Monday, August 17, 2009

Mask of zorro

Yati pergi pasar malam petang tadi pakai mask. Pergi sorang je. Dah 2 minggu tak pergi. Dekat je dari rumah. Biasanya, pergi pasar malam untuk beli stok bahan mentah dan barang dapur. Sudah 2 minggu juga makan telor, ikan bilis, sardin. Minggu ni nak masak barang fresh.
Tak ramai yang pakai mask. Mereka-mereka ini sungguh berani.
Masa nak beli ikan, punya la ramai orang berkumpul depan tong ikan kembung apek itu. Lamanya tunggu dia orang dok pilih ikan. Yang beli sorang, yang tukang pilih punya la ramai. Buat-buat batuk sikit, sungguh miracle, kiri kanan orang make way. Seronoknya.
Bila tak ramai yang pakai mask, rasa kita pulak yang pelik. Orang pun tengok. Ada juga yang pakai, nampak pregnant woman sorang pakai, budak-budak pakai. Ada juga yang berani bawak baby kecik, tak pakai.
Dalam satu artikel Yati pernah baca ni, doktor cakap, orang kita ni yang sihat je ramai pakai mask. Yang tak sihat tu, tak pakai, dan masih pergi kerja dan keluar rumah.
Masih kurang awareness, atau rasa diri boleh sembuh kalau terkena pun, entah lah. Tapi untuk Yati, elok la cegah.
Semoga Allah lindungi kita semua.
By the way, tempat korang ada gula tak? Makcik bawang kata, gula belum ada. Juga semua kedai kat sini tak ada gula. Alahai...

6 comments:

  1. 2lh pasal...yg pakai mask org pndang mcm alien lak..myb iklan kt TV pn salah ckp..ktnya pakai mask jika anda kena selsema n batuk...ha kn dh org confuse..

    ReplyDelete
  2. sepatutnya wajib semua org pakai...memang keadaan sekrg menakutkan...

    ReplyDelete
  3. skrg ni susah nak dpt mask...harga mask pun dh mahal mcm harga emas 916...tp elok pakai kalo g pasar mlm tu, tpt sesak2 mcm tu

    ReplyDelete
  4. Kak nza, betul tu. dia orang tu bagi mesej salah kat orang ramai.

    Mamasyaza, ye betul. Menakutkan.

    n.u.r.u.l, ye betul. Mask skrang harga dah cekik darah depa jual. Ada yang dah habis stock pun. Tak tau la kot dia depa sembunyi mask, macam depa sembunyi gula.

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea