Saturday, October 10, 2009

Sambutan Raya

Ada majlis sambutan hari raya kat kawasan perumahan kami ni. Setiap rumah digalakkan untuk bawa satu menu.

Kami bawak dadih dan biskut raya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Lepas tu, makan time...

Ada bihun, mee, kuetiau goreng, bihun sup, nasi, pengat pisang, nasi himpit, kuah kacang, bubur kacang, bubur jagung, popia, kek, macam-macam ada. Meriahnya. Tak cukup untuk rasa semua.

Camana nak kurus ntah. Dok makan je.
Selain menyambut hari raya, majlis ni juga bertujuan untuk merapatkan hubungan jiran tetangga kat sini. Ada cabutan bertuah, dan acara untuk budak-budak, musical chair dan tiup belon.

Musical chair ni, Amirul awal-awal dah terkeluar.

Amirul dengan penuh semangat tiup belon.

Mama suap Sulaiman kek. Hafizan tak tinggal ultraman dia.
Seronok. Budak-budak suka. Tahun depan, buat la lagi.

5 comments:

  1. meriahnyer...yg meriah sgt tu tang amirul tiup belon dn gmbar yati kenyang...hehe. spai bersandar.

    ReplyDelete
  2. asyik ngan openhouse lagikan sekrg ni. samala cam kat kawasan perumahan akak...hari sabtu nanti jamuan hariraya kawasan tmn perumahan akak laks..buat kat depan umah akak lagi...mesti dakupun bertambah kelam kabut

    ReplyDelete
  3. wah meriah sungguh...bestkn kalu wat majlis cam gitu...

    Comel sungguh sulaiman tu...geram tgk.

    ReplyDelete
  4. wah..makan free..best tu..takpe kurus pikir kemudian. dosa tolak rezeki..kikikikiki

    ReplyDelete
  5. Nurul, hik hik... mesti makan ma... rezeki jangan ditolak.

    Kak Su, bagus tu, buat depan rumah, senang nak pergi dan yang penting, tak payah masak. Ha ha..

    Kak nza, ha ah, best. Selama ni ada jiran tak pernah tegur langsung, bila join majlis macam ni, baru la kenal. Hehhe.

    Mama-Miya, yezza... betul..!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea