Sunday, August 02, 2009

Biskut Mata Keroro

Keroro
Hari Sabtu berlalu dengan pantas bila kita buat kueh. :)
Sabtu - Kami buat biskut bundar, also known as biskut mata keroro by the kids.
Saje, buat minum petang.
Resepi - Biskut Mata Keroro

Bahan-bahan:
150 g gula halus
175 g mentega
350 g tepung gandum
75 g tepung kastard
35 g tepung jagung
2 biji kuning telor
Sedikit baking powder
Sedikit esen vanilla

Cara membuat:
1) Pukul gula dengan mentega hingga kembang, kemudian masukkan kuning telor satu persatu dan kacau lagi sehingga rata. Tambahkan esen vanilla.

2) Di mangkuk adunan lain, ayak tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder. Gaul kesemua ini rata, dan masukkan ke dalam adunan gula dan mentega yang telah dipukul tadi. Gaul adunan hingga rata dan lembut.

3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan merah, dan satu lagi biarkan tanpa pewarna. Ulikan satu persatu kemudian canaikan bahagian yang tidak berwarna. Selepaskan itu lapiskan atasnya dengan yang berwarna merah.

(Bagus waktu canai tu, lapik plastik. Senang nak gulung)

4) Gulungkan adunan kemas-kemas, dan potong anggaran tebalnya 1.2 cm

5) Aturkan dalam dulang pembakar yang telah dilengser dengan mentega dan bakar dalam suhu 180 Celcius selama 20 minit atau sehingga biskut masak.

Boleh dapat sampai 83 keping biskut.
Boleh ganti color lain, ikut mana anak suka.
Yihaa....!

11 comments:

  1. orait..leh pinjam recipe ni buat kuih raya ni...kat sini takde org jual kuih raya, mau kena buat sendiri la..

    ReplyDelete
  2. wah...nampak menarik biskut mata keroro ni

    ReplyDelete
  3. wahh....rajinnya yati...nampak sedap lak tu...saya ni bab buat biskut fail la...tk bape pandai....(tk berapa pandai masak sebenarnya....kikiki...)

    ReplyDelete
  4. Emmm...sedap mengunyah sambil layan blog nih...rajin akak yerr..sempat buat itu ini...

    ReplyDelete
  5. Mama-miya, sila-sila. Selamat mencuba! :)

    Mamasyaza, ha ah, sedap jugak. Budak-budak la suka.

    Ainiayu, ooo ye ke... takpe, Yati dulu pun tak pandai bake cookies. sendiri belajor, dari buku. :)

    Nurazimah, takde la rajin. saje, memanfaatkan tepung-tepung yang ada kat rumah sebelum expired. Malas pun paksa jugak, boleh gak kudap-kudap kat rumah. :)

    ReplyDelete
  6. Yati,
    jeles sungguh dgn oven mu itu..
    kakyong ni masih tak dpt lagi nak kecek2 en ayah utk belikan...
    harus juga lah di manafaatkan oven hitam tu...

    ReplyDelete
  7. Kakyong, apa yang nak dijeleskan.
    Sama je mana-mana oven, asal boleh bakar, ok la tu.
    Oven Yati ni pun belas ihsan dari mak. Hehhe...

    ReplyDelete
  8. salam....

    yati wat mata keroro yer.....
    mesti sedap kan....nak coba lar biskut ni

    ReplyDelete
  9. Yatie, sila-sila cuba.
    Budak-budak mesti suka.

    ReplyDelete
  10. thks yati bg resepi biskut nih. teringat my auntie yg suka buat biskut ni masa i kecik2. tp instead of warna merah/pink, dia buat kaler cekelat... i thnk bole guna apa2 kaler jer kan.. sure meriah raya nnt...

    ReplyDelete
  11. Azie, color apa pun boleh, ikut citarasa sendiri.
    Cuba la. :)

    ReplyDelete

 

Yati's Blog Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea