Thursday, October 29, 2009

Back on track

Semalam tak online langsung. Komputer pun tak on. Tidor awal. Hari Isnin tidor pukul 2 pagi. Hari Selasa, tidor pukul 3 pagi. Jadi semalam, tidor awal. Yati tidor lewat sebab siapkan pattern cross stitch yang customer order.

Ni Yati buat untuk Mazlina aka McNa. McNa order 2 pattern, jadi dapat keychain free. Thanks McNa.


Dua tiga hari lepas, emosi tak stabil. It's 'the time of the month', bila tak boleh solat, setan banyak, asyik nak naik angin je. Yati sendiri pun tak suka bila jadi macam ni. Rasa tertekan. Rasa bosan. Alangkah bagusnya kalau otak ni tak fikir banyak sangat. Alangkah bagusnya kalau otak ni boleh buat macam komputer, boleh keluarkan Task Manager, boleh select application atau process yang guna CPU usage banyak sangat, dan boleh end task. Tapi tak boleh. Asyik nak pikir semua benda. Pastu pening kepala.

Tak nak risau sangat. Nak buat satu-satu benda. Nak fokus pada hanya satu benda. Bila dah habis, baru fikir benda lain. Hanya satu benda kecil, dah terjejas. Bila dah terjejas, hilang terus motivasi. Pastu, amik masa 3 hari nak up kan balik motivasi tu ke full meter. Susah bila tiba 'time of the month' bila tak boleh solat, tak boleh berbicara dengan Allah. Kepala serabut. Dah tu, takde tempat nak luahkan.Sebenarnya, Yati tak nak pikir benda-benda kecik ni semua.

Menyusuri tangga kejayaan, Yati sedar yang Yati banyak tertinggal. Kawan-kawan semua dah kereta besar, dah kerja besar, rumah besar, semua besar. Tapi Yati cuma dok rumah. Tapi hari ni Yati fikir balik, "Apa sebenarnya yang aku nak?" Dan Yati dah dapat jawapan. Ye, elok untuk kita pandang ke atas, untuk motivate diri sendiri supaya kerja lebih keras. Tapi bila pandang ke bawah, dan tengok orang lain yang ada masalah lebih berat, yang anak sakit kronik, yang recycle nasi basi bagi anak makan, yang susahnya beribu-ribu kali lebih berat dari Yati, Yati bersyukur dengan nikmat yang Tuhan kurniakan.

Ada orang cakap,"Berapa sen la hang boleh dapat dari cross stitch hang tu?" Ada juga yang bagi nasihat supaya kena masukkan upah ikut jam satu hari, berapa jam kita menjahit, baru berbaloi. Yati juga ada jumpa yang jual RE, lagi mahal dari cross stitch yang Yati jahit. Tapi dia orang tak tahu. Dia orang cuma pandai cakap je. Berapa sen aku dapat? Kalau orang tak bagi duit pun, Yati akan tetap jahit cross stitch, ok. Ni bukan kerja, ni passion Yati. Ni satu therapy untuk Yati. Yati besarkan anak-anak sendiri. Ye, Yati bukan sorang yang sempurna. Adakalanya, hilang sabar dengan karenah anak-anak. Ada 'handbag' yang asyik melekat je, tak boleh nak lekang.

Ros kat rumah baru kembang. Ntah apa la yang budak-budak ni fikirkan bila mak dia orang naik angin. Hafizan termenung.

Amirul ni kalau amik gambar, sengih je. Hafizan tak habis-habis dengan anginnya. Hafizan pun macam Yati jugak, unpredictable.

Tapi dia orang sihat dan happy di bawah jagaan Yati. Ni waktu dia orang tengok tv, sambil makan. Yati cukup tak suka tengok sofa yang dia orang duduk tu. dah koyak. Sponge dah keluar, budak-budak 3 orang ni suka korek. Rasa nak gergaji kecil-kecil pastu campak kat tempat orang buang sampah. Dinding, dia orang suka conteng. Dengan bantal busuk, letak merata-rata. campak-campak, pastu cium, mana la tak kena selsema.

Deep inside, dia orang ni la kekuatan Yati. Tipu lah kalau Yati cakap yang Yati tak rindu gaji masa Yati kerja dulu. Kalau Yati tak berenti, ntah-ntah dah position apa la skrang ni. Tapi Yati tak suka guna "kalau". Sebab benda ni dah jadi, nak hidup tanpa regrets. Nak hidup dengan gembira.. dan itu la yang Yati rasa hari ni, bila semua customer dah dapat order dia orang, bila dia orang puji jahitan Yati hidup, rasa suka, rasa seronok yang tak tau nak terangkan macamana.

Alhamdulillah, Ya Allah. Apa pun, kena terus jalan. Dan Yati akan terus jalan, with my head held high and a smile to all. :)

8 comments:

  1. comel betul anak2 yati...takpalah yati..biarkan apa org nak kata...buat xstitch memang satu kepuasan bila dah siap...best sgt

    ReplyDelete
  2. kalau kita renung balik , mungkin apa yg kita dapat org x dapat dan apa yg org x dapat kita dapat...tak gitu..

    sekurang2nya anak2 membesar di depan mata yati
    biarlah x berumah besar, x bergaji besar, janji hati kita sendiri gembira...bahagia...

    rezeki masing2 ALLAH tentukan..
    untuk yati....teruskan usaha anda...
    yati buat yg terbaik untuk yati dan familykan....

    ReplyDelete
  3. sabar byk2 yati...bkn yati sorag, akak pon kdg2 angin gak bila period ni...ahaks...anak tgh nak membesar ni jgn le mengidam sofa baru, wat rosak jer.. baik yati pakai je mana yg ada dlu, diorg dah beso nati baru beli baru..tp ms anak2 akak kecik dlu, akak tegur kalo deme usik brg2 rumah. bkn mrh cuma nk mengajar. alhamdulillah, anak2 akak dr kecik spai dh besor ni, deme x penah melompat ats sofa atau atas katil...mmg akak x suka.didikan dr kecil tu pnting...sabar yati ek....

    ReplyDelete
  4. Kak Su,
    comel ke budak-budak tu? Yati tengok comot je. Hehhe..Thanks, kak Su.

    FAWA,
    ye, betul apa yang FAWA cakap. Terima kasih. Yati appreciate sangat-sangat.

    Kak Nurul,
    sabor la ni kak. :)Tak hajat pun nak beli. Bior takde perabot, baru lapang skit rumah tu. Lantak pi la budak-budak ni nak berguling pun. Dah tak larat nak tegur dah kak. Timasih kak ye. U make my day!

    ReplyDelete
  5. begitulh rutin hidup kita yati. Ank2 yati kira bruntung krn dibesarkn olh ibu sepenuh masa xmcm ank2 kami yg keje ni. Time ank2 kak nza kecik dulu mmg slalu risau espclly kalu mrk demam n tinggal dgn org. Byk dugaan yg kena tanggung.

    Tiap org akn sntiasa diuji dgn brbagai dugaan. Ha yati patut bangga dgn kelebihan yg Allah kurniakn utk yati....

    ReplyDelete
  6. Kak nza,
    Ye, lain orang, lain ujiannya. Yati bersyukur dengan apa yang ada. Thanks, akak. :)

    ReplyDelete
  7. i love what u wrote here, sgt tulus. byk pengorbanan yati ni, but insya-allah rezeki Allah sentiasa ada untuk kita kan? tawakkal & sentiasa ceria ok?

    ReplyDelete
  8. raggedyanne,
    Ini la Yati. Camana Yati tulis, itu la Yati kat luar. Blog ni, tempat luah rasa. :) Ye, Insya-Allah, Yati juga percaya, ada hikmah atas semua yang berlaku. Akan sentiasa ceria. Tak nak sedih-sedih atau tension ni, letih.
    Thanks sudi singgah blog Yati ni ya.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea