Wednesday, October 21, 2009

Wonderpets

Kat rumah, ada 2 ekor ikan puyu dan 2 ekor turtle.

Ikan puyu ni, senang nak bela. Boleh hidup dalam air paip je, walau pun takde oksigen yang letak dalam akuarium tu. Dua-dua ekor ni, mak Yati yang bagi, dia beli kat pasar tani.

Turtle tu, sekor betina, sekor jantan. Yang betina, besar dari yang jantan. Encik Abe beli di kedai pet kat sini. Sebelum ni, kalau cuci bekas turtle ni, Sulaiman selalu pegang kepala turtle ni, pastu kepala dia pun masuk dalam cengkerang. Tapi 2 hari lepas, waktu Yati pegang turtle betina yang besar tu, Sulaiman nak pegang kepala turtle, tapi dia kena gigit. Sulaiman nangis. Terkejut Yati. Nasib baik takde luka. Rupanya, bila dia lapar, dia jadi agresif, boleh gigit orang.

Pastu, Yati pun teringat masa kecik dulu, arwah Pah ada cakap, turtle ni, kalau dia gigit, dia tak lepas selagi takde bunyi tagor*. Yati pun dah start takut untuk pegang turtle tu. Tapi kalau kita pegang dia kat cengkerang dia, selamat la kan. Tiba-tiba rasa macam nak lepaskan dua-dua turtle tu dalam kolam UTP. Menakutkan...

*tagor= tak hujan, tak ribut, tapi bunyi kuat macam guruh.
Contoh ayat: "Suara budak tu bukan main kuat lagi macam tagor!"

7 comments:

  1. wah..bahaya gak tu..mmg sakit kalu kena gigit. Farouk hr 2 ada gak bela turtle comel. Dh mati cz dia slalu paksa turtle tu lumba2 lari....aduh kesian sungguh.Mati cz jatuh dr jambatan mainan..hi.

    ReplyDelete
  2. rumah akak pun ada bela ikan puyu..dulu 2 ekor..dah mati pun sekor yg besar tu..sedih gak..tapi org tua2 kata bagus bela ikan puyu dlm umah..katanya utk elok keluarga disihir or dipukau oleh sang pencuri yg nak masuk umah kita...wallahualam

    ReplyDelete
  3. samer mcm yatie gak...ader 2 turtle n 2 ekor ikan laga

    ReplyDelete
  4. Mama-Miya, next time tinggal la link, boleh Yati singgah umah Mama-Miya pulak. :)

    Kak nza, itu la pasal. Kalau tak sakit, tak kan Sulaiman sampai nangis. Waa, cian dia. La, kesian turtle didera oleh Farouk. Hehhe..

    Kak Su, mak Yati pun cakap macam tu. Tu pasal dia bagi ikan puyu tu, suruh letak kat rumah.

    Yatie, oh, selain turtle, ada ikan laga ya. Mesti lawa ikan laga ya. Bukan macam ikan puyu, dah la tak lawa, ganas je, melompat-lompat.

    ReplyDelete
  5. yati, dr bela turtle yg tak tau apa2 tu, baik yati bela arnab, lg comey....tak pun bela dinosor, pasti sulaiman suke...heee...gurau ekkk

    ReplyDelete
  6. Nurul, turtle tu bukan Yati yang beli pun. Abe kite yang beli, tapi Yati yang kena cuci. Amenda ntah. Dah malas dah. Kalau dinasour masih wujud, Yati dah bela dah. Heee...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea