Tuesday, October 13, 2009

Ubat sakit kepala

Sakit kepala bermusim. Kalau tak sakit, lama sihat. Kalau sakit, hari-hari dia sakit. Sakit kepala pula, bukannya sikit. Tapi, rasa macam nak termuntah dan nak buang air besar. Bila sakit, baru terasa sama ada terlebih cafein atau tidor tak betul. Selain panadol actifast dan dipicit oleh abang ku sayang, ubat yang baru di-discover, buttons... comelnya. Patutla orang dok collect buttons je. Sebab seronok rupanya. Semua buttons di atas dibeli kat Beauty Enterprise, Sitiawan. Macam ada yang pernah tengok dijual online je kan.

Button jar Yati masih banyak ruang kosong. Takpe, akan usha slow-slow.
My stitch-a-photo untuk seorang customer sudah hampir siap. Sambil bagi tidor Sulaiman, belek-belek magazines lama dan buku yang ada, cari inspirasi. Nak cuba buat benda yang tak pernah buat lagi. Sakit kepala, pergilah engkau jauh-jauh.

16 comments:

  1. cute nya button2 ni..
    ermh...sakit kepala sampai muntah2 tu mcm migrain sbb my hubby kalau migrain teruk mmg sampai muntah2...

    ReplyDelete
  2. ti,
    memang ada yg sama dengan kedai kat internet.. harga camne , murah lagi ke..

    ReplyDelete
  3. Kak Su, tu la pasal. Comel, suka belek lama-lama.

    Ros, comel kan...
    Itu la dia, seksa kalau kena ni. Sabor je la.

    Kak Shima, harga kat kedai Sitiawan tu lagi mahal. Ada yang satu biji, 70 sen. Duit minyak gi. Elok beli online. :)

    ReplyDelete
  4. x elok mkn panadol sllu. sakit kpla ni kadang2 sbb perut masuk angin. kalo beli online, kat mana yatie.

    ReplyDelete
  5. Tak elok ke makan panadol?
    Habis tu, camne nak baik? Huhu..
    Beli online, kat button planet.
    http://buttonplanetent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Yati,
    Senang jer klu x nak makan panadol..makan kena jaga,tidor kena cukup,jgn stress.. bla..bla..bla..
    confirm la x sakit kepala..
    Yati dok setiawan ke kat ne..

    ReplyDelete
  7. Ros, Yati dok kat Sri Iskandar. Rumah mak Yati kat Lumut. Jadi, Yati selalu beli barang kat Sitiawan. :)

    ReplyDelete
  8. oohh..dulu sy pernah practikal kat dockyard lumut..kat navy base tuh..

    ReplyDelete
  9. Ye ke Ros?
    Sekarang selalu turun sini lagi ke?

    ReplyDelete
  10. ermh..jarang,..selalu pun balik kg mak kat pantai remis..

    ReplyDelete
  11. Ooo, Yati kalau pi Taiping, ikut Pantai Remis. :)

    ReplyDelete
  12. Kesiannya yati..xchat ye. Sory ye cz kak nza br smpt jengah...Migrin gamaknya. Moga cpt sembuh. kak nza pn msh xok sepenuhnya....tension kn kalu sakit lame2......

    Cute n cntiknya button tu...xprnh lak tgok..so cute.

    ReplyDelete
  13. Kak nza, Yati ok. :)
    Itu la, suka ngan button yang comel-comel ni, cadang nak tambah lagi, buat koleksi, hehhe.. suka!

    ReplyDelete
  14. info tentang sakit kepala kat sini - Migrain - Separuh Kepala.

    Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

    ReplyDelete
  15. Armouris, thanks for the info.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea