ni tak larat.

Perkara pertama, nak cerita pasal goodies baru dapat minggu ni.

1) My biz card

This is my card...Cantik tak?
Yati start bisnes dari rumah pada 8 Mei 2008. Tapi baru sekarang Yati buat business card ni. Sebelum ni, suka cop cop je, guna rubber stamp Yati. Jadi sekarang, tambah lagi satu pengenalan diri. Sangat suka dan puas hati, Yati order biz card ni dari kawan Yati juga, Zaihasra. Zai ni kawan Yati sejak darjah 1, sekolah kat Perlis dulu. Sangat talented orangnya, juga jalankan biz dari rumah, macam Yati. Business card yang dibuat berkualiti. Selain biz card, Zai juga boleh design flyers, cash bill atau invois, paper bag, brochures, stamp, calendar, money packet, dan macam-macam lagi la.

2) Hadiah saguhati MBP Cutest Baby in Stroller Contest

Hadiahnya berupa purse hook dan 10% diskaun coupon oleh Alicewonders. Comelnya purse hook tu. Sangat suka!

Perkara kedua, perkembangan SAL project.

Kak Shima dan ALynn, camne?
Bila jahit gambar pemandangan, Yati suka jahit keliling dulu. Kalau jahit potret orang, lain pulak. Mungkin sebab Yati nak tau besar cross stitch tu. Juga, macam satu test la untuk Yati. Bila kita jahit keliling dan start dari satu point, dan bila dah satu pusingan dan kita jumpa balik point yang kita start tu, maknanya, kita kira betul. Kalau tak jumpa point yang kita mula start tu, so kita tau la ada la salah kira mana-mana ni.

Bercerita pasal jahit projek ni, Yati rasa macam, "Eh, aku dah jahit lama, tapi nape tak banyak gerak pun?" Rasa lambat je, macam kalau kita mimpi hantu, pastu hantu tu kejar kita, somehow kita rasa kita tak boleh lari laju, tak kira camne kuat pun kita cuba lari laju. Macam tu la Yati rasa. Agaknya, sebab dah lama Yati tak jahit gambar scenery macam ni. Asyik jahit potret orang je, kita nampak progress cepat. Yati siap kan ni hari Sabtu, sebab hari Ahad... sila teruskan bacaan anda

Perkara ketiga, Yati pi Kuala Lumpur!!!!!
Entry sebelum ni, yang Yati stitch on towel tu, Yati nak hadiahkan pada pasangan pengantin yang majlis resepsinya diadakan hari ni, di Dewan De' Sri Endon, Puspanita, Precint 10, Putrajaya. Pengantin perempuannya anak kepada bos husband Yati. Tu la tujuan utama kami ke KL hari ni. Balik hari je. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Breakfast di hentian R&R Tapah. Berenti breakfast je dah sejam. Sampai Putrajaya betul-betul pukul 12 tengahari, terus makan nasi kenduri. Bila dah habis makan, pengantin pun belum sampai lagi, dan Hafizan pulak agak moody, jadi kami pun mintak diri dulu. Sambil lepak kat luar dewan, sebab tuan rumah suruh lepak dulu sambil minum teh dan kopi serta pekena bubur kacang, kuih-muih dan tapai, Alhamdulillah, tengok pemandangan keliling, sangat cantik.

Bila perut kenyang, hati sangat suka!

Sebenarnya, kami tak pernah sampai sini. Jadi, masa nak cari jalan ke sini, kena jugak tanya orang. Suka sebab dapat pergi KL, dan rasa sayu pun ada. Tak dapat dok lama. Bila menyusuri jalan Ampang, Jalan Tun Razak, rumah sewa dulu, tempat dating dulu, teringat kisah lama. Hehhe.

Dan... kami juga singgah di Ampang Park. Namun begitu, Yati sangat dukacita kerana Haby & Wool tutup! Haiya, mana saya tau itu Haby & Wool tutup on Sunday maa....
Menjamu mata melalui cermin gelap kedai itu, waiya... terasa macam syurga, banyak barang. Maafkan saya, jakun sebab kedai macam ni tak wujud di Perak, ok.

Bertolak balik ke Perak pukul 3. Singgah di restoran jejastas Sungai Buloh. Tapau burger A&W. Mesti beli benda yang tak boleh dapat kat Perak. Antara Burger King dan A&W, Yati lebih suka A&W. Nyum nyum... teruskan perjalanan, singgah kat R&R Tapah lagi, salin pampers Sulaiman, pergi toilet, minum petang, budak-budak main playground. Pastu sampai rumah pukul 6 lebih.

Ntah bila akan sampai KL lagi.

Sekian entry rojak dari Yati. Letih sebab balik hari. Sulaiman dalam kereta, nak isap susu je, naik lenguh tangan. Letih, tapi gembira...! :)

4 comments:

  1. Jauh pemandangan luas perjalanan:-)

    Baru kali ni baca istilah 'entry rojak'. Lawa biz card tu.

    Insya Allah, saya dengan seorang rakan JV sedang buat ebook percuma untuk projek At Home Muslimah. Nampak macam blog saudari Yati ni sesuai dimasukkan dalam ebook tersebut sebagai case study. Lagipun saudari Yati bukan baru dalam biz at home kan.. sejak 2008, boleh kata dah lama:-)

    Jika ada apa2 boleh berhubung dengan saya via blog ya:-)

    ReplyDelete
  2. waduh yati.. byk dah tu.. sy pon baru buat sket jek... kejor yop..kejor...

    by the way, kalo yati ada nak apa2 dr Haby tu, beritau jek kat sy. nanti sy tlg p belikan. Don't worry, no xtra charge.. heehehee

    Kalo tau yati mai KL, leh ajak dtg umah....

    ReplyDelete
  3. ti,
    banyaklah tu, k shima cenonet je.... emmm takutnya...

    ReplyDelete
  4. Ustaz Cahaya,
    Betul tu.
    Ramai lagi usahawan muslimah lain yang lagi berpengalaman dari saya. Tapi kalau nak feature saya, takde masalah. :)

    ALynn,
    ye ke banyak? Takpe, minggu ni Yati jahit slow-slow ye, sambil buat projek lain.
    Sebenornya, Yati pun tak tau apa nak beli. Cuma nak tengok-tengok je. Nampak felt dia yang bergulung-gulung tu, benang light effects, semua geram tengok.
    Next time pergi KL, nak plan betul-betul. dan Yati akan inform ye. Sebab semalam pun, rumah kami sendiri kat Cheras pun, tak sempat nak singgah. Hiiii...

    Kak Shima,
    jangan takut la..! :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea