Saturday, November 28, 2009

Bunga kunyit


Dua hari lepas, waktu siram pokok, perasan ada bunga tumbuh kat pokok kunyit. Pokok kunyit ni, Yati tanam dalam pasu. Sebenornya, semua pokok kat rumah sewa kami ni, Yati tanam dalam pasu, sebab tanah semua tuan rumah simen. Pertama kali, pokok kunyit tu keluar bunga. Tak sangka pulak boleh subur pokok tu. Yati beli kat pasar malam dulu, anak lagi. Sekarang dah bercambah-cambah. Cuma serai je, tak boleh tanam dalam pasu, dia tak hidup.
Bunga kunyit tu, dah potong, buat ulam, makan dengan nasi. :)

6 comments:

  1. salam utk yati,

    melor pun suka mkn bunga kunyit tu sedap buat ulam.Bla ditanam x mau pula dia hidup.

    ReplyDelete
  2. suburnya pokok kunyit tu yati smpai brbunga....rsnya bunga kunyit tu harum baunya..
    Kak nza pn tnm pokok2 dlm pasu cz kt blakang umah dh xde kwsn. Kwsn blakang dh tmbah dapur....

    ReplyDelete
  3. org cina kata "kalau apa2 yg kita tanam kuar bunga, ada ong"...akak tanam pokok kucai pun sllu kuar bunga...

    ReplyDelete
  4. kak Nurul,
    itu macam ka.. manyak ong aaa..
    Pokok kari Yati pun ada keluar bunga dulu. Pelik tengok.

    kak nza,
    ha ah, bunga kunyit tu ghau ghau bau dia.
    sama la kita, nak buat camne, tanam pokok dalam pasu lor.

    Melor,
    salam Melor. Oooo, kena letak baja tu. Yati siram pokok semua dengan larutan baja orkid 2 minggu sekali. :)

    ReplyDelete
  5. tanam pokok kunyit tu guna tanah ape

    ReplyDelete
  6. Yan,
    guna tanah campur baja kompos. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea