Sunday, October 04, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in STROLLER Contest

Buat julung-julung kalinya Yati nak cuba masuk baby contest oleh MomBloggersPlanet.


Nama baby: Wan Muhammad Sulaiman bin Wan Azlan (my third prince)
DOB: 23 August 2008

Stroller dalam gambar Sulaiman di atas adalah salah satu dari 2 stroller yang kami ada. Stroller ni kami bawak kalau nak jalan-jalan kat park, atau pun kalau pi shopping. Kalau rajin dan cuaca baik, Yati akan bawak Sulaiman jalan-jalan naik stroller ni around taman perumahan kami ni. Stroller dalam gambar di atas dah digunakan sejak anak pertama Yati lagi. Tahan. Kain dia boleh ditanggal dan basuh. Ada ruang simpan kat bawah. Ada brake kat roda depan juga brake di bahagian belakang.

Pada pendapat Yati, antara ciri-ciri yang perlu ada untuk stroller termasuk lah:

1) Mudah untuk digunakan. Senang untuk disimpan di dalam kereta. Senang untuk disediakan untuk letak baby ketika nak guna. Kami ada satu lagi baby stroller, harga mahal, masa beli, datang sekali dengan baby car seat. Tapi stroller yang lagi satu ni, kami jarang guna sebab ia terlalu besar untuk dimuatkan dalam kereta kami ni (boleh muat, tapi kena bawa keluar barang lain dalam boot kereta dulu), dan agak susah untuk dilipat untuk disimpan for storage. Sekarang ni, stroller yang lagi satu ni disimpan kat rumah opah je. Kami lebih suka guna stroller dalam gambar kat atas.

2) Harga berpatutan. Yati rasa, kita boleh jumpa stroller yang bagus dalam lingkungan dua ratus ringgit sekarang ni. Jangan jadi macam Yati pula, beli baby stroller mahal-mahal (dalam RM800 lebih), tapi end up bawah tangga kat rumah opah.

3) Keselesaan baby. Baby kita rasa selesa duduk kat dalam stroller. Siap boleh tidor lagi.

4) Ada ciri-ciri seperti tempat duduk boleh laras, jadi baby boleh duduk tegak atau baring, tempat letak kaki (foot rest) bila baby dah agak besar, dan ruang simpan (storage basket) untuk letak barang, ada brake supaya stroller tak bergerak, untuk keselamatan baby juga.

Rasanya, tu je la kot yang Yati boleh cerita.
Kalau sesape ada gambar baby dalam stroller dan nak join contest ni, sila klik sini. Tarikh tutup contest ni adalah pada 15 Oktober.

Hadiah contest ni termasuk lah dari PhotoBook Malaysia, dan AliceWondersMarilah kita join contest ni beramai-ramai.

10 comments:

  1. heee, comelnya! good luck sulaiman. :)

    ReplyDelete
  2. Asmahani, timasih. saje, try masuk, mana tahu... hihi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum........ yer ker... baru jer beli tu...
    Selamat hari rayer yer....

    Moga2 yati menang contest diatas yer...insyaallah...

    ReplyDelete
  4. Yatie, waalaikumsalam.
    Turtle tu cepat membesar, kalau yang betina. Heee..
    Timasih Yatie. :)

    ReplyDelete
  5. wah..dh wat entry nya.
    semoga anak2 kita membawa tuah..
    hehehee...
    sumi pun dh sumbit.

    ReplyDelete
  6. Sumijelly, yati dah lama tak makan sumijelly. Hehhe.. Ye ke..? Semoga berjaya ya..!

    ReplyDelete
  7. hi congrats menang contest baby in stroller!

    ReplyDelete
  8. congrats yati! congrats baby sulaiman! :)

    ReplyDelete
  9. Cetot,
    Timasih. Tak sangka plak boleh menang. :)

    Kak Jom Makan,
    timasih kak. Suka, walau pun hadiah saguhati.

    h4n13,
    Timasih. U too, menang jugak kan. Tahniah!

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea