Saturday, October 03, 2009

Cerita raya

Dah 2 minggu tak update blog.

Tahun ni, kami berhari raya di kedua-dua kampung, Lumut dan Tumpat.
Kami balik Lumut sehari sebelum raya. Sempat tolong ma buat rendang dan kuah kacang. Sempat juga belajor anyam ketupat dari abang ipar. Buat pertama kalinya dalam sejarah raya family kami, kami buat ketupat. Sebelum ni, cuma buat nasi himpit. Tapi rasa pun lebih kurang sama kan.
Raya pertama, makan sepuas-puasnya. Menu ma masak termasuklah nasi minyak, rendang ayam, serunding daging, pulut kuning (pergh... !), ketupat, nasi himpit, kuah kacang, sambal tumis petai, paru masak hitam. Aktiviti pulak selain tengok TV, makan, rileks jap, pastu makan balik. Hehhe...

Sulaiman pakai baju melayu pun, kena pakai bib jugak. Sebab air liur dia, boleh basah baju.

Susah nak amik gambar Sulaiman. Dia asyik nak turun je. Sejak pandai jalan ni, tak boleh duduk diam langsung. Ni gambar Sulaiman, Amirul dan Hafizan dengan opah dan tok. Sape pulak yang amik gambar ni. Kepala tok pun nampak sekerat. Kamera banyak. Setiap scene bertukar kamera, dari kamera kak, tok, Yati. Kameraman pun bertukar-tukar.
Tema baju raya kami tahun ni, color hijau.

Ni pula gambar Yati tiga beradik dengan ma dan papa. Duduk dari kiri, Yati, kakak sulong dan kakak tengah. Ye, kami 3 beradik semua perempuan. Dan Yati punya anak pula, tiga-tiga laki.

Sekian, itu je la gambar raya yang sempat diambil. Lepas tu, kamera Yati bateri kong. Dah tak leh on untuk snap gambor lagi. Tunggu kak la upload gambar. Banyak sedih. Tak dapat ambik banyak gambar.

Malam raya pertama main bunga api dan mercun. Kak ngan abang Rossham (abang ipar Yati) bawak balik mercun ala KLCC daa... siap dapat tepukan gemuruh dari jiran tetangga yang sempat menyaksikan pertunjukan bunga api. Gambar - yilek...! Haiya... haiya... banyak sedih.

Second day raya pagi, kami bertolak ke Tumpat. Balik juga ke kampung Encik Abe ku, setelah last year tak balik langsung.
On second day di Tumpat, kami pi jalan-jalan lepas pi beraya ke rumah sedara mara. Jalan pun dah banyak jadi one way ya, dah macam Ipoh la pulak. Pulak tu... sejak bila pula ada Giant depan pasar Siti Khadijah tu..?

Ni pandangan dari dalam MacDonald's. Trafik, sesak. Pesanan dari Yati, kalau kawan-kawan nak pergi Giant Kota Bharu ni, parking kat basement atau luar saja la. Tak payah naik parking kat atas. Slope (kecerunan) parking nak naik tu, tinggi sangat. Bahaya. Tak tau napa dia buat macam tu. Apa salahnya dia buat parking pusing ke. Nak jimat kos ke, hapa, tak tau la.

Dari gambar memang tak nampak tinggi. Tapi masa kami naik kereta untuk parking atas tu, gerun la, tak tau slope dia berapa darjah. Yati takut kereta terbalik. Kami tak beli apa-apa pun atas tu. Tempat makan pun tak de lagi. Pastu terus turun, parking kat luar, cari tempat makan. Encik Abe sempat berborak kat pakcik tukang kasut kat situ. Dia kata, dia pernah tengok kereta kancil gelongsor turun masa naik parking Giant tu. Selain kereta kancil, kereta lama la, yang gelungsur turun. Menakutkan... Korang kalau pi Giant KB, parking la kat luar tau. Tapi kalau nak merasa adventure camel Trophy, boleh la nak try. Heee.....

5 hari juga kami stay kat kampung Abe. Budak-budak ni kerja dok kejar ayam itik sampai ayam itik semua fobia bila budak-budak ni keluar rumah, sebab tak cukup tanah nak lari. Sulaiman pun sempat beraya dengan nenek, pergi rumah jiran tetangga. Walau pun jarang balik Kelantan, tapi budak-budak ni boleh sesuaikan diri. Hari-hari kami breakfast di kedai kopi kat stesen bas KB, tempat nostalgia. Kedai kopi tu la kami lepak dulu, masa tu kami baru kawin, balik Kelantan naik bas. Sebab sampai awal pagi, bas ke kampung Encik Abe takde lagi, kami dok kedai kopi tu, pekena kopi O ngan roti bakar. Sedapnya, budak-budak pun suka makan situ. Depan kedai ada orang jual nasi gulai. Pekena 2 bungkus. Pergh...

Cuma masalahnya bila travel. Sulaiman muntah sekali, Hafizan - 3 kali, Amirul - 2 kali. Mabuk. Yati sendiri pun sampai migrain. Lama sangat dok dalam kereta. Dok berenti je kerjanya, tukar baju budak-budak ni bila muntah. Kat Pulau Banding tu, berenti lagi, buang semut. Semut dalam buah dokong. Permintaan dari ma, nak makan buah dokong dari pokok mek (mother in law). Semut tu mungkin panas dok dalam plastik dokong, walau pun dah ikat elok-elok, dia keluar juga, mungkin sebab panas. Semut Tumpat, di buang di Banding. Sian semut.

Mungkin ada baiknya next time kalau bertolak dari sana sebelah malam, jadi budak-budak tidor dalam kereta. Tapi Yati kurang suka travel malam. Takut bila sampai kat Banding tu. Jalan kan pusing-pusing. Ntah lubang ke, binatang buas ke.

Lega bila sampai rumah. Terlalu lama tinggalkan rumah (padahal seminggu je). Bukan pe, risau juga, sebab orang belakang rumah tu, rumah dia dah kena masuk tetamu yang tak diundang. Habis laptop kena kebas. Tapi syukur bila sampai, semua selamat. Seronok dapat sambung menjahit balik.

My work in progress. Makin lama, makin nampak macam lukisan dari jauh. Dari dekat baru nampak macam cross stitch. Tak boleh rush, sebab benang biru ada banyak tone, semua hampir sama, mata naik juling. Tapi sangat suka. Tak sabar untuk siapkan untuk seorang customer Yati.

Tidak lupa, seperti biasa, barang-barang yang wajib borong dari Kelantan. Err... sebenarnya, ambik dari kedai mek yah (sister in law), dia ada kedai runcit kat rumah.

Air oren dan sarsi kegemaran kami. Yihaa... sini mana ada jual maaa....Ini apa pulak ni? Ha... yang ni Yati beli kat tepi jalan, on the way to Pantai Tujuh, ada orang jual hasil anyaman. Sebenarnya, kat pasar malam rumah Yati pun ada jual jugak camni. Tapi, takde bekas macam ni. Jatuh cinta pandang pertama.

Lalu dijadikan bekas menyimpan my precious. Yahoo...Dan sempat menyambar buku cross stitch dalam bahasa melayu laa... jumpa pulak kat Pustaka apa ya... ala kedai buku kat Giant tu jugak.

Itu la ceritanya. Tak banyak gambar raya diambil. Seronok beraya tahun ni. Sedara mara ramai yang jumpa masa balik Tumpat. Sempat pergi makan kenduri rumah another sis-in-law. Kat sana, dari hari second day raya lagi dah ada kenduri kawin. Sedapnya lauk gulai. Pengkalan Kubor ( errr... Kubor ke Kubu), sempat pergi jugak. Beli barang budak-budak la, apa lagi. Yati beli termos je kat sana, sebab Sulaiman dah bagi pecah termos klasik kami.

Duit raya budak-budak pun dah selamat disimpan di bank semalam. Lega, kena simpan cepat-cepat duit raya budak-budak ni, kalau lambat simpan, mak budak ambik buat belanja dapur pula. Oh jahatnya aku...
Ok, till then... selamat ya....

12 comments:

  1. amboi. 2 minggu xberblog ye. Byk crite....Best gitu raya. Kak nza pn msh xsmpt lg g giant kt KB tu. Time cuti pn jem giler n apath lg time raya. Thn ni dh 3-4 kali gak blk klate ttp xsmpt ke KB. Bkn jauh pn P.Mas ke KB, cuma 16km je ttp xde mood cz jln asyik jem manjang.....

    ReplyDelete
  2. Amboi raye sakan ye yati..dh 2 minggu umah tutup. Kak nza blum smpt nk g giant kt KB tu. Tiap kali blk kg tkut nk kluar KB cz jln jem gilerrr...Th dr mana le kete2 yg byk ni tiap kali holidy.

    ReplyDelete
  3. Wah raye sakan nmpaknya. Kak nza pn blum brkesemptan ke giant kt KB tu..Tiap kali blk kg tkut nk ke KB cz jem giler...Th dr mana dtg kete2 nih....

    ReplyDelete
  4. sulaiman mcm muke yati... org kata sejuk tp ni bukan lg sejuk tp dah kira tahap beku ni... comey2

    ReplyDelete
  5. Kak nza, hmmm... tak yah pi pun takpe Giant KB tu, biasa-biasa je. Biasa la tu jalan jem. Kalau la dia buat jambatan kat sungai Tesco tambah lane jadi 2 ke, Yati rasa kurang skit jem jalan nak masuk KB.

    Nurul, bukan Nurul je, orang lain pun ramai cakap Sulaiman ikut muka Yati. Hehhe...

    ReplyDelete
  6. waah meriahnye raya.. bertema hijau gitu.

    eh air botol tu. rindu nak minum. mmg kalau i beraya kat kelantan & melaka aje jumpa air botol tu.

    wah bestnye cross stitch project buat potrait. teringat lak zaman2 muka mak i yg rajin buat cross stitch dulu. i teringin aje nak buat, tp tak cukup kesabaran. hehehe..

    eh comei kotak craft tu. brape beli tu?

    ReplyDelete
  7. Mama-Miya, yap, betul. Tu pasal everytime balik Kelantan je, kami borong air botol tu banyak-banyak. Hehhe...
    Memang best buat cross stitch ni. Kalau dah start, susah nak stop.
    Kotak craft tu harga RM40, lepas di diskaun. Itu la pasal Yati pun teringin nak belajar anyam ni, boleh masyuk....

    ReplyDelete
  8. wahhhh..cepat tul giant tu siap, tahun lepas gi KB takder lagi..tapi MPKB really need to do something tentang kebersihan kat area situ ...yang lain tu seme ok esp food..memang best!

    ReplyDelete
  9. amboi cutenya sulaiman berbaju melayu....cumel sekali...cantik jugak kotak craft tu....

    ReplyDelete
  10. Kak Salmi, ooo ye ke. Dia orang buat asal siap je kot, bangunan giant tu Yati rasa cam tak selamat je. Ada satu je tempat makan dalam giant tu. Kecik je. Kebersihan pula dah ok.

    Mamasyaza, sulaiman suka pakai baju melayu tu. Sampai bila nak salin baju, sampai nangis, tak nak tanggal. Cantik kan kotak anyaman kraf tu. Yati suka...! :)

    ReplyDelete
  11. comel sungguh sulaiman berbaju melayu. betul la muka macam u la yati. :-D

    i love that box!

    ReplyDelete
  12. Drama Mama, hehhe... anak mak la katakan. :)
    Thank u, boleh la buat isi barang. Sedap mata memandang. Nasib baik takde banyak kat kedai dia. Kalau tak, habis Yati beli semua. Hik hik...

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea